Saturday, July 8, 2017
Ahmad kena berterima kasih kepada Husam dan batalkan perjanjian
CUPLIKAN FB
Inisiatif Husam Musa mendedahkan projek "Musang Ngenge", kerajaan Kelantan, (Carbon Credit yang telah meluluskan 1 juta ekar hutan simpanan kekal (HSK) kepada Cilmate Protectors Sdn Bhd) sepatutnya dialu-alukan oleh MB Kelantan Ahmad Yakob kerana telah membongkar suatu jenayah bertaraf 1MDB yang pada masa ini sedang meratah orang awam yang ghairah untuk kaya.
Syarikat Climate Protectors Sdn Bhd yang menanda tangani perjanjian dengan kerajaan Kelantan itu rupanya terlibat dengan skim cepat kaya menerusi intenert yang menggunakan EcoBit. Skim berkenaan telah menggunakan projek Carobn Credit itu sebagai modal atau aset untuk mengabui mana awam agar melabur dalam skim berkenaan.
Dalam masa dua minggu sahaja, skim "cepat kaya" internet itu berjaya mengumpul RM17 juta. Para pelaburnya bukan sahaja dari Malaysia, tetapi di seluruh dunia, termasuk juga di kalangan pegawai kerajaan di Kelantan sendiri.
Bayangkan kalau tanpa pendedahan Husam berapa banyak orang terlibat dan berapa banyak dana haram dikumpul yang sudah tentu tidak memberi manfaat langsung kepada negeri dan rakyat Kelantan.
Keberanian Husam sepatutnya diterima baik, dan kerana keberanian itu juga bekas Exco kanan itu kini diancam akan disaman.
Justeru MB Kelantan Ahmad Yakob tidak perlu marah dan terkilan dengan tindakan Husam. Walaupun sakit dan menyentuh kredibiliti kerajaanya namun ia masih membawa maslahat. Orang ramai dapat dielakkan dari terus tertipu dengan kelicitan pengendali skim berkenaan. Sepatutnya Ahmad berterima kasih kepada Husam kalau tidak dimulut pun cukup di dalam hati.
Tidak cukup Ahmad hanya setakat meminta orang yang tertipu dengan skim EcoBit itu buat laporan polis, tetapi tindakan tegas perlu diambil dengan membatalkan segera perjanjian tersebut. Beliau harus membuat kenyataan terbuka dan tegas membatalkan perjanjian berkenaan serta merta.
Tindakan itu sedikit sebanyak akan menyedarkan orang ramai dan juga mengejutkan pengendali skim berkenaan yang juga dipercayai pemegang saham terbesar dalam Climate Proctectors Sdn Bhd.
Sama-sama kita bergerak menghapuskan jenayah cyber kerana ia merugikan rakyat dan negara. Dan sama-sama kita membuat pahala. Trims. [wm.kl.10:54 am 08/07/17]
Posted by mohd sayuti Omar at 10:55:00 AM

No comments:
Post a Comment