Saturday, July 15, 2017

1MDB bukanya mangsa

HUBUNGAN JHO LOW DAN NAJIB DALAM 1MDB
oleh The Malaysian Insight via malaysianreview

Pendirian yang diambil Najib ialah tiada pihak berkuasa di Malaysia yang mendapati wujudnya salah guna dana 1MDB kerana syarikat itu mengetahui semua pemindahan dana dan memberikan kelulusan terhadap transaksi itu.

SETIAP kali ada “perkembangan” besar melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Jho Low, Perdana Menteri Najib Razak menerima amaran daripada rakan terdekat yang sekiranya tekanan semakin memuncak, Jho Low akan mengheret jatuh pentadbirannya.

Hakikatnya, sentimen sedia ada dalam Umno ialah Najib perlu mengecam Jho Low secara terbuka, nama yang lebih dikenali berbanding Low Taek Jho dan menjarakkan diri daripada semua perkara yang sudah berlaku.

Dengan saman terbaru difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), wujud kebimbangan yang Jho Low mungkin berpaling tadah untuk mempertahankan dirinya- tindakan yang boleh memberikan kesan buruk kepada lembaga pengarah 1MDB dan susuk yang mencetuskan penubuhan dana itu- Najib.

Pendapat yang wujud dalam kalangan beberapa orang penting Umno malah turut difikirkan beberapa penasihat PM nampaknya sudah terkubur selepas kes Yeo Jiawei, apabila Singapura mengatakan 1MDB ialah “mangsa Jho Low”.

Tetapi yang pasti ialah apabila ia berkaitan dengan 1MDB, Jho Low dan kerajaan pimpinan Najib tidak dapat dipisahkan lagi.

Jatuh atau bangun, mereka akan sentiasa bersama.

Pemimpin utama Umno mungkin tidak memahami gambaran keseluruhan isu, atau menerima hakikat hubungan antara PM dan Jho Low yang pernah dikaitkan dengan Miranda Kerr dan Paris Hilton tetapi kenyataan hari ini yang dikeluarkan jurucakap Jho Low bertujuan menjelaskan betapa rapatnya hubungan mereka.

Pendirian yang diambil Najib ialah tiada pihak berkuasa di Malaysia yang mendapati wujudnya salah guna dana 1MDB kerana syarikat itu mengetahui semua pemindahan dana dan memberikan kelulusan terhadap transaksi itu.

Disebabkan itu, 1MDB bukanlah mangsa kerana lembaga pengarah dan pengurusan sejak awal lagi sudah menyedari dan membenarkan pemindahan dana dan tindakan lain syarikat sarat hutang itu.

Sesiapa yang mencadangkan wujudnya penipuan besar-besaran mempunyai niat buruk untuk menjatuhkan Najib.

Naratif itulah yang membentuk kenyataan yang dikeluarkan jurucakap Jho Low.

Kenyataan itu seperti satu mesej kepada Singapura serta kepada akar umbi Umno sendiri. Hubungan mereka tidak dapat dipisahkan, dan apa sahaja cadangan untuk menyalahkan Jho Low semata-mata tidak akan diterima.

“Encik Low Thaek Jho tidak pernah bekerja di 1MDB dan semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB,” kata Najib dalam jawapan bertulis Parlimen kepada soalan Ahli Parlimen Wangsa Maju Tan Kee Kwong pada tahun 2015.

Itulah kisahnya sejak dahulu lagi, tidak banyak yang berubah sekarang, tidak kisahlah berapa banyak kes sudah difailkan dan orang di negara lain sudah dipenjarakan kerana penglibatan mereka dalam penggubahan wang dipercayai dirompak daripada 1MDB. – Read more source The Malaysian Insight

KLIK BACA: Mahathir di mahkamah sempat kecam Najib terajui ‘parti pencuri

2 comments:

  1. bang jib. klu x ada salah apa2, mana hang letak audit report bang? bgtau semua rakyat melalui audit report, baru semua puas hati bang jib dgn kak mah anak beranak tak salah apa2. apa nak bang jib nak takut? kalau takut memang rakyat akan cakap bangsat najib...

    ReplyDelete
  2. Cina tembam takkan nak kena sensorang.. dia mesti pecah lobang punya. Siap la ko rakan subahat.. tapi lu cina tembam mesti selalu mau jaga. Jangan pergi tempat ada tong drum. Kalau ada simin pun jangan pegi. Kah kah kah

    ReplyDelete