Gagasan Sejahtera didominasi Pas, kaburi pengundi
ARIF ATAN - January 22, 2018 4:26 pm
Pengarah Eksekutif ILHAM Centre, Hisomuddin Bakar berpendapat gabungan politik tidak rasmi, Gagasan Sejahtera yang diketuai Pas mengaburi Blok Ketiga apabila hal berkaitan calon perdana menteri sehingga agihan kerusi dikuasai parti itu.
Berbeza dengan struktur blok Pakatan Harapan, beliau berkata, pengundi tidak yakin dengan Gagasan Sejahtera yang ketara didominasi Pas ditambah keinginan parti tersebut mahu menjadi pencatur utama.
“Bagi saya, (Gagasan Sejahtera) masih belum meyakinkan (pengundi) dan kita tinjau siapa calon perdana menteri, calon kabinet mereka, pengagihan kerusi mereka. Apa yang kita lihat sebenarnya semua itu adalah milik Pas.
“Pas yang mendominasi segala-galanya. Itu seolah-olah Gagasan Sejahtera adalah satu ‘brand’ untuk mengaburi mengatakan Blok Ketiga memberikan cabaran dengan hasratnya mereka akan mendapat 40 kerusi dan menjadi pencatur utama atau ‘king maker’,” ujarnya.
Penganalisis politik itu berkata demikian ketika ditemubual moderator, Nazri Kahar dalam slot Analisis Awani di saluran 501 Astro Awani.
Untuk rekod, Gagasan Sejahtera yang ditubuhkan pada 16 Mac 2016 turut dianggotai beberapa parti kecil iaitu Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).
Mengulas lanjut pendirian politik Pas mutakhir ini, Hisomuddin menganggap pemimpin parti tersebut berada dalam situasi delusi atau tidak rasional yang bercanggah dengan pertimbangan pengundi.
“Perkiraan pengundi tidak sebegitu. Bagi saya, ini delusi yang dialami pemimpin Pas. Mereka anggap strategi itu (Gagasan Sejahtera) diterima dan pengundi berfikir seperti mereka.
“Mereka (Pimpinan Pas) berada dalam delusi apabila menganggap bahawa jentera Pas masih lagi kuat. Dalam keadaan Pas bergabung ketika Pakatan Rakyat dan sebelum itu Barisan Alternatif, Pas dapat lonjakan kerana gabungan yang kuat, diyakini pengundi dan dibantu oleh kawan-kawan yang lain.
“Akhirnya, mereka mendapat sejumlah kerusi yang besar. Namun, apabila mereka memnganggap kemenangan yang dimiliki ketika Pakatan Rkayat dahulu atas kekuatan jentera (Pas), itu masalahnya.
“Contohnya di Selangor. Menang 15 Dun (Dewan Undangan Negeri). Mereka kata, ini adalah kekuatan jentera. Ini masalah besar Pas.
“Kalau mereka gagal keluar daripada ini, bagi saya mereka akan berdepan cabaran besar pilihan raya nanti,” tambahnya lagi.
Sehubungan itu, beliau menganggap Pas yang tidak bersama secara rasmi dengan BN mahupun Pakatan Harapan tidak dapat memberikan impak kepada keputusan pilihan raya akan datang.
Baca berkaitan: Kuasa penentu: Ahli, pengundi Pas ditipu

No comments:
Post a Comment