Thursday, July 13, 2017

Hah Rafizi........ko buat Panglima Terendak melenting!

“KENYATAAN RAFIZI AKAN SINGKIR PM TAK BERASAS, NAJIB MASIH ADA PENYOKONG
PUTRAJAYA – Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak masih mendapat sokongan daripada ahli-ahli parti di setiap peringkat.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa ahli Umno akan menyingkirkan Najib daripada jawatan Perdana Menteri selepas PRU14, adalah tidak berasas.

“Yang saya tahu sekarang ini Najib mendapat sokongan yang jitu daripada kepimpinan Umno di peringkat bahagian.

“Ketua-ketua bahagian, sayap-sayap di peringkat bahagian dan akar umbi memberi sokongan padu kepada Najib sebagai presiden parti,” katanya di majlis Hari Raya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, hari ini.

Sebelum ini, Rafizi dilaporkan berkata, berdasarkan kajian Invoke, Najib akan tetap digulingkan oleh ahli Umno sendiri walaupun jika Pakatan Harapan tidak memenangi PRU14.

Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, Rafizi mempunyai niat yang tidak baik terhadap Umno.

“Kajian Rafizi ini bukan kajian pun, hanya mahu memporak-perandakan Umno supaya bergaduh sesama sendiri, itu harapan dia. Saya beri jaminanlah benda ini tak akan berlaku,” katanya. – Sinar harian

No comments:

Post a Comment