HASLINA KAMALUDIN 30 JUN 2017
SHAH ALAM – Tindakan segelintir pemimpin Umno-BN, pembangkang termasuk Pas serta beberapa mufti di negara ini yang memberi kenyataan berhubung skandal dana 1Malaysia Develompent Berhad (1MDB) dilihat sebagai cubaan untuk mensucikan pelaku jenayah pengubahan wang haram di Amerika Syarikat (AS).
Demikian menurut Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mempersoalkan apakah menjadi kesalahan apabila pihak berkuasa AS mengambil tindakan ke atas pelaku jenayah ini walaupun ianya adalah rakyat Malaysia.
Mahfuz Omar
Demikian menurut Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mempersoalkan apakah menjadi kesalahan apabila pihak berkuasa AS mengambil tindakan ke atas pelaku jenayah ini walaupun ianya adalah rakyat Malaysia.
“Jika perkara sama berlaku di Malaysia, apakah kerajaan akan melindungi pelaku jenayah pengubahan wang haram dari kalangan rakyat AS jika mereka lakukan aktiviti sedemikian di sini?
“Adakah Peguam Negara, para mufti serta ulama parti politik akan menggunakan hujah yang sama iaitu tidak mahu dituduh sebagai mencampuri urusan negara asing walau pun kesalahan itu dilakukan di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, apakah perlu Peguam Negara, para mufti dan Pas bangkit mencadangkan pemansuhan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Keganasan 2001 yang telah sedia diwartakan?
“Jabatan Keadilan (DOJ) tidak mendakwa 1MDB kerana 1MDB adalah mangsa penjenayah pengubahan wang haram. Apa yang diambil kira oleh DOJ ialah untuk mengheret perompak, penyamun, penyangak dan penjenayah pengubahan wang haram ke muka pengadilan.
“Jika mahkamah di AS membenarkan permohonan DOJ tersebut, maka sudah tentu harta yang dibeli dengan menggunakan wang 1MDB tersebut akan dirampas dan dicairkan dalam bentuk tunai untuk diserahkan kembali kepada 1MDB yang merupakan syarikat milik rakyat dan negara Malaysia,” jelasnya.
Beliau berkata, pada masa ini, rakyat amat berharap agar sesuatu dapat dilakukan untuk mengheret mereka yang terlibat dan bersubahat dalam kes 'pencurian mega' dana 1MDB yang menyebabkan aktiviti pengubahan wang haram tersebut dilakukan oleh individu seperti disebut dalam laporan DOJ.
“AS mahupun pihak asing lain tidak mencampuri urusan perundangan Malaysia dan jangan pula Malaysia dilihat dunia sebagai mencampuri urusan proses perundangan di AS oleh DOJ semata-mata untuk 'mensucikan penjenayah' yang telah merosakkan nama baik Malaysia di mata dunia.
“Sesuatu yang sangat pelik apabila dapatan siasatan pihak berkuasa AS menemui kes pengubahan wang haram dari dana 1MDB yang dikitar di AS kemudiannya dikembalikan semula ke Malaysia untuk Malaysia Official 1 (MO1) dan isteri MO1.
“Tiba-tiba Jabatan Peguam Negara tampil menjadi 'hero' dengan mengeluarkan kenyataan ‘tiada berlaku apa-apa kes kecurian dalam 1MDB’ dan begitu juga dengan golongan agamawan dengan kenyataan ‘jangan biar campur tangan asing dalam kes 1MDB’,” katanya.
Tambahnya, tindakan DOJ memfailkan kes tersebut di mahkamah AS setelah siasatan mendapati wang yang 'dirompak' dari 1MDB tersebut telah digunakan untuk transaksi-transaksi di AS di mana ianya jelas membabitkan perbuatan pengubahan wang haram yang menjadi kesalahan di AS serta di seluruh dunia.
“Malaysia juga tidak terkecuali kerana kita mempunyai undang-undang bagi mencegah penggubahan wang haram iaitu Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Keganasan 2001 akta 613 atau lebih di kenali sebagai AMLATFAPUAA seperti di AS.
“Justeru, apa yang diseret dan dipalitkan nama-namanya seperti MO1 oleh DOJ adalah pelaku jenayah penggubahan wang haram tersebut.
“Hasil siasatan DOJ mendapati wang tersebut adalah aliran dari akaun 1MDB. Dapatan hasil siasatan DoJ juga mendapati wang tersebut telah mengalir kembali kepada individu seperti MO1 dan isteri MO1 dalam bentuk tunai dan juga dalam bentuk permata berlian.
Semalam, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, pembangkang cuba memanipulasi laporan DoJ hanya untuk mengalih tumpuan daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai urus niaga mata wang asing (forex).
Katanya, pembangkang dilihat panik dengan RCI Forex dan juga krisis dalaman yang berkaitan dengan keyakinan terhadap pucuk pimpinan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu).
Terdahulu Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, tindakan saman sivil terbaharu dikemukakan DoJ AS bertujuan merampas tambahan aset AS$540 juta yang didakwa dana seleweng dari 1MDB disifatkan sebagai mainan politik.
Beliau berkata sedemikian berikutan sehingga kini DOJ tidak pernah membuat sebarang permohonan rasmi kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan apa-apa maklumat lanjut berhubung tuntutan yang dikemukakan.
“Mereka (DOJ) tidak pernah minta apa-apa. Maklumat (berkait 1MDB) itu ada, kalau mereka minta, saya boleh bagi.
“Menjadi tanggungjawab kita untuk memberikan kerjasama, namun setakat ini, tak ada permintaan. Sebab itu saya kata ini mainan politik. Semua ini karut!” katanya.
Every weekend i used to pay a quick visit this website,
ReplyDeletebecause i wish for enjoyment, since this this web page conations genuinely nice
funny data too.
Also visit my page: How to Get Rid of Hemorrhoids Naturally