10 perkara yang anda perlu tahu tentang isu ROS dan DAP
Pada 11 Julai 2017
oleh RoketKini
Adakah DAP telah menerima pemberitahuan rasmi daripada pihak ROS?
Tidak. Setakat 11 Julai 2017, pihak kami belum lagi menerima apa-apa pemberitahuan rasmi daripada pihak ROS.
Mengapa DAP tidak menggunakan senarai perwakilan 2012 untuk pemilihan semula 2013?
Itulah; DAP telah menggunakan senarai perwakilan 2012 untuk pemilihan semula 2013, seperti yang diarahkan oleh ROS. Ini disahkan oleh juru audit bebas.
Sekiranya DAP menggunakan senarai perwakilan 2012 untuk pemilihan semula 2013, mengapa ROS mengarahkan DAP untuk mengadakan satu lagi pemilihan yang menggunakan senarai wakil tahun 2012?
Entah lah. Hanya ROS mempunyai jawapan kepada soalan ini, dan atas sebab inilah kami ingin berjumpa dengan ROS sebaik saja menerima pemberitahuan rasmi dari mereka.
Adakah DAP bekerjasama dengan ROS dalam pemilihan semula tahun 2013?
DAP telah memberikan kerjasama sepenuhnya dengan menghantar semua dokumen seperti surat, senarai semua cawangan dan nama perwakilan yang layak, seperti yang diminta oleh ROS. Permintaan terakhir daripada pihak ROS adalah pada November 2014.
Adakah ROS menjelaskan kepada DAP mengapa mereka tidak puas hati dengan pemilihan semula pada tahun 2013?
Tidak. Kami tidak pernah menerima apa-apa penjelasan berhubung arahan untuk mengadakan pemilihan semula pada tahun 2013. Apabila soalan ini kerap kali dibangkitkan dalam Parlimen, Menteri Dalam Negeri selalu memberi jawapan “ROS masih menjalankan siasatan”.
Mengapa DAP tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap ROS?
DAP telah mengambil tindakan undang-undang ke atas ROS dengan memfailkan permohonan semakan kehakiman pada Januari 2014, apabila ROS bertindak di luar bidang kuasa dengan percubaan untuk “menggantung” CEC yang dipilih pada tahun 2013.
ROS telah bersetuju dengan satu perjanjian penyelesaian bertarikh 23 September 2014, dan mengaku bahawa keengganan pihaknya untuk mengiktiraf CEC DAP adalah tidak sah di sisi undang-undang.
Mengapa DAP mengadakan Kongres Khas dan bukan Kongres Biasa untuk mengadakan pemilihan semula tahun 2013?
Perlembagaan DAP menyatakan bahawa perlunya ada tempoh penamaan calon dalam pemilihan yang dijalankan dalam satu Kongres Biasa.
Memandangkan tiada keperluan untuk tempoh penamaan kerana calon-calon merupakan orang-orang yang sama dari pemilihan 2012, perlembagaan DAP membenarkan satu Kongres Khas diadakan dengan notis tujuh hari.
Benarkah seramai 753 orang perwakilan yang layak untuk mengundi tidak dibenarkan mengundi?
Tidak. Tiada mana-mana perwakilan yang dinafikan hak mereka untuk mengundi dalam pemilihan tahun 2012 atau pemilihan semula tahun 2013.
Daripada 2,576 orang perwakilan, seramai 1,842 atau 71.5% telah hadir untuk mengundi pada tahun 2012. Korum untuk pemilihan parti adalah 25%.
Pihak kami telah menghantar bukti-bukti berkenaan bersama surat rasmi berhubung pemilihan tahun 2012 dan pemilihan semula tahun 2013 kepada ROS.
Adakah DAP telah bersetuju untuk mematuhi arahan ROS?
DAP masih belum lagi membuat keputusan.
CEC pada 8 haribulan Julai 2017 telah memutuskan untuk menunggu sehingga menerima pemberitahuan rasmi daripada pihak ROS, yang mungkin mempunyai maklumat-maklumat terperinci yang berbeza daripada kenyataan medianya.
Pihak kami kemudian akan meminta berjumpa dengan pihak ROS untuk mendapatkan penjelasan berhubung dengan arahan daripada pihak mereka. CEC akan bermesyuarat sekali lagi setelah mendapat penjelasan tersebut bagi memutuskan langkah selanjutnya.
Sekiranya DAP mengadakan satu lagi pemilihan semula, adakah CEC yang baru akan diiktiraf oleh ROS?
Walaupun tidak bersetuju dengan alasan yang diberikan oleh ROS, DAP telah mematuhi arahan ROS yang dikeluarkan pada tahun 2013 dengan harapan untuk mencapai jalan penyelesaian kepada kemelut dan kontroversi ini.
Malangnya, setelah 4 tahun berlalu, ROS sekali lagi mengarahkan agar satu lagi pemilihan semula diadakan.
Maka, pihak kami tidak jelas sama ada satu lagi pemilihan semula berdasarkan senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi akan menjamin pengiktirafan daripada pihak ROS.

ROS ni apa? Rosmah kah. Aik takkan zahid pon suka dgn ROS. Biar najib sorang dah lah. Zahid usah menyibuk. Kahkah
ReplyDelete