Wednesday, July 12, 2017

Buang masa: Apake hal pulak DAP dok ambil pot tentang anak butir UMNO ni?

DAP Johor persoal sama ada Akhmal Saufi masih konsisten dalam isu 1MDB, RM2.6bilion?
12 Julai 2017 | MALAYSIA DATELINE
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali mempersoalkan sama ada Akmal Saufi Mohamed Khaled masih lagi konsisten dengan isu berkaitan dana RM2.6bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang pernah dimuat naiknya dilaman sosial pada 2015 lalu.

Ini susulan penafian Akmal Saufi hari ini bahawa beliau tidak menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan mengesa permohonan maaf terhadapnya dibuat oleh DAP.

"Dalam hal ini, saya memetik 15 soalan anak Menteri Besar Johor itu kepada Perdana Menteri berkaitan isu dana RM2.6 bilion dan 1MDB yang dimuat naik di laman sosial Facebook Akmal Saufi pada 2015.

"Saya ingin bertanya, adakah beliau masih konsisten sehingga hari ini mempertahankan 15 soalan yang dibangkitkan kepada Perdana Menteri berkaitan isu dana RM2.6 bilion dan 1MDB?

"Bahkan dengan pendedahan-pendedahan baru yang timbul hari ini, adakah beliau bersetuju perjuangan para pemimpin seperti Tun Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung skandal 1MDB adalah keutamaan pada masa ini bagi membebaskan Malaysia dari jolokan negara kleptokrasi?," soalnya.
Akmal Saufi Mohd Khaled Hari ini Akmal Saufi (Gambar kiri) yang juga anak kepada Menteri Besar Johor itu dipetik Bernama dilaporkan berkata, sebuah laporan telah disiarkan di laman sesawang milik DAP secara langsung telah menuduh bahawa beliau cenderung dan telah memasuki salah satu parti pembangkang di Malaysia.
Sebaliknya kata Akmal Saufi, beliau masih bersama Umno dan tidak akan berpaling daripada parti itu.
"Pada hari Isnin, 10 Julai 2017, saya dimaklumkan bahawa sebuah laporan telah disiarkan di laman sesawang milik parti DAP Malaysia. Laporan tersebut secara langsung telah menuduh bahawa saya cenderung dan telah memasuki salah satu parti pembangkang di Malaysia.
"Laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana saya masih menjadi hli Umno malah terus bergiat berusaha melaksanakan objektif penubuhan Umno," katanya dalam kenyataan yang dipetik.
Akmal Saufi berkata susulan itu beliau telah mengarahkan peguamnya mengeluarkan surat kepada DAP untuk menurunkan laporan tidak bertanggunggjawab itu serta membuat permohonan maaf secara terbuka pada kadar segera.

No comments:

Post a Comment