Sunday, July 2, 2017

Mengejutkan: Bagaimanakah situasi hubungan Semenanjung - Sarawak sebenarnya?

Sarawak hantar peguam ke London cari rujukan Perjanjian Malaysia 1963
 Julai 01, 2017 22:13 MYT
Sarawak hantar peguam ke London cari rujukan Perjanjian Malaysia 1963
Abang Johari Tun Openg berkata pasukan peguam berkenaan diketuai Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. -Gambar fail
SIBU: Sarawak menghantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan meneliti rujukan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963) bagi menentukan hak-hak sebenar negeri ini yang termaktub di bawah perjanjian tersebut.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata pasukan peguam berkenaan diketuai Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

"Memang kita teruskan usaha Tok Nan (bekas Ketua Menteri Allahyarham Tan Sri Adenan Satem) untuk medapatkan hak kita yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia. Sebab itu kita hantar Sharifah Hasidah dan kumpulan peguam ke London untuk melihat dan mencari rujukan," katanya.

Berucap pada majlis ramah tamah Hari Raya Aidilfitri Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini malam tadi, Abang Johari bagaimanapun tidak menyatakan bila dan tempoh masa pasukan berkenaan berada di London.

"Perjanjian ini bukan sebarang perjanjian, kita mahu dapat fakta-fakta yang betul. Sebab apabila kita hendak menuntut hak, kita mesti buat 'homework', kalau tidak, kita tembak (tuntut) sebarangan, susah,"jelas beliau.

Pada masa sama, kajian yang betul perlu dibuat dan melihat mana-mana peruntukan yang harus dipertahankan, katanya. - sumber

* Memanglah hak Sarawak untuk merujuk kembali fakta perjanjian 1963. Tapi kenapa sekarang baru timbul isu ini sesudah 54 tahun?

3 comments:

  1. Dah percaya kat mahkamah Malaya la tu.. jilat la amno tu lagi babi... kah kah kah.

    ReplyDelete
  2. .
    .

    Najib berbangga cakap rakyat semua nya bersatu. Tetapi antara negeri Najib gagal.

    Johor dengan bangsa nya.. Sarawak dengan perjanjian 1963.

    Apa akan jadi jika dalam perjanjian tersebut dinyata dalam keadaan tertentu Sarawak boleh keluar dari Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Huha-huha yg tidak membawa apa-apa faedah kepada rakyat Sarawak. Projek yanya merugikan wang rakyat dan menguntungkan pemerintah semata-mata.
    Setelah 54 pemimpin Sarawak menipu rakyat mereka, mereka masih ingin memainkan sentimen tersebut utk kelangsungan politik mereka.
    Seperti kenyataan Menteri Luar China yg merujuk kepada Deklarasi Bersama China UK mengenai Hong Kong 1997,"ianya sudah tidak memberi apa-apa makna lagi sekarang." Begitu jugalah MA 1963. Kandungannya sudah berubah dan dipinda oleh Perlembagaan Malaysia. Yang sebelumnya sudah menjadi sejarah....

    ReplyDelete