Thursday, July 6, 2017
Siapa Lebih Keliru? Arab Sama Bangsa Dengan Nabi Atau Othman Mustapha?
A young Malay girl has taken pity on a stray dog. She has rescued the dog from the streets, fed it and now takes care of the dog. She made a video of her dog and it has gone viral. Here is the video:
The Ketua Pengarah JAKIM who obviously had nothing else to do has released a statement about the girl and her dog. Here is the statement. My comments follow:
ISU ANJING PELIHARAAN
DALAM FACEBOOK
N________H A*** R******
Jakim telah mengenalpasti seorang individu bernama N___ yang telah memuatnaik dalam Facebook beliau pada 1 Julai 2017 jam 2.11 petang pengkisahan berkaitan anjing peliharaan beliau yang bernama B____.
Jakim amat menyesali perbuatan memegang anjing secara sengaja begini tanpa sebarang sebab yang dibenarkan dalam Islam.
Ini menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam kerana ia bercanggah dengan pegangan mazhab dan ‘uruf/ adat di Malaysia.
Menurut Mazhab Syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam.
Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai ‘mughallazah’ namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis mughallazah secara sengaja.
Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.
Justeru, Jakim berharap individu tersebut perlu segera memberhentikan perbuatan tersebut dan kembali bertaubat kepada Allah.
Perbuatan sebegini dilihat seolah-olah beliau cuba mencipta budaya baru yang boleh membawa kepada perbuatan menghina agama Islam.
Pada dasarnya Islam tidak memandang keji kepada binatang anjing sebagai salah satu makhluk Allah.
Apatah lagi untuk menyeksa, memukul dan membunuh anjing tanpa sebab adalah sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam.
Walau bagaimanapun, dalam Mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan untuk menjadikan haiwan tersebut sebagai binatang peliharaan.
Malahan Islam mewajibkan semua umatnya untuk memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat tinggal agar ia tidak menjejaskan amal ibadah seharian.
Bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini secara berhikmah demi kebaikan bersama, individu tersebut dinasihatkan agar dapat merujuk kepada pihak Jakim berkaitan hukum memelihara anjing.
Sekian.
TAN SRI DATO’ HAJI OTHMAN
BIN MUSTAPHA
Ketua Pengarah Jakim
5 Julai 2017
My comments : Wow ! Hukum memelihara anjing.
Cuma saya ada soalan sedikit. Dalam "penjelasan" yang di atas, tertimbul juga sedikit lebih kekeliruan yang saya harap Haji Othman ini boleh tolong jawab.
Haji Othman ini kejap sebut 'mazhab', kejap sebut Islam, kejap mazhab syafie, kejap Islam lagi. Jadi yang mana satu yang dimaksudkannya?
Saya beri contoh :
Kalau bela musang boleh tak?
Apa beza musang dengan anjing?
Boleh tak kita bela serigala?
Ikut saintis (ia itu ulama yang sebenarnya) musang termasuk 'family' anjing juga:

- tanpa sebarang sebab yang dibenarkan dalam Islam. (merujuk Islam)
- bercanggah dengan pegangan mazhab dan ‘uruf/ adat di Malaysia (merujuk mazhab, 'uruf dan adat di Malaysia pula!! Jadi konpirm lah, adat di Malaysia pun dikira oleh JAKIM)
- Menurut Mazhab Syafie, umat Islam dilarang sentuh anjing secara sengaja (mazhab lagi)
- yang boleh membawa kepada perbuatan menghina agama Islam. (balik kepada Islam)
- Pada dasarnya Islam tidak memandang keji kepada binatang anjing (Islam lagi)
- Walau bagaimanapun, dalam Mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan (balik kepada mazhab pula, mazhab syafie)
- Malahan Islam mewajibkan semua umatnya untuk memelihara kesucian diri (balik kepada Islam )
Kalau bela musang boleh tak?
Apa beza musang dengan anjing?
Boleh tak kita bela serigala?
Ikut saintis (ia itu ulama yang sebenarnya) musang termasuk 'family' anjing juga:
Dog, wolf, coyote, african wild dog, jackal, maned wolf, fox, red fox, swift fox semua termasuk 'family' Canidae.
Tapi soalan pokoknya, boleh ke mazhab, 'uruf dan 'adat di Malaysia' mewakili Islam secara keseluruhannya?
Apakah Islam dipagari, disempadankan atau di definisikan oleh mazhab, 'uruf dan 'adat di Malaysia'?
Sebab ketiga perkara ini disebut oleh Haji Othman Mustapha dalam kenyataannya.
Saya harap sahabat kita Haji Othman Mustapha yang duduki bangku tertinggi di JAKIM itu boleh jawab dengan tepat, jelas dan lengkap.
Jika Islam itu didefinisikan oleh mazhab, 'uruf dan adat sesebuah negara, bagaimana pula dengan pandangan mazhab lain, 'uruf lain dan adat di negara lain ?
Apakah Islam berbeza-beza mengikut mazhabnya, 'uruf nya dan adat tempatan?
Maksudnya adakah Islam berpaspot? Ia itu Islam berbeza mengikut mazhab, negeri dan negara yang didudukinya?
Kalau begitu, tidakkah ianya bermaksud bahawa anak muda itu bukan tersalah memegang atau membela anjing tetapi salahnya ialah tersilap pilih negeri atau negara, dengan adat, 'uruf dan mazhab yang berbeza - beza ?
Sekarang kita perhatikan umat Islam yang lain, mungkin dengan mazhab, 'uruf dan adat yang berlainan yang membenarkan memegang, bermain, membela dan menjaga anjing termasuk memberi anjing makan makanan yang dimasak untuk tuannya ? Anjing dan tuannya makan makanan yang sama.
Sila lihat video yang pertama dari negara Arab Islam Oman. Orang Arab di Oman adalah sama keturunan dengan nabi, ia itu daripada bangsa Arab.
Link : https://www.youtube.com/watch?v=X352EFJKWro&sns=em
Jelas bahawa orang Islam Arab ini, sama bangsa dan bahasa dengan nabi kita, boleh membela anjing, memegang anjing, berkongsi makanannya dengan anjing, bermain dengan anjing dan sebagainya menurut kehendak Islam !!
Yang menarik bagi saya dalam video ini adalah kenyataan Pak Arab ini mengenai anjingnya yang berkata : "And in our religion we have no problem to eat what they catch"
Maksudnya mengikut ajaran Islam, tidak ada larangan untuk makan binatang yang diburu oleh anjing pun !!
Halal bagi kita untuk memakannya termasuk semua makanan yang baik dan apa yang binatang-binatang pemburu yang kita melatih itu menangkap atau memburu bagi kita.
Binatang pemburu mesti termasuk anjing, burung helang dan cheetah di zaman Moghul di India. Cheetah telah lupus (jadi extinct) di India sekitar tahun 1940an.
Jadi Pak Arab dalam video di atas yang lebih faham dan arif Al Quran dalam bahasa ibundanya tidak salah bila dia membela, menjaga, bermain dengan dan beri makan kepada anjing jenis Saluki (selugee).
Dan sebenarnya di Oman mereka mempunyai supermarket Tesco, Carrefour dan sebagainya. Mereka tidak perlu memburu apa pun dengan anjing. Ianya cuma satu hobi atau hiburan bagi mereka.
Jabatan Kemajuan Islam Oman atau JAKI-O tidak menyalahkan sesiapa pun kerana membela anjing. Jadi jangan pula kita merasa jaki terhadap orang yang membela anjing.
Yang berikut pula video orang Islam Afghanistan (biasanya bermazhab Hanafi) yang juga membela anjing jenis TAZI atau Afghan Hound.
Link : https://www.youtube.com/watch?v=s6SnW38LYyE&sns=em
Jadi di Afghanistan pun tidak terdapat Jabatan Kemajuan Islam Afghanistan atau JAKI-A untuk melarang orang Afghanistan daripada membela anjing TAZI atau Afghan Hound yang famous itu.
Mereka tidak merasa jaki terhadap orang yang membela anjing.
Akhir sekali video berikut dari negara Islam Turki yang juga bermazhab Hanafi majoritinya. Video ini menunjukkan orang Turki bermain dan membela anjing gergasi Kangal, ia itu 'national dog of Turkey'.
Link : https://www.youtube.com/watch?v=Z0QsGT-IAnk&p;sns=em
Mazhab Maliki pula, contohnya tidak melihat anjing sebagai binatang yang najis.
Mufti Besar Mesir Syeikh Ali Gomaa pernah berfatwa bahawa anjing itu bukan najis :
"Ali Gomaa challenges traditional view, there is misconception about dogs being impure and ritually unclean (najis).
Sheikh Gomaa, who was Grand Mufti for a decade of the Sunni Islamic world’s top Islamic authority (Al Azhar), is one of the most respected Islamic scholars and clerics in the world.
the Sheikh stated that there is nothing wrong with keeping a dog inside your house as a dog is not impure."
Akhir kalam, kepercayaan yang mengatakan bahawa anjing itu adalah najis tertakluk kepada ''mazhab, 'uruf dan adat".
Posted by Syed Akbar Ali at 3:11:00 PM
Jgn harap othman ni nak jawab..
ReplyDelete