Wednesday, January 31, 2018

Ape kena ni, sampai merapu tahap sewel?

Dah ketaq dagu sangat ke?
Kan UMNO dan Najib tu sahabat akrab Presiden PAS?
Karut sungguh mamat ni, semalam puji hari ini dikata gini pulak.
Katakanlah terus terang supaya ahli PAS mendapat gambaran nyata muafakat dan selingkuhan korang. Takyah nak tipu ahli yang wala' buta tu!

'AMANAH dan Umno berpakat jatuhkan PAS di Kelantan'
N Faizal Ghazali      Hari ini, 10:00 am
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendedahkan beliau mempunyai maklumat mengenai kerjasama Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Umno di Kelantan.

Menurutnya, wujud perbincangan antara pimpinan kedua-dua parti itu di Kelantan yang bertujuan untuk menjatuhkan PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

"Ambo (saya) ada maklumat, pimpinan AMANAH di Kelantan pergi jumpa pimpinan Umno Kelantan dan berpakat.

"Dalam masa sebulan dua yang lepas mereka berpakat untuk jatuhkan PAS di Kelantan," katanya ketika berceramah di majlis Perasmian Bilik Operasi PAS cawangan Panchor, di Kota Bharu, malam tadi.

Timbalan menteri besar Kelantan itu mendakwa, Umno sudah bersetuju untuk memberikan sejumlah wang kepada AMANAH Kelantan sebagai persediaan menghadapi PRU ke-14.

"Umno setuju nak bagi duit kepada AMANAH untuk buat kerja pilihan raya.

"Saya tak mahu sebut pada malam ini siapa pergi jumpa dengan siapa, tetapi maklumat itu ada," katanya ketika mengulas dan menepis dakwaan mengenai wujudnya kerjasama antara PAS dan Umno.

Mohd Amar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor berkata, itu maklumat terbaru yang berlaku dalam senario politik negeri itu hari ini.

Malah beliau memberi jaminan akan bertanggungjawab dengan pendedahan yang dibuat itu.

"Sampai peringkat itu jahatnya puak-puak AMANAH, saya akan bertanggungjawab dengan kenyataan ini.

"Ini nak bagitahu keadaan (sekarang), mereka tuduh kita tak ada bukti, kita ada maklumat. Maklumat itu ada dengan kita.

"Maka sebab itu kita sekarang kena percaya pada pimpinan. Jangan percaya pada media, nak tahu kenyataan sebenar pimpinan kena baca Harakah," ujarnya merujuk akhbar rasmi PAS.

14 comments:

  1. Mohd ammar ni x layak jd naib presiden pas

    ReplyDelete
  2. Mohd ammar ni x layak jd naib presiden Pas

    ReplyDelete
  3. Adakah ini seorang pemimpin bijak, bercakap pun entah apa2 bersepai tak tentu hala tuju, ini lah lebai berpolitik murahan cuba mengelirukan rakyat yg lebih bijak daripada TMB hancussss Pas kalau ini caranya,.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan cakap politik murahan. Cakap org bodoh. Aku tak tahulah org macamane bolih sokong dia ni

      Delete
  4. Adakah ini seorang pemimpin bijak, bercakap pun entah apa2 bersepai tak tentu hala tuju, ini lah lebai berpolitik murahan cuba mengelirukan rakyat yg lebih bijak daripada TMB hancussss Pas kalau ini caranya,.


    ReplyDelete
  5. Elehh depan org kampung dok kutuk umno, bn tp belakang dok menadah tangan minta derma najib

    ReplyDelete
  6. Mmg matlamat amanah dan ph ialah utk ambil alih kelantan drp pas sbb pas tak mampu majukan kelantan. Jk umno nak bantu, mesti ada sesuatu yg tak kena dgn umno kelantan. Tapi ph akan tetap menentang umno di kelantan

    ReplyDelete
  7. Bhai MountDweller...

    Nik Amar nak suruh orang beli Harakah jer sebenarnya... Hahaha.... Itu sebab la dier buat kenyataan ni... Hahahaha

    ReplyDelete
  8. Antara org ni dgn ular, org ni kita pukul dulu

    ReplyDelete
  9. Amanah dan UMNO berpakat untuk jatuhkan PAS dalam PRU yg akan datang. Tiba-tiba Amanah yg jahat. UMNO camna pulak??

    Kenapa pula jahat kalau nak jatuhkan Kerajaan PAS dalam PRU??
    Sejak bila pula kalau menang dalam PRU dan boleh ambilalih kerajaan, itu adalah perbuatan jahat???

    Memang statement merapu tahap gaban ....

    ReplyDelete
  10. Dr dulu pun nmpk bodoh nikamar ni tkde tokoh langsung. Tokoh mmbalak adalah.

    Yg terbukti pas pakat umno jatuhkn pr perak dn masih usaha utk jatuhkn ph selangor.

    Pas klantan memang wajib dijatuhkn sbb xmentadbir ikut islam.

    ReplyDelete
  11. Strateji SiBingai ni kununye nk mengelirukan Penyokong PH yg Umngok nk UG dgn PH.jgn ler nk alih pandangan.kununye nk buat penyokong PH marah kt Pemimpin PH.piiirrraaahhh Lobai Bingai

    ReplyDelete
  12. Kesian dgn PAS sebab ada pemimpin mcm ni.
    Lebih kesian kepada rakyat Kelantan kerana mempunyai saorang TMB yang amat tidak cerdik.

    ReplyDelete
  13. Aku rase kaulah yg sewel wahai tuan admin...tpi sewel kau tu tak perlu lh aku bagi tau...nanti kau malu pulak

    ReplyDelete