Monday, July 3, 2017

Qatar tolak ultimatum Saudi

* Bukankah gila namanya bila tuntutan melibatkan kedaulatan negara lain?

Qatar tolak 13 tuntutan
3 JULAI 2017
Sheikh Mohammed Abdulrahman al Thani

ROM - Menteri Luar Qatar menegaskan, Doha tidak akan memenuhi mana-mana 13 tuntutan yang dikemukakan Arab Saudi dan sekutunya.

Sheikh Mohammed Abdulrahman al Thani mengeluarkan kenyataan itu ketika sidang media di Rom, kelmarin.

"Senarai tuntutan itu ditolak. Ia tidak akan diterima atau dirundingkan. Bagaimanapun, kami sedia untuk berdialog. Semua pihak tahu tuntutan tersebut bertujuan untuk melanggar kedaulatan, menutup kebebasan bersuara dan mengenakan mekanisme audit, serta meletakkan tempoh percubaan ke atas Qatar.

"Kami percaya dunia tidak ditadbir oleh ultimatum kerana kami percaya ia ditadbir oleh undang-undang antarabangsa," katanya kurang 48 jam sebelum tarikh akhir yang ditetapkan Riyadh tamat.

Difahamkan, ultimatum atau kata dua itu dikeluarkan lebih dua minggu selepas Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar pada 5 Jun lalu kerana mendakwa negara itu menyokong keganasan.

Sebelum ini, negara terbabit pernah mengancam untuk mengenakan sekatan lanjut ke atas Doha jika ia gagal memenuhi 13 syarat ditetapkan itu.

Antara tuntutan yang dibuat termasuk penutupan pangkalan tentera Turki di Qatar dan menutup operasi rangkaian TV al-Jazeera yang didakwa menjadi platform ekstremis untuk masuk campur dalam hal ehwal di rantau Arab, lapor Agensi. - sumber

BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

Qatar buka mulut isu hubungan diplomatik, sempadan

2 comments:

  1. Even Chinese illegal miners in Ghana use Chinese web forums to share their experience, stories 1 and ways to operate 2 the small-scale illegal gold mines.

    ReplyDelete
  2. dunia akhir zaman.... darah umat islam akan tumaph darah di tanah arab

    ReplyDelete