Wednesday, July 12, 2017

Basikal kena curi: Tok Usin tembi sambil ketawa.......

*BESKAL TOK KENA CURI*

Lepas raya baru2 ni kecuh satu kampong, beskal tok kena curi kat semejid.  Puas tok cari merata2 ceruk dalam kampong, tak jumpa jugak.  Dengar2 khabar, beskal tok dicuri oleh bebudak kampong sebelah sewaktu tok tengah solat hari raya.

Nak dapatkan kepastian, tok pegi kat warung Bilal Derih.  Mana tau kot2 ada yg kenal bebudak yg curi beskal tok tu.

" Kabarnya, beskal tok bebudak jahat kampong seberang tu yg curi, ye ke?"  Tanya tok pada sekumpulan bebudak yg tengah leka main dam ular.  Natang mamat dok tercanguk kat situ jadi tukang baling buah dadu.

" Ye la tok...kalau bebudak sini yg curi, kami dah jumpa dah beskal tok tu...".  Jawab Si Kemat, anak Tok Siak.

"Elok hang pi report Polis Tok Usin...biar Polis siasat.."  Nasihat Bilal Derih sambil menghantar teh tarik kat meja tok.

"Aku dah buat Report dah tiga hari lepas...tapi senyap je..." Jawab tok sambil menulis hutang teh tarik dalam buku Aryuyu Tiga Lima. (555).

"Issyy...takde mana Polis nak siasat nye....bukan orang sini yg curi....orang luar...".  Natang Mamat mencelah sambil lempar buah dadu.

"Polis kena siasat la...itu tugas dia..."  Jawab tok.

"Masalahnya tok, beskal tok tu dicuri kat kampong ni...pencuri tu dah bawak beskal tok tu ke kampong seberang...Polis sini tak boleh camportangan hal kat kampomg seberang tu..." Kata Natang Mamat .

"Kalau Polis sini tak mahu siasat, patutnya Polis kampong Seberang tu la yg siasat sebab beskal tu dibawa masuk ke seberang...tangkap la pencuri tu bawa kat sini...".  Kata tok dengan nada agak tinggi.

"Itu pun tak boleh tok....Polis kampong Seberang pun tak boleh camportangan atas kes curi beskal orang kampong sini...."  Kata Natang Mamat.

"Kepala hotak mu.  Sape ajar gitu?  Abis tu, sape nak siasat kecurian beskal aku kalau semua Polis tak boleh siasat?  Bodo....".  Jerkah tok.

"Guru tok la yg ajar....kes2 jenayah dan curi yg berlaku kat luar, jangan sibuk2 orang lain ambik tahu....camportangan namanya".  Jawab Natang Mamat dengan muka sadin.

Tok hirup teh tarik laju2....berlalu keluar jalan kaki...Jilake!!

*TOK USIN UG CEROI*

2 comments:

  1. Just desire to say your article is as astounding. The clarity in your post is
    just spectacular and i could assume you are an expert on this subject.
    Well with your permission let me to grab your feed to keep updated
    with forthcoming post. Thanks a million and please
    continue the gratifying work.

    ReplyDelete
  2. Sindiran yang torbaek dari Tok Usin Ceroi…

    ReplyDelete