Monday, January 29, 2018

Rahsia terburai: Zuhdi Marzuki dikecam kerana dedah rahsia hasrat PAS bersama BN

SUA Pas kecam Zuhdi kerana dedah hasrat Pas bersama BN
MALAYSIA DATELINE  -  January 29, 2018 6:58
Parti Islam SeMalaysia (Pas) mengesahkan akan menghadapi pilihan Raya umum ke-14 dengan pendirian dan strategi sendiri bersama-sama Gagasan Sejahtera (GS) serta bersedia untuk berhadapan dengan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH), kata Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan.

Ini susulan kenyataan Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki baru-baru ini yang memberi gambaran bahawa Pas berkemungkinan akan menyertai PH atau BN untuk membentuk kerajaan campran atau Pas akan terus menjadi pembangkang di Parlimen selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

“Pas mengesahkan sekali lagi bahawa tidak ada sebarang perbincangan atau keputusan di mana-mana peringat parti untuk menubuhkan kerajaan Campuran (UG) dengan BN atau PH dalam konteks PRU14, sama ada sebelum mahupun selepas pilihan raya umum.
Dr Mohd Zuhdi Marzuki

“Pas ingin menegaskan sebarang pandangan atau ulasan yang dibuat oleh mana-mana individu, sama ada dari luar mahupun dalam Pas yang membawa maksud kononnya wujud atau akan wujud UG antara Pas dan BN adalah bersifat peribadi dan hipotetikal semata-mata tidak sama sekali mewakili pandangan atau pendirian Pas dan GS,” ujarnya dalam kenyataan semalam.

Kenyatan yang dikeluarkan Dr Zuhdi itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang memperlekehkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai hasrat Pas untuk membentuk kerajaan atau menyertai pembentukan kerajaan selepas PRU14 nanti.

Dr Mahathir yang mendakwa hasrat Pas sebagai ‘angan-angan Mat Jenin’ ibarat menutup pintu kerjasama dengan Pas jika gabungan pakatan pembangkang memperoleh kurang kerusi bagi membentuk majoriti mudah di Parlimen.

Menurut Takiyuddin lagi, dalam menghadapi PRU14 rakyat, Pas berpandangan rakyat tidak seharusnya dihadkan dengan dua pilihan antara PH dan BN sahaja.

“Rakyat tidak seharusnya menghadapkan pilihan umpama ‘hitam atau putih’ antara BN dan PH sahaja tanpa mengira aspek benar atau tidak kedua-duanya, sebaliknya mereka perlu diberikan hak untuk membuat pilihan lain termasuk Pas dan GS tanpa perlu dipaksa atau ditakutkan tentangnya,” ujarnya lagi.

Justeru katanya, Pas akan terus mengekalkan amalan dan budayanya untuk membuat sesuatu keputusan penting termasuk isu kerjasama atau tahaluf siayasi dengan mana-mana pihak secara demokratik dengan mendapat persetujuan ahli terlebih dahulu melalui Muktamar Khas sebelum ia disahkan oleh Majlis Syura Ulama dari sudut kepatuhan Syarak.

Sebagai rekod Gagasan Sejahtera yang menjadi alternatif kuasa politik ketiga kepada BN dan PH terbentuk selepas Pas memutuskan hubungan politik dengan PKR pada 11 Mei 2017.

Pembentukan Gagasan Sejahtera memperlihatkan gabungan beberapa parti politik tanah air seperti Pas dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) serta badan bukan kerajaan (NGO) seperti Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Kongres Rakyat serta pertubuhan yang mahu mewujudkan negara sejahtera.

2 comments:

  1. Negara sejahtera pulak. Kenapa tak sebut negara Islam ke; negara berkebajikan mcm dulu? PRU15 ada negara apa?

    Sy nak pertimbangkan supaya dpt pilih pihak yg layak utk teraju Msia.

    ReplyDelete
  2. PAS Kalau ug dgn UMNO SO Jadi PASU ATAU PASNO. Sedap nama tu

    ReplyDelete