Saturday, 20 January 2018
EHHH...MESTILAH KITA NAK TUN MAHATHIR!!!
Pencalonan Tun Mahathir Mohamad sebagai bakal Perdana Menteri Pakatan Harapan secara umumnya sudah mula diterima baik oleh pelbagai lapisan rakyat negara ini.
Golongan berpendidikan, orang bandar, separa bandar, pengundi muda, sebahagian orang kampung dan peneroka Felda sudah mula terbuka mata dan dapat menerima kembalinya semula beliau untuk memimpin negara ini.
Malah yang mengejutkan ialah makcik-makcik kampung turut menerima baik perkara itu.
Sebagai golongan yang terlibat secara langsung dalam belanja harian untuk barang-barang dapur, kaum wanita dan makcifk-makcik kampung paling terkesan dengan kenaikan harga barang yang begitu dirasakan di era Najib Razak menjadi Perdana Menteri ini.
Oleh itu, apabila mendengar Tun Mahathir mahu kembali menjadi Perdana Menteri semula, mereka tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira itu.
Di sebuah kampung ketika rewang-rewang untuk satu majlis kenduri, sekumpulan makcik-makcik telah ditanya sama ada mereka mahu terus berperdana-menterikan Najib atau inginkan Tun Mahathir mengetuai negara ini.
Ehhh...mestilah kita nak Mahathir, kata mereka dengan yakin.
Hujah mereka mudah saja - Tun Mahathir ketika berkuasa dahulu tidak pernah membebankan kehidupan mereka dalam belanja pasar seharian kerana barang keperluan masih dikawal, tiada cukai GST dan tiada kenaikan harga minya setiap minggu seperti sekarang.
Meski sudah berusia 93 tahun dan pernah menjadi Perdana Menteri sebelum ini, namun sentuhan beliau dalam membangunkan negara dan memberi kesejahteraan kepada rakyat nampaknya bukan saja tidak pernah dilupakan, bahkan lebih diperlukan dalam keadaan sekarang ini.
Inilah juga sebenarnya yang menyebabkan Najib dan segala jentera propagandanya tidak henti-henti melakukan serangan kepada Tun Mahathir serta menjadikan faktor usianya sebagai kecaman utama.
Hakikatnya, lelaki berusia 93 tahun itu semakin menakutkan dan banyak memberi mimpi ngeri buat Najib, sang kleptokrat paling terkenal di dunia ketika ini.
Malah terbaru ini golongan ulama dan agamawan juga turut tampil dengan menjadikan faktor usia Tun Mahathir sebagai hujah kononnya lebih baik beliau berehat, belajar agama di pondok dan berada di atas sejadah saja.
Soalnya, apakah Tun Mahathir hanya perlu berdiam diri melihat pelbagai kemungkaran dan negara hampir terjual sekarang?
Bukankah perjuangan beliau menyelamatkan negara lebih besar pahalanya berbanding belajar agama atau berada di atas sejadah yang lebih bersifat peribadi ganjarannya?
Bagi majoriti rakyat, faktor usia Tun Mahathir bukanlah isu besar kerana semua faham beliau bukan mahu menjadi Perdana Menteri semula bagi tempoh yang lama.
Setahun dua atau lebih singkat daripada itu pun sudah memadai.
Yang penting, Najib mesti dikalahkan terlebih dahulu melalui segala pengaruh dan kekuatan yang ada padanya.
Selepas proses menyelamatkan negara dan penyusunan dilakukan, negara ini pasti akan dipimpin oleh tokoh-tokoh berkelayakan serta muda melalui asas pemulihan yang telah diselesaikannya.
Yang penting ketika itu tiada lagi Najib, tiada lagi UMNO dan tiada lagi BN menguasai negara ini.
Tiada Najib, tiada UMNO dan tiada BN, maka lebih selamatlah negara ini. (ShahbudinHusin 20/01/2018)
Anda mungkin juga meminati:
EHHH....SIAPA YANG PANIK?
Posted by Shahbudin Husin at 15:01

ayoh lingkupkan amono
ReplyDeletejangna lepas peluang terbaik pru14
ini kali jangan bodo lagi
jangan jadi bodo 14 kali
ada paham