Sunday, January 21, 2018

Petua hari ini dari Lebai menjulang keris

Tidak daftar, keluar mengundi bertentangan ajaran Islam - Hadi Awang
Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani |  Diterbitkan pada Januari 21, 2018 16:09 MYT
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa nabi dan rasul tidak pernah memisahkan dakwah dan politik. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR

SHAH ALAM: Tindakan segelintir golongan muda yang tidak mendaftar sebagai pengundi dan tidak keluar mengundi bertentangan dengan Islam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa nabi dan rasul tidak pernah memisahkan dakwah dan politik.

Malah, terdapat firman Allah SWT yang menyebut bahawa Tuhan menjadikan Nabi Adam dan manusia sebagai khalifah (pentadbir Islam) di muka bumi.

"Islam merangkumi seluruh hidup manusia. Maka menjadi kewajipan umat Islam terlebih dahulu daripada orang lain berjuang untuk memilih kerajaan dan memimpin kerajaan yang adil untuk semua.

"Malangnya hari ini ramai kalangan umat Islam, anak muda yang menganggap mengundi pada pilihan raya tak penting, tak mahu keluar mengundi.

"Ini satu anggapan yang salah, bertentangan dengan agama Islam," katanya.

Beliau berucap merasmikan jentera pilihan raya Pas Selangor bersempena perhimpunan Fastaqim 2.4 di sini hari ini.

8 comments:

  1. Kuat memonteng ajaran sapa pulak tu?

    ReplyDelete
  2. Dia ni Ulamak ke? Ulamak palsu bole la. Sb mulut dia sangat celupar

    ReplyDelete
  3. Ulamak palsu mulut celupar.

    ReplyDelete
  4. Otak lebai ni masih ok lagi ke?
    Saya cuma bertanya utk dptkan kepastian je!!

    ReplyDelete
  5. Dah menghunus keris serupa umno, lebih baik join umno terus.......

    ReplyDelete
  6. King maker tak pasti lagi. KING MAKI MEMANG SURE BAGI KAT DIA N THE WALAOUN SEKELIAN. Ini semua harta ahmad albab ounya hal. Mau rasa juga nikmat duniawi. Kalah pun takpa habuan jawatan menanti. PUNAI SIHAT kerajaan jawatan idaman.

    ReplyDelete