Thursday, January 18, 2018

Kah, kah, kah.....bila terdesak ini jawapan PAS. Walhal salah satunya tu kawan mereka!

* Kalau calon PAS adalah Hadi, cakap jerlah. Apa nak malu-malu!
Orang lain semuanya syaitan, puak-puak serban jer malaikat

Antara ‘dua syaitan’ jangan pilih mana-mana kata Pemuda Pas
MALAYSIA DATELINE  -  January 18, 2018 1:36 pm 
Pas ibaratkan Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad antara “dua syaitan” jangan pilih mana-mana sebagai  calon perdana menteri, kata Naib Ketua Pemuda Pas Ahmad Fadhli Saari.

Beliau dipetik berkata tidak perlu Pas terperangkap dengan gesaan Dr Mahathir agar parti itu untuk memilih dirinya atau Najib sebagai calon perdana menteri.

Hakikatnya, kata Ahmad Fadhli, Pas berada di landasan betul dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 dengan meletakkan agenda Gagasan Sejahtera sebagai paltform untuk menawan undi rakyat.

“Siapapun yang menjadi Perdana Menteri bukanlah merupakan satu keutamaan kerana yang lebih penting ialah dasar yang akan dikemukakan ialah asas yang boleh menjanjikan kebajikan untuk rakyat

“Namun, jika Pas perlu juga untuk menjawab, cukuplah sekadar jawapan, “Of two evils, choose neither,” ujarnya seperti dipetik Harakah online hari ini.

Pada Selasa Dr Mahathir, yang dinamakan calon perdana menteri Pakatan Harapan meminta Pas untuk mendedahkan sama  ada parti itu menyokong dirinya atau Najib.

“Kita nak tahu Pas ni nak bertanding siapa calon perdana menteri dia? Calon Najib ke, calon saya ke, itu kita nak tahu,” kata bekas perdana menteri yang berusia 93 tahun itu.

Gagasan Sejahtera, selain Pas dianggotai oleh Ikatan dan Parti Cinta Malaysia (PCM), yang disebut sebagai alternatif kepada BN dan PH.

Ikatan diketuai oleh bekas menteri Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir manakala PCM diterajui oleh Datuk Huan Cheng Guan, bekas naib presiden Gerakan.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyatakan bahawa Pas tidak bersama BN dan juga tidak bersama PH yang sudah cukup untuk difahami sebagai pendirian Pas kini.

“Agenda Pas bukan terhenti setakat menobatkan perdana menteri tetapi lebih kepada menukar dasar pentadbiran negara kepada landasan syariah dan berkebajikan,” katanya.

Semalam Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah dalam kenyataannya juga dipetik berkata, rakyat pun sudah mengetahui kenapa Pas tidak memilih kedua-dua pemimpin tersebut.

“Bahkan kita sendiri mempunyai calon pilihan yang akan diputuskan parti selepas ini.

“Kita akan cadangkan calon perdana menteri yang lain, tetapi setakat ini, terlalu awal untuk kita beritahu,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim semalam.

4 comments:

  1. Jika ini benar... Mudahnya mereka menggelar orang lain dengan syaitan.. Bagaimana kalau bapa dia atau ibunya di gelar syaitan.. Amacam? Inilah yang mencemarkan nama mereka sendiri yang berdiri di atas parti suci... Tidak ada yang manis keluar dari hati perut mereka... Jika ini benar ....Bahasa longkang, bahasa sampah membusuk pada mulut mereka..

    ReplyDelete
  2. SYAITAN ITU PAS. PAS MENSYAITANKAN DIRINYA SENDIRI. ADA RAMAI SYAITAN DALAM PAS. ADA SYAITAN BALAK. ADA SYAITAN KENDERAAN, ADA SYAITAN BINI, ADA SYAITAN KUASA, ADA SYAITAN YANG SELALU MENSYAITAN [PIHAK LAIN. PAS SEBENARNYA SYAITAN ITU.

    ReplyDelete
  3. Tipu. Pas pilih syaitan yg kayakan dia.

    ReplyDelete
  4. PAs adalah syaitan berserban, cume mereka ni si lebai tolol pil kuda afiat amanat tuang presideng mereka. Ngok bongok

    ReplyDelete