Wednesday, July 12, 2017

Adakah pemimpin kita sepertinya?

Jokowi Guna Wang Sendiri Bawa Keluarga Bercuti
Published: Tuesday, 11 July 2017
JAKARTA – Presiden Joko Widodo atau Jokowi menggunakan wang sendiri untuk membawa keluarganya ke Turki dan Jerman dari 5 hingga 9 Julai lalu.

Ketua Biro Media dan Penerangan Sekretariat Presiden Indoensia, Bey Machmuddin mendedahkan perkara tersebut ketika memberitahu wartawan di sini.

Menurutnya, selain pegawai, turut menyertai Jokowi ialah isteri, tiga anak, seorang menantu dan seorang cucu.

Menurut Bey, anggota keluarga presiden itu juga berada di bahagian kompartmen yang dikhaskan untuk Jokowi dan isterinya, Iriana dan kehadiran mereka tidak mengganggu perwakilan kepresidenan yang lain.

Presiden Jokowi melakukan kunjungan ke Turki sebagai membalas undangan kunjungan Presiden Recep Tayyip Erdogan sekali gus meningkatkan hubungan diplomatik dan kerja sama antara kedua-dua negara.

Dia kemudian ke Hamburg, Jerman untuk menghadiri sidang kemuncak G20.

Setiausaha Negara, Praktino berkata, Jokowi lebih selesa menggunakan Pesawat Kepresidenan Indonesia yang hanya boleh memuatkan 42 penumpang walaupun kerajaan mampu membayar sewa pesawat lebih besar. – sumber

1 comment:

  1. Tindakan Presiden Indonesia itu tentulah mendapat restu dari rakyatnya termasuklah oleh orang bugis, tetapi malangnya lanun bugis pula telah menapak di Malaysia menjahanamkan harta negara dan juga harta rakyat Malaysia, habis semua disamunnya.

    ReplyDelete