Harakah hentikan pekerja, tawar semula kontrak lebih rendah
Radzi Razak · Diterbitkan pada 5 Jan 2018 12:00PM
AKHBAR lidah rasmi PAS, Harakah kini berdepan tekanan pasaran sehingga terpaksa memberhentikan semua kakitangannya berkuat kuasa 31 Disember yang lalu, kata sumber.
Semua 20 kakitangan itu kemudian ditawarkan perkhidmatan secara kontrak selama enam bulan dengan tawaran gaji satu pertiga daripada gaji asal atau minimum RM1,000, kata kakitangan terlibat yang enggan dikenali.
Selain gaji lebih rendah, kontrak yang dilihat oleh The Malaysian Insight itu menetapkan syarat-syarat perkhidmatan lebih rendah, termasuk cuti sehari bagi setiap bulan.
Kontrak baru dengan Galeri Media Serbanika Sdn Bhd ditawarkan berkuat kuasa serta merta selepas pemberhentian iaitu pada 1 Januari tahun ini. Semua mereka sebelum ini digajikan oleh Jabatan Penerangan PAS Pusat.
"Beberapa orang antara kami ambil keputusan untuk tolak tawaran dan bekerja di tempat lain," kata sumber itu kepada The Malaysian Insight.
Beberapa kakitangan terlibat juga belum menerima bayaran penuh gaji November tahun lalu, tambah sumber.
Sebahagian salinan kontrak itu turut tersebar di media sosial dengan kritikan terhadap pengurusan akhbar itu.
The Malaysian Insight menghubungi pengurusan Harakah dan Jabatan Penerangan PAS untuk mendapatkan maklum balas namun tidak mendapat jawapan.
Pengurusan Harakah baru-baru ini mengesahkan akhbar itu menanggung hutang RM2.2 juta dengan syarikat pencetaknya dan sedang dalam proses rundingan untuk melunaskan hutang tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif Harakah, Zainal Abidin Kidam bagaimanapun kesal isu perniagaan dipolitikkan oleh sesetengah pihak sehingga tular di media sosial.
Sebelum ini, beberapa pengarang dan wartawan kanan Harakah berhenti atau diberhentikan selepas perpecahan dalaman parti Islam itu susulan pemilihan PAS pada Jun 2015 yang membawa kepada penubuhan parti serpihan Amanah.
Pada sekitar tempoh yang sama juga, Harakah berdepan kontroversi selepas pengurusan akhbar itu meminta ketua pengarangnya, Ahmad Lutfi Othman, yang mengalami masalah kesihatan, untuk letak jawatan. Kontrak dua pengarang kanannya, Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid kemudian turut ditamatkan.
Harakah mula diterbitkan pada 1987 dengan kekerapan seminggu sekali, sebelum terbit dua kali seminggu tiga tahun kemudian. Ia pernah mencatatkan rekod edaran tertinggi sehingga 400,000 naskhah terjual ketika demam pilihan raya umum 1999.
Tiada angka rasmi edarannya sekarang namun pada muktamar yang lalu Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan menyebut sasaran jualan sebanyak 60,000 naskhah.
Akhbar itu disyaratkan oleh Kementerian Dalam Negeri dijual kepada ahli PAS sahaja namun bebas dibeli oleh mereka yang bukan ahli.
Pemimpin kanan PAS tahun lalu menyebut parti Islam itu mempunyai lebih kurang sejuta ahli, dengan trend pertambahan ahli baru yang memberangsangkan selepas merosot 20% susulan penubuhan Amanah.
Mei tahun lalu, Nasrudin turut menggesa ahli PAS supaya lebih serius menjayakan kempen 3B Harakah iaitu “membeli, membaca dan memberi” untuk meningkatkan semula jualan akhbar tersebut.
Bulan lalu, Media Prima Berhad, konglomerat media terbesar di Malaysia yang memiliki antaranya TV3 dan New Straits Times, menawarkan kakitangannya pilihan untuk rehat sementara tanpa gaji, bagi mengurangkan tekanan kewangan syarikat.
Langkah itu dibuat beberapa bulan selepas ia melaksanakan skim pemisahan sukarela (VSS) melibatkan kakitangannya yang berumur lebih 50 tahun sebagai sebahagian langkah mengurangkan kos operasi.
Selain Media Prima, Kumpulan Star Media yang memiliki akhbar bahasa Inggeris terbesar negara The Star turut melaksanakan beberapa siri VSS sepanjang 2017. – 5 Januari, 2018.
Radzi Razak · Diterbitkan pada 5 Jan 2018 12:00PM
Harakah mula diterbitkan pada 1987 dengan kekerapan seminggu sekali, sebelum terbit dua kali seminggu tiga tahun kemudian dan pernah mencatatkan rekod edaran tertinggi sehingga 400,000 naskhah terjual ketika demam pilihan raya umum 1999. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Januari, 2018

Tutup je surat khabar harakah ni.
ReplyDeleteLepas tu bubar parti Pas lepas pilihanraya.
Kalah teruk,
Kesian staf harakah. Berkorban lama. Gaji tinggal rm1,000. Baik blk kg tanam ubi jagung n sayur. Dah jatuh miskin. Ni bahana tg hadi awe blakey parrey. Pimpin pas sampai harakah tk laku. Kabarnya 20,000 naskhah satu keluaran. Ni akibat politik matang dan sejahtera bsama umnok. If hadi awe resign pon pas dah rosak. Olamak jadi mullah spt syiah. Takbuuur hadi.
ReplyDeletePenangan haji hadi awang berubah haluan menyokong pm najib ini lah hasil nya....
ReplyDeleteHadi awang mmbawa kehancuran kpd pas....najib tersenyum lebar
....๐ ๐ ๐
TAKDE ORANG NAK BACA PAPER BERASASKAN CERITA BODOH SIKU LUTUT BERILHAMKAN PIL KUDA. BUAT PAPER JAMBAN PUN BELUM TAHU TENTU LAKU. KESIAN DENGAN PETUGAS HARAKAH. INILAH BALASAN UNTUK ORANG YANG TAAT MEMBODOH TULI PADA PEMIMPIN PARTI YANG TOLOL BERSERBAN
ReplyDelete