Friday, July 14, 2017

Buat U-turn lama dah: 'Objektif saya berkerjasama dengan Anwar menjatuhkan Najib'

U-TURN
13 Jul 2017

1. Saya dah buat U-turn (pusingan U) Iama sebelum perjanjian menyokong pengampunan di-raja untuk Anwar dan pencalonannya sebagai Perdana Menteri. Saya U-turn apabila Najib sendiri U-turn terhadap UMNO.

2. UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 menumpu kepada kemerdekaan negara di bawah sistem Demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan.

3. Apabila Najib menyalah guna kuasa Pedana Menteri dan melandaskan rejimnya kepada Cash is King atau Wang sebagai Raja, maka terkuburlah perlembagaan; apabila Najib melesapkan sebegitu banyak wang dan RM2.6billion masuk ke dalam akaun peribadinya; apabila peraturan undang-undang disalah guna dan digantikan dengan rasuah secara terbuka dalam negara; apabila kesemua ini terjadi dan lebih lagi, saya hilang kepercayaan dan berpaling daripada UMNO pimpinan Najib dan saya tumpukan usaha untuk menurunkan pemimpin ini yang jelas bekerja bertentangan dengan kepentingan Melayu, Islam dan Malaysia – asas kepada perjuangan UMNO.

4. Di dalam usaha untuk menghancurkan jembalang ini, saya dapati ada persamaan dengan parti-parti pembangkang yang menentang UMNO dan BN. Terdapat juga persamaan dengan Anwar Ibrahim. Saya dan Anwar boleh bekerjasama setelah saya U-turn.

5. Kami, bersama dengan yang lain-lain akan berusaha keras menjatuhkan Najib dan kerajaannya yang mundur, korup dan kleptokratik.

6. Perompak tidak boleh pimpin negara yang hebat ini. Pencuri yang dicaci dunia dan ditertawakan semua tidak boleh dibenarkan berterusan memerintah mana-mana negara.

7. Itu objektif saya berkerjasama dengan Anwar. Tidak perlu U-turn lagi. Ianya telah pun berlaku.

8. Saya tidak takut pada Anwar berhubung dengan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja). Tetapi saya percaya usaha menyiasat urusniaga matawang asing oleh Bank Negara ialah untuk mencari kesalahan saya.

9. Sebaliknya tiada RCI ditubuhkan untuk menyiasat kehilangan bertan duit yang telah pun terbukti oleh 1MDB dan Najib walaupun terdapat banyak bukti salahlaku yang jelas dan boleh didapati oleh sesiapa sahaja di dunia dan rakyat Malaysia.

10. RCI ke atas urusniaga matawang Bank Negara lebih 30 tahun dahulu bukan untuk mencari keadilan tetapi jelas satu usaha terdesak Najib untuk menutup mulut pengkritiknya. Ia tidak akan berjaya.

* Baca dalam Bahasa Inggerisnya di sini

2 comments:

  1. I think everything published was very reasonable.
    But, what about this? suppose you added a little content?
    I mean, I don't want to tell you how to run your website, but what if you
    added something that grabbed a person's attention? I mean "Buat U-turn lama dah: "Objektif saya berkerjasama dengan Anwar menjatuhkan Najib"" is a little plain. You should glance at Yahoo's home page and note how they create news titles to grab viewers interested.
    You might add a video or a related picture or two to grab readers interested about what you've written. Just
    my opinion, it could bring your posts a little livelier.

    ReplyDelete