Kenapa jenuh benar PAS nak faham tentang rompakan rentas sempadan?
Oleh Shukri Mokhtar - Pada 5 Julai 2017
PAS sebenarnya kini dalam dilema. Dilema ini berlegar di tingkat 4, Pejabat Presiden PAS sendiri dan berakar sehingga bawah.
Tersenyum saya, apabila saya membaca kenyataan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ust Hishamuddin. Saya fikir beliau pun celaru dan dalam dilema juga.
Dilema sama ada untuk bersama rejim kleptokrat UMNO atau untuk bersama mereka yang menegakkan kebenaran dan keadilan. Rakyat kini dalam krisis ekonomi dan beban kos sara hidup. Cukup-cukuplah Ustaz PAS membuat cerita dongeng dan fitnah di bulan Syawal ini, rakyat sedang menunggu penyelesaian ekonomi.
Kini PAS menggunakan ‘punchline’ yang sama senada dengan UMNO, Barisan Nasional. Kononnya pengendalian kes 1MDB adalah satu bentuk campur tangan asing. Isu pokok dalam isu 1MDB adalah isu skandal salah guna kuasa dan wang.
Siasatan dan tindakan DOJ adalah disebabkan aktiviti kleptokrasi 1MDB yang berlaku di negara mereka dan bukanlah satu bentuk campur tangan asing seperti dimomokkan.
Pendedahan dan tindakan undang-undang yang diambil telah mengesahkan berlakunya salah guna kuasa dan wang dalam 1MDB itu sendiri. Ya, bukan ekonomi sahaja merentas sempadan negara hari ini, jenayah juga merentas sempadan negara.
Yang tidak faham tentang rompakan rentas sempadan ini mungkin hidup di zaman lampau
Menjawab isu RCI Skandal Forex Bank Negara, sudah jelas Lim Kit Siang sendiri menawarkan diri untuk memberi kerjasama terhadap siasatan yang dilakukan. Manakala isu Lim Guan Eng kini dalam proses mahkamah.
Hal ini sepatutnya tidak berbangkit, lainlah buat mereka yang dalam dilema dan tiada modal untuk mempertahankan pencuri, perompak dan penyangak 1MDB.
Kenyataan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mempersoalkan pihak berkuasa dalam negara apabila berdepan dengan kes 1MDB adalah menarik. Mungkin juga beliau secara tidak langsung mempersoal pendirian PAS sendiri dalam kes ini.
Masalah jenayah dan rompak seperti kes 1MDB tidak boleh diselesaikan dengan Hadi Awang sekadar menasihat dan berbisik-bisik dalam kelambu dengan Najib Razak. Atau adakah PAS masih yakin benar yang mereka mampu melakukan sedemikian?
Jika benar Pemuda PAS dan PAS percaya bahawa siasatan DOJ dan pendedahan WSJ merupakan satu bentuk campur tangan asing, maka jalan keluar terbaik adalah dengan memaksa penyelesaian skandal 1MDB ini di negara ini, secepat mungkin. Hasil siasatan suruhanjaya khas 1MDB perlu didedahkan kepada awam dengan telus.
Atau sebenarnya Pemuda PAS dan PAS makin jauh dalam dilema kerana sama-sama sudah mempunyai keyakinan bahawa 1MDB ini sudah bersih sebersihnya dan suci daripada dosa seperti dikatakan Najib Razak?

Kebodohan pemimpin dan walaunta PAS kini juga adalah tanpa sempadan. Contoh walaunta yang bodoh itu, tak payahlah aku sebutkan lagi, semua orang tahu siapakah si baghal itu.
ReplyDelete