Friday, July 7, 2017

Syarikat EcoBit: SMS Husam kepada MB Kelantan

Husam beri maklumat kepada MB Kelantan watak utama syarikat EcoBit
06 Julai 2017 | MALAYSIA DATELINE
Majlis menandatangani MoA antara kerajaan Kelantan dan Climate Protectors.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor hari ini menghantar mesej pesanan ringkas
(SMS) kepada menteri besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berhubung dakwaan sebuah syarikat yang mengutip dana awam tanpa kebenaran dan kelulusan pihak berkuasa.
SMS itu turut ditujukan kepada ahli exco kerajaan negeri Datk Dr Mohd Fadli Hassan, setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri.
"Tengah hari ini saya telah menghantar SMS seperti di bawah, kepada YAB MB Kelantan, dengan 'di c.c.' kepada YB Dr Fadli, SUK dan LA Kelantan," kata Husam dalam satu pesanan whatsapp.
Kandungan mesej itu menyebut;
YAB MB Kelantan,
Salam. Berkait isu sejuta ekar kelulusan hutan simpan negeri kita Kelantan yg diluluskan pd Climate Protectors yg kemudiannya telah digunakan menerusi EcoBit utk mengutip dana awam tanpa kebenaran sah menerusi jualan koin digital berasas eco, sy jemput YAB membuat google search - sama ada  atas entry TS Tang atau btc panda miners atau scam bitcoin btc panda, utk mengenali latar belakang watak utama syarikat CP/EcoBit.
Tujuan sms ini adalah utk YAB mengambil langkah segera yg sesuai dan mengambil t jwb dan risiko yg sesuai.
Husam Musa
Zohor, 6/7/17
Sk:
1. Yb Dr Fadli Hassan
2. Kelantan SS
Ahmad sebelum ini mempertahankan perkongsian kerajaan negeri dengan syarikat Climate Protector Sdn. Bhd. berkaitan urusniaga karbon kredit.
Beliau turut mencabar orang ramai supaya membuat laporan polis sekiranya syarikat itu menjalankan aktiviti bersalahan undang-undang.
Kerajaan negeri, menurut Ahmad tidak pernah mengarahkan atau meminta Climate Protector Sdn. Bhd. atau mana-mana syarikat mengutip wang untuk melaksanakan projek karbon trading tersebut.
Beliau terus mempertahankan usahasama itu yang diyakini dapat meningkatkan program pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan berhutan di negeri Kelantan yang berfungsi dalam mengawal kestabilan alam sekitar, menjamin air bersih dan keberkekalan kepelbagaian biologi.
Kerajaan Kelantan telah menandatangani memorandum perjanjian (MOA) dengan Syarikat Climate Protector Sdn. Bhd. pada 9 Januari lalu yang antara lain  memperuntukkan tempoh 24 bulan atau 2 tahun untuk dilakukan analisa saintifik, penilaian dan laporan verifikasi oleh para saintis bertauliah bagi mengenal pasti stok karbon di kawasan hutan yang dikenal pasti kerajaan negeri.
Kerajaan negeri juga akan mendapatkan pandangan pihak ketiga daripada institusi kewangan berwibawa tentang perjalanan urusniaga yang akan dilaksanakan syarikat bagi memastikan urusniaga itu sah dari segi perundangan tempatan dan antarabangsa.
Ahmad juga berkata, kerajaan negeri turut mengambil kira pandangan daripada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dalam hal ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) Malaysia menafikan terdapat sebarang kerjasama dengan EcoBit, yang menggunakan logo UNDP tanpa kebenaran pihak mereka.
Menurut Penganalisis Komunikasi UNDP Ahmad Hafiz Osman, tiada projek UN-REDD atau UNFCC yang meluluskan projek REDD+  di Malaysia.
REDD+ merupakan mekanisma yang diusahakan PBB dalam mengurangkan pelepasan daripada sektor perhutanan yang dikenali sebagai Pengurangan Pelepasan daripada Penebangan Hutan dan Kemerosotan Hutan.
Bagaimanapun, logo tersebut sudah pun dikeluarkan daripada laman sesawang Ecobit beberapa hari sebelum UNDP mengeluarkan kenyataan agar logo UNDP tidak digunakan syarikat tersebut.
EcoBit merupakan syarikat yang menawarkan peluang pelaburan berasaskan “cryptocurrency” atau mata wang digital.
Ia dikatakan mempunyai kaitan dengan syarikat teknologi hijau Climate Protectors Sdn Bhd. melalui Perjanjian Memorandum (MoA) dengan kerajaan Kelantan pada 9 Januari 2017.
"Sehingga hari ini, kami tidak dimaklumkan oleh mana-mana agensi PBB yang bekerjasama dengan Ecobit.  
"Dengan itu, penggunaan logo PBB dan agensinya tidak dibenarkan sama sekali," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insight.

2 comments:

  1. Mb mad yakob dah ketar lutut. Sms tak jawab. Husam baru nk test dia. Lepas ni handphone pon dia buang. Hahaha. Kredit karbon utk 1juta ekar hutan. Bunyi projek pun dah pelik. Alamat sharikat takdak. Mb mad yakob kena tipu. Yey yey yey

    ReplyDelete
  2. Pemimpin PAS kena tipu lagi? Not surprising! Mereka adalah kelompok2 lebai yang takdak bakat, pengetahuan serta kemampuan jadi ahli politik apatah lagi sebagai pemimpin kerajaan. Lihat sahaja kes RUU355 yang kononnya bakal memertabatkan undang2 Islam dan membuka jalan kepada perlaksanaan hudud. Apa jadi? Zero, zilch. Pembentangan pindaan undang2 yang dibuat oleh MP dari parti yang bukan kerajaan? Itu adalah perbuatan bodoh kerana untuk membentangkan satu pindaan undang2, ianya wajib dilakukan oleh pihak yang menjadi kerajaan tapi PAS percaya dengan janji karut UMNO maka mereka pun buatlah kerja sia2 yang sekarang telah kerosakan imej undang2 islam. Last2 kuar statement dari parti komponen Bn yang menyatakan bahawa BN sebulat suara taknak bentang usul tu yang bermakna mustahil pindaan tu akan dapat dilakukan. Bukankah itu kerja bodoh? Usul tu sepatutnya MP BN yang bawak tapi kerana dungu, Hj Hadi pun jadi pak sanggup untuk memperlihatkan kebodohannya kepada umum. Selepas isu tu berjaya merosakan imej islam dan umat islam, usul tu pun dah jadi perkasam yang disimpan bawah kerusi Hj Hadi sama seperti enakment kanun jenayah Islam yang dah lulus kat DUN Terengganu tapi simpan buat perhiasan yang langsung takdak nilai. Itu jelah kerja2 pemimpin2 PAS ni. Kerja mereka tak ubah seperti "masuk angin keluar asap" dan mereka dok bergaya seperti pasu bunga yang penuh dengan rumput dan lalang. Sampai bila2 pun puak2 ni akan asyik kena tipu.... tu yang UMNO suka sangat tu nak berkawan dengan mereka.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete