Cukupkah formula Pakatan Harapan untuk memenangi PRU14?
SHAMSUL MA'ARIF ISMAIL - January 24, 2018 12:13 pm
Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang tidak tahu tarikh pilihan raya. Ia adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri (PM) Malaysia. Pastinya memang Malaysia boleh.
Akhirnya tarikh keramat ini hanya akan diputuskan oleh PM apabila analisis data PRU14 yang diperolehi dari seluruh sumber mereka menunjukkan Barisan Nasional amat pasti boleh memenangi pilihan raya. Tidak kiralah sama ada mereka mendapat majoriti besar ataupun mudah. Pokoknya Dato Seri Najib mahu BN dan Umno mesti menang. Sudah acapkali dalam ucapan pemimpin mereka bahawa PRU14 adalah ibu segala peperangan dalam sejarah 60 tahun politik Malaysia.
Sudah pasti rahsia besar ini adalah satu kunci kekuatan luar biasa DS Najib. Namun tarikh keramat ini tidak boleh lewat dari bulan Ogos 2018. Oleh itu Dato Seri Najib besar kemungkinan amat dukacita dan resah gelisah kerana jika gagal lah beliau kali ini maka akan tercatatlah dalam lipatan sejarah sebagai PM yang kalah. Apa yang pasti hanya ada dua keputusan samada BN dan Umno menang atau mereka kecundang. Allah SWT sahaja yang Maha Tahu.
Pakatan Harapan gabungan empat parti utama PKR, AMANAH, DAP dan Parti Peribumi Bersatu (Bersatu) sudah sekian kalinya menyusun atur langkah demi langkah dengan penuh waspada dan bijaksana. Kerjasama dengan Parti Warisan Sabah juga dipererat dan diperkukuhkan.
Apa yang menarik kali ini Mantan PM iaitu Tun Dr. Mahathir dan Tan Sri Mahyuddin Mantan TPM BN dan Umno kali ini berada di Blok Fraksi Pakatan Harapan (PH). Semua rahsia sulit, strategi dan buah kilas Umno dan BN kini sudah ada di dalam tangan.
Mantan TPM di era Tun Dr. Mahathir, DS Anwar Ibrahim dan kini Ketua Penasihat Umum Pakatan Harapan juga amat-amat digeruni oleh seluruh jentera perang PRU BN dan Umno walaupun hari-hari berada di dalam Penjara Sg. Buloh akan berakhir bulan Jun ini.
Tun Dr Mahathir (Tun M) yang baru dinobatkan sebagai Bakal PM ketujuh dalam Konvensyen PH minggu lalu teruk dicemuh dan diburukkan. Beliau pernah bersama-sama sejak Umno ditubuhkan pada tahun 1946 hingga beliau mentadbir negara selama 22 tahun sehingga diberi dinobatkan sebagai Bapa Pemodenan Malaysia.
Walaupun begitu mereka panggil Bakal PM Pakatan Harapan adalah pemimpin kitar semula atau lebih layak menunggu kematian sahaja! Gelaran kepada beliau seperti Maha Zalim dan Maha Firaun dimainkan dan diputar semula agar rakyat putus asa dan kecewa.
Sesungguhnya pemilihan dan penamaan Calon PM Ke-7 dan Timbalan PM Ke-7 iaitu DS Wan Azizah Wan Ismail pada Konvensyen PH dua minggu lalu bukan hanya boleh memberi mesej yang sangat positif dan alternatif kepada seluruh para pengundi khasnya orang Melayu dan beragama Islam serta seluruh pengundi kaum wanita.
Ini membuktikan bahawa tuduhan dan rekayasa terhadap pembangkang yang akan menobatkan PM Ke-7 adalah Saudara YB Lim Kit Siang atau dari kaum Cina sudah dapat ditepis dengan buah kilas luar biasa.
Nah bakal calon PM Ke-7 kamu nanti adalah ahli politik dan negarawan Melayu Islam yang sudah diketahui kemampuannya di seluruh dunia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad! Dan dibantu dan disokong oleh Timbalan Perdana Menteri Wanita yang berani dan hebat.
Walaupun Tun Dr Mahathir umurnya kini sudah mencecah lebih dari 92 tahun namun beliau masih sihat. Akalnya masih bijak, cekap merancang dan berucap seolah-olah masih berumur 70 tahun.
Beliau pernah menjadi anak melayu pertama yang mendapat biasiswa untuk belajar perubatan di Singapura dan ini pastinya menunjukkan bahawa beliau anak Melayu yang paling bijak waktu itu dan sukar ditandingi kepintarannya.
Pada ghalibnya memang amat jarang seseorang yang sudah mencapai umur sedemikian mampu bergerak dan memimpin pada usia sebegitu. Namun sejarah membuktikan ada sahaja Pemimpin Utama Dunia yang sudah berumur masih boleh memerintah beberapa ketika dengan baik.
Tun Dr Mahathir adalah seorang individu yang sangat-sangat suka membaca dan membuat penyelidikan. Orangnya pintar, cerdik dan cergas meneroka idea dan merencana liku-liku strategi perjuangan. Beliau dikatakan ada buku kecil tiga lima di koceknya untuk mencatat satu idea baru yang jika beliau terfikir mahupun jumpa sewaktu beliau pergi ke mana-mana belahan dunia. Jika ada satu idea bagus sudah pasti pakar tersebut akan dipanggil serta merta dan diminta untuk bentangkan kepada beliau.
Tun Dr Mahathir akan bersungguh-sungguh mendengarnya tidak kira berjam-jam lamanya dan layaklah bahawa beliau digelar sebagai seorang tokoh luar biasa dunia.
Maka bagi merendahkan dan memberi imej buruk bahawa keputusan PH dalam konvensyen baru-baru ini maka jenuhlah akhbar dan media sosial menyerang habis-habisan peribadi Tun Dr Mahathir akan keupayaannya untuk menjadi PM yang dikatakan sementara dan tidak akan menyerahkan kepada DSAI bagi menjadi PM yang Ke-8!
Satu perkara lagi yang sangat luar biasa ialah Pakatan Harapan pada minggu lalu telah menandatangani satu dokumen perjanjian antara semua empat parti untuk bersetuju mengagihkan jumlah kerusi Parlimen bagi PRU14. Dokumen ini juga menyaksikan pertama kali dalam sejarah pembangkang Negara mereka bersetuju menetapkan jumlah kerusi bagi semua komponen parti dalam PH dan menentukan Calon PM Ke-7 dan Ke-8 serta bakal TPM. Ini memang satu sejarah yang amat membanggakan.
Pendek kata Kapal Perang Besar bernama PH sudah siap, Kapten dan Timbalan Kapten kapal sudah ditentukan tinggal hanya menunggu tiupan nafiri perang untuk sauh dilepaskan. Kapal ini akan belayar di samudera PRU14 dengan gagah dan bijaksana. Kompas dan peta hala tuju sudah di tentukan cuma rempuhan badai dan ombak perlu dilalui dengan kudrat anak kapal berserta doa tidak putus kepada Allah SWT yang menentukan segala sesuatu mengikut kehendakNya yang mutlak lagi azali.
Jika berjayalah dengan izin Allah SWT maka kapal perang besar akan bertempur di medan lautan pilihan raya dengan gagah dan perkasa. Andainya tenggelam lah akan kapal perang BN dan Umno itu maka akan pecahlah berita ke seluruh alam. Bukan setakat tenggelam, maka terjunlah semua anak-anak kapal ke dalam lautan kekalahan dan mohon diselamatkan oleh kapal perang besar PH. Pastinya kapal perang besar ini sudi menjemput mereka ke atas kapal, diberi selimut dan makanan atas peri insan dan harga kemanusiaan!
Maka kapal besar ini ini akan ke pulau bersejarah menjemput tetamu lama yang telah terpenjara dan akan dibebaskan tak lama lagi. Tetamu ini sudah lama menetap di katil penjara menempuh setiap hari dengan penuh kesabaran dan harapan. InsyaAllah rasa sedih, luka di hati dan ruang kecil bilik penjara itu yang sudah memakan masa lebih dari satu ribu hari itu bakal ditinggalkan dengan penuh semangat membara untuk membawa negara ini menuju puncak jaya.
Tetamu ini akan diusahakan untuk mendapat pengampunan Yang DiPertuan Agong. Maka dengan berkat dan dengan kehendak Allah SWT jualah maka moga-moga terbebaslah istilah banduan itu dan bolehlah beliau bertanding di mana-mana kawasan Parlimen dengan syarat ada ahli Parlimen yang sudi meletakkan jawatan. Tetamu itu sudah pasti adalah DS Anwar Ibrahim bakal calon PM yang Ke-8.
Maka gegak gempitalah dan riuh rendahlah berpesta rakyat menentukan kemenangan calon PM Ke-8 ini di Pilihan Raya Kecil Parlimen. Maka berpusu-pusulah akan jentera perang untuk memastikan kemenangan DS Anwar Ibrahim sedaya dan upaya. Arakian jika menanglah dengan jumlah yang kecil atau besar maka angkat lah sumpah setia beliau nanti di Dewan Rakyat untuk bersama-sama menentukan hala tuju politik negara tercinta.
Saudara sekalian sesungguhnya harapan dan catatan ini bukanlah impian dan khayalan di siang hari semata. Ianya langkah rasional dan strategik yang telah di atur oleh Jentera Perang PH menuju ke Putrajaya dengan cara yang sah mengikut perlembagaan Negara. Bukan untuk membawa mafsadah iaitu keburukan dan mengurangkan kuasa umat dan agama Islam dalam Perlembagaan. Bukan untuk membalas dendam kesumat terhadap parti lawan atau kenduri ghanimah hasil harta kekayaan rakyat jelata. Jauh panggang dari api untuk menghakis kuasa umat Melayu dan Agama Islam dari paksi dan teras Negara.
Akan tetapi PH sebagai gabungan empat parti yang telah menanda tangani satu Perjanjian PH pada bulan Januari 2017 sebelum kewujudan Bersatu dan kemudiannya menanda tangani sekali lagi selepas kewujudan PPBM telah menzahirkan dengan sangat jelas bahawa PH akan menjamin kedudukan Agama Islam, Bahasa Melayu, Hak Bumiputera serta kedudukan Raja-Raja Melayu terus dipelihara. Dan sudah tentu untuk mereformasikan seluruh institusi Negara ke landasan yang betul dan sejahrtera.
Sesunggunya Islam sebagai Al-Deen akan terus diperkasa dengan pelbagai pembaharuan yang akan mengangkat Islam sebagai Agama Negara dengan pendekatan lebih baik lagi. Pemerkasaan Mahkamah Syariah, menaiktarafnya, membaikpulih sistem pendidikan negara dan memperteguh pendidikan Islam ke tahap terbaik. Menyusun semula pendidikan tinggi Negara tanpa campur tangan orang politik yang boleh menjejaskan cita-cita anak bangsa. Memberi ganjaran yang paling wajar untuk para pendidik dan Para Pensyarah di IPT Awam agar mereka boleh berkhidmat dengan bahagia di menara gading demi masa depan negara.
Akan tetapi kemenangan ini bukanlah untuk PH seronok berkuasa. Jika itulah tujuan maka dijauhkan Allah dari kemenangan di negara ini. Namun hasrat dan tujuan PH adalah untuk mengembalikan semula kemudi bahtera Negara ini ke arah dan jalan yang lurus.
Mereformasikan seluruh institusi negara, melantik pegawai yang paling bijak dan amanah, mendakwa yang salah dan korup dan mengagihkan kekayaan negara dengan adil dan saksama.
Menghapuskan cukai GST dan mengadakan sistem cukai yang lebih baik untuk rakyat awam yang telah lama menderita. Menilai dan menyusun semula kontrak besar dengan teliti berteraskan undang-undang dan kepentingan Negara tidak digadai, dan memastikan kuasa yang ada dikawal agar pada masa hadapan tiadalah lagi manusia yang boleh sesuka hati membuat apa sahaja di tanah air tercinta.
Oleh itu maka jika anda mahu melakukan perubahan ini maka satukanlah hati dan jiwa wahai pahlawan perang pilihan raya dari semua parti dalam PH. Teguhkan kesatuan, terimalah keputusan yang telah dibuat. Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. Akhirnya rakyatlah sama ada mereka terlibat sebagai ahli parti mahupun majoriti besarnya adalah dari kalangan rakyat biasa yang akan menentukan masa depan negara pada kotak undi hari pilihan raya kali ke-14 2018.
Maka oleh itu pandai-pandailah bernegosiasi bukan hanya untuk kepentingan peribadi mahupun parti masing-masing akan tetapi untuk menukar pentadbiran Kerajaan Persekutuan melalui pilihan raya ke-14 dengan cara yang sah dan mengikut undang-undang negara. Moga keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya pada malam yang ditentukan nanti akan memihak kepada PH dengan izin Yang Maha Esa, Allah SWT.

Artikel ini punyalah panjang, tapi tak ada langsung ditimbulkan tentang PAS. Parti perasan suci ini yang berminat nak jadi king maker, akan jadi apa pula? King joker atau king maki???
ReplyDeleteKing Joker pon bukan.
ReplyDeleteTapi jadi King Kong