Wednesday, January 24, 2018

Ini sebabnya: LGE kata SPRM mengamalkan dwistandard dalam siasatan

Lim: Mengapa ECRL tanpa tender terbuka tidak disiasat?

  | January 23, 2018
Ketua menteri Pulau Pinang berkata SPRM belum menjawab mengapa projek terowong dasar laut dan 3 jalan utama dianggap ada unsur korupsi.
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mempersoal mengapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyiasat projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion, yang tidak diberikan menerusi tender terbuka.
Menurut Lim, badan anti rasuah itu sebaliknya menyiasat projek terowong dasar laut dan 3 jalan utama di Pulau Pinang yang mana diberikan menerusi tender terbuka.
“Mereka masih belum menjawab mengapa projek terowong dasar laut dan 3 jalan utama itu dianggap mempunyai unsur korupsi, padahal projek ECRL tidak diberikan menerusi tender terbuka.
“Mengapa SPRM tidak menyiasat projek yang tidak diberikan menerusi tender terbuka?” soalnya pada sidang akhbar hari ini.
Lim mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Azam Baki yang menafikan badan itu mengamalkan dwistandard dalam siasatan ke atas projek di Pulau Pinang itu.
Lim juga menegaskan Azam tidak mahu mengulas berhubung “laporan palsu media Barisan Nasional” yang menyatakan terdapat sogokan yang diterima oleh ahli politik penting tertentu dalam projek itu.
“Ini berlaku walaupun sudah berulang kali saya katakan tiada satu sen pun dibayar kepada kontraktor, dan tiada seinci pun tanah diberikan untuk projek dasar laut itu.”
Lim berkata jumlah yang dibayar oleh negeri itu untuk 3 jalan raya utama itu dan ianya dilakukan secara berasingan.
“Ini juga dilakukan setelah penasihat kejuruteraan telah menyemak, memeriksa dan akhirnya membuat cadangan kepada kerajaan negeri, barulah jumlah itu dibayar.
“Kami tidak membayar jumlah penuh pun yang dicadangkan oleh HSS Integrated Sdn Bhd, yang mana juga terlibat dengan projek ECRL,” he said.
Lim berkata SPRM bertindak serta merta apabila kebocoran maklumat berkenaan skandal perumahan di Johor dikatakan melibatkan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohd Khaled Nordin.
Lim berkata, SPRM cepat bertindak, menyatakan maklumat yang bocor itu palsu, dan serta merta mengambil tindakan, tetapi dalam kes projek terowong dasar laut dan 3 jalan utama itu, SPRM membenarkan laporan palsu oleh media BN berlaku setiap hari, “walaupun saya sudah mengatakan tiada unsur korupsi”.
“Ini menunjukkan sememangnya terdapat dwistandard. Saya berharap SPRM dapat memastikan integriti terjaga, dan mereka tidak terlibat dalam sebarang penyalahgunaan kuasa hanya untuk mencapai matlamat politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 ini.
“Jangan biarkan SPRM dicemari tanggapan negatif berkenaan mereka yang menyalahguna kuasa, atau menjalankan pemburuan musuh politik terhadap parti atau pemimpin pembangkang, dengan dakwaan tidak berasas dan tidak benar seperti yang diterbit dalam media BN, dan di mana SPRM gagal mengambil tindakan terhadap kebocoran palsu itu,” tambahnya.
Azam dilaporkan menafikan tuduhan Lim, mengatakan SPRM kekal profesional dalam menjalankan tugas.
Projek prasarana RM6.3 bilion itu mengundang perhatian Barisan Nasional susulan siasatan oleh SPRM.
Terowong dasar laut 7.2km itu akan menghubungkan Jalan Pangkor di George Town dan Bagan Ajam di Butterworth. Pembinaannya dijadualkan bermula 2023.
Kajian kebolehlaksanaan itu, yang menjadi pertikaian antara pemimpin BN dan pembangkang, sekarang ini 92% siap. Kerajaan Pulau Pinang berkata projek itu bukan keutamaan tinggi dan boleh dilaksanakan kemudian nanti, selepas 3 jalan utama siap dibina.
* Berita di bawah ni pun bagus sekiranya betul-betul berlaku di Mahkamah. Bolehlah kita siapa betul dan siapa bohong

2 comments:

  1. LGE kena sedar,boss SPRM dah tak boleh nak 'ingkar arahan'sbb dia pun hidup atas 'ehsan'. Jadi yang 'ber baki' pun ikut jer la.

    ReplyDelete
  2. kalau tak berani tegak keadilan minta tukar jabatan saja la
    tak payah nak melalak kat sini lagi
    nampak snagat dalam bnayak kes berbeza lagunya
    bukan semua olang bodo oi
    hidup tak ingat akhirat rugi besar disana nanti
    kat dunia rugi pangkat sikit saja kalau berani pikul amanah jawatan
    tak amanah jalankan tugas
    bohong kuat pulak tu
    malu la sikit

    ReplyDelete