Wednesday, January 31, 2018

Tok Pa jawab rapuan Nik Amar

Umno Kelantan nafi dakwaan kerjasama dengan AMANAH tumpaskan Pas
BERNAMA  -  January 31, 2018 7:19 pm
Umno Kelantan menyifatkan dakwaan wujud kerjasama antara Umno dan Parti Amanah Negara (AMANAH) bagi menjatuhkan kerajaan Pas di Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) hanya spekulasi.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tuduhan tidak berasas itu sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah pemimpin politik apabila menjelangnya pilihan raya.

“Tidak timbul kita berpakat dengan Pas atau AMANAH untuk menjatuhkan mana-mana parti politik di negeri ini,” katanya kepada pemberita pada program Jualan Sentuhan Rakyat peringkat Parlimen Jeli di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah portal berita berkaitan Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Abdullah yang mendakwa mempunyai maklumat mengenai kerjasama antara Amanah dan Umno di Kelantan untuk menjatuhkan Pas pada PRU14.

Sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa berkata, beliau tidak pernah berjumpa sama ada pemimpin Pas atau Amanah untuk berbincang bagi mewujudkan pakatan untuk tumbangkan mana-mana parti.

“Apa yang penting kita (Umno) tidak berkongsi dengan sesiapa, kita buat kerja dari dulu hingga sekarang, kita akan lawan siapa sahaja yang menentang kita,” katanya.

3 comments:

  1. perangai burok amono teserlah
    itu pung ada oarang pas tak paham lagi
    kalau macam tu memang nak mampuih la jawapnya
    wajib jatuhkan amaono
    jasa besar aomaono lepas medeka bagi kpair buat kilang arak
    sedekah genting ailen buat tempat judi dll maksiat
    cilako amono

    ReplyDelete
  2. Dh agak.... nik amar nk hentam amanah...tkperlu amanah jwb...umno akn jwb dulu.

    Padan muka bodoh nik amar tu.

    Sebahagian dpd masalah dlm pas selain hj hadi adalah nik amar. Dua2 ni lah yg mnjahanamkn pas

    ReplyDelete
  3. Nik Amar ni nak sedap kecek jah.Perangai ahli politik murahan memang macam tu. Dia nak bagi idea yg boleh membantumajukan rakyat tak mampu sbb fia jenis murahan.Tapi nak cakap jugak.Merapu jer la.

    ReplyDelete