Wednesday, January 24, 2018

Inilah orangnya yang dituduh menghina MB Terengganu tu......

Fatimah Lailati Omar Ketua Serikandi Bersatu Kuala Nerus ditahan, Ketua Wanita Pakatan Harapan Terengganu desak pembebasan segera

By Arianna - 2018-01-22

Bendahari Wanita Pakatan Harapan Terengganu yang juga Ketua Serikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Kuala Nerus, Fatimah Lailati Omar ditahan selepas dipercayai memuat naik status menghina Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di laman sosial, Facebook dan WhatsApp.

Perintah reman terhadap suspek berusia 44 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latif untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Suspek dikatakan memuat naik gambar Menteri Besar Terengganu yang diubahsuai serta komen yang berniat jahat, menghasut dan memfitnah Ahmad Razif.

Terdahulu, lebih 30 individu membuat laporan polis berhubung status dimuat naik suspek yang berbaur hasutan dan fitnah terhadap Menteri Besar didalam aplikasi Whataspp.

MENGAPA HANYA TINDAKAN TERPILIH TERHADAP PIMPINAN PEMBANGKANG SAHAJA?

Kenyataan Media | 22 Januari 2018

Wanita Pakatan Harapan Terengganu mengecam perbuatan penahanan Bendahari Wanita Pakatan Harapan Terengganu yang juga Ketua Serikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Kuala Nerus, Fatimah Lailati Omar.

Difahamkan Fatimah telah direman selama tiga hari  mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas dipercayai memuat naik status menghina Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di laman sosial.

Perintah reman yang dikenakan adalah tidak wajar dan ini memberi persepsi rakyat bahawa wujud satu usaha sistematik dan terancang untuk menganggu gugat pimpinan politik pembangkang sebelum tibanya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ironinya, blogger pro Umno, Papagomo yang kerap memapar kandungan video fitnah lucah tidak pula ditangkap walaupun berpuluh-puluh laporan polis dibuat orang awam dan kesalahannya terang-terang menyalahi peruntukan undang-undang.

Adakah pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang diperalatkan oleh kerajaan Umno BN demi menutup dakwaan skandal besar yang timbul? Adakah SKMM telah menjadi perkakas untuk kepentingan kerajaan?

Wanita Pakatan Harapan Terengganu mendesak agar pihak berkuasa khususnya SKMM tidak bersikap selektif dalam mengendalikan kes-kes sebegini. Segala tindakan hanya kepada pembangkang dan perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku di sebuah negara yang demokrasi.

Justeru itu Wanita Pakatan Harapan Terengganu mendesak pembebasan segera Fatimah Lailati Omar dapat dilakukan tanpa alasan. 

Sharifah Norhayati Syed Omar
Ketua Wanita Pakatan Harapan Terengganu

No comments:

Post a Comment