Tuesday, July 18, 2017

Itukah cara mereka kerja........buat surat rasmi pun kena menteri yang arah?

Akhirnya surat rasmi ROS untuk DAP tiba jua
mk    -  17 Jul 2017, 3:59 petang
DAP akhirnya menerima surat makluman rasmi daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC).

Memaklumkan mengenainya Ketua Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo berkata, surat berkenaan diterima pagi tadi.

"CEC akan bertemu Rabu ini untuk membincangkan kandungannya. Satu kenyataan akan dikeluarkan selepas itu," kata Gobind di Facebook.

Semalam anggota parlimen Puchong itu memberitahu DAP masih belum menerima surat makluman rasmi mengenai arahan ROS walaupun tempoh yang diberikan parti itu - pada jam 5 petang Jumaat lalu - berakhir.

"Nampaknya seolah-olah ROS tak ada asas untuk menyokong kepuutusannya, dan tiada kesungguhan profesional untuk menulis kepada kami secara rasmi menyampaikan keputusan berkenaan," katanya.

Tak boleh melalui mulut

ROS pada 7 Julai lalu mengeluarkan kenyataan meminta DAP mengadakan pemilihan semula anggota CEC parti itu kerana menganggap pelantikan dan pemegang jawatan utama yang dibuat pada 29 September 2013 tidak sah.
Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata beliau mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum membuat keputusan berkenaan.
Ahmad Zahid kemudian menyarankan supaya apa juga tindakan yang diambil oleh ROS hendaklah berlandaskan Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan DAP.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga menganggap arahan berkenaan sebagai "pelik" kerana ia dikeluarkan selepas empat tahun pemilihan dibuat.
Selepas bermesyuarat DAP kemudian memberikan tempoh 48 jam kepada ROS untuk mengeluarkan surat rasmi memaklumkan keputusan berkenaan.
Sementara itu semalam Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat berkata ROS mesti mengeluarkan surat arahan rasmi kepada DAP untuk mengadakan pemilihan semula parti.
"Arahan itu tidak boleh dibuat melalui mulut, arahan lisan, tak boleh tanpa (makluman) rasmi," katanya dilaporkan media.

2 comments:

  1. Mesia KORUP. Pagi pagi IKRAR rukun negara dulu. Kah kah kah.

    ReplyDelete
  2. 1 msia dah bungkus sbb 1mdb kuat tipu. Tukar pulak kpd negara mah ku. Kikiki

    ReplyDelete