Sunday, July 16, 2017

Pengkhianat UMNO: Malang bagi Dr. Mahathir tapi tidak pula pada Dato' Onn

Memang dari segi logiknya tentulah Dr. Mahathir lawan UMNO sebab beliau dah ada parti baru untuk jatuhkan UMNO

Dr Mahathir disifatkan pengkhianat UMNO - Reezal Merican
Julai 16, 2017 14:51 MYT
Dr Mahathir disifatkan pengkhianat UMNO - Reezal Merican
REEZAL: "Dr Mahathir secara tiba-tiba membuat 'pusingan U' menyatakan pemenjaraan Anwar dilakukan secara tidak adil... ini jelas menunjukkan keperibadian beliau." - Gambar fail
KEPALA BATAS: Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengkhianat UMNO kerana berpaling tadah menyokong dan menyertai Pakatan Harapan demi kepentingan peribadi.

Beliau berkata perkara itu berdasarkan kepada tindak tanduk bekas perdana menteri itu yang sering melakukan 'pusingan U' terutamanya membabitkan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya jika dahulu Dr Mahathir sendiri menghasut akar umbi berhubung salah laku bekas timbalan perdana menteri itu, namun kini sebaliknya. 

"Sebelum ini Dr Mahathir sendiri yang laungkan bahawa Anwar ini jijik dan menyebarkan secara meluas ke peringkat akar umbi tetapi… beliau secara tiba-tiba membuat 'pusingan U' menyatakan bahawa pemenjaraan Anwar dilakukan secara tidak adil dan tidak melalui sistem perundangan yang betul.

"Ini jelas menunjukkan keperibadian beliau yang sanggup mengkhianati UMNO yang pernah diterajuinya selama 22 tahun," katanya ketika berucap pada majlis perasmian persidangan perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kepala Batas oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, di sini hari ini.

Terdahulu, ketika merasmikan persidangan itu, Zambry mengingatkan semua anggota dan pemimpin UMNO untuk membuat persiapan secukupnya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata semua anggota perlu mempersiapkan minda dan tegas serta teguh untuk berhadapan dengan pelbagai serangan politik pakatan pembangkang.

"Serangan parti pembangkang ini jelas seperti Joseph Goebbels di mana mereka menyusun propaganda dengan sistematik selain turut disampaikan secara berulang untuk memastikan ia terus melekat di hati masyarakat," katanya.

Dalam pada itu, Zambry turut mengingatkan semua anggota UMNO supaya tidak angkuh dengan kuasa dan mandat yang diberikan oleh rakyat selain tidak mudah rasa selesa dengan sentimen bahawa rakyat akan tetap menyokong parti itu sepanjang masa. - sumber

4 comments:

  1. puak toghut duk berebut
    tak pernah cukup
    makin lam makin banyak beserabut
    berebut jawatan dalam amno hanya nak kuasa
    denagn kuasa tu boleh buat harta

    ReplyDelete
  2. Pada aku biar menjadi pengkhianat parti dari mengkhianati amanah agama dan rakyat. Parti akan muncul dan akan pupus tetapi agama dan rakyat akal kekal. Janganlah demi parti kita sanggup mengkhianati agama dan amanah rakyat.

    ReplyDelete
  3. Najib pengkhianat negara

    ReplyDelete
  4. Dah tahu buat-buat tak faham. Lagi cari alasan mahu sokong fitnah. Walau pun U turn Mahathir masih ada kredibiliti sebagai negarawan. Orang UMNO hidup hanya untuk makan dan hidup..

    ReplyDelete