Thursday, January 25, 2018

Artikal menarik yang aku terlepas pandang

Gunalah otak, PRU tak sama macam pilih Pepsi atau Coke
TMI  · Diterbitkan pada 24 Jan 2018 9:35PM
Makin tua makin berisi, makin mengarang makin tajam penanya. Hari ini, sekali lagi Dr Mahathir menyuarakan pendapatnya dengan tajam dan sinis. Kali ini Pengerusi Pakatan Harapan itu menyindir kemampuan berfikir sesetangah rakyat yang menyamakan pilihan raya seperti memilih antara Pepsi atau Coca Cola. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 24 Januari, 2018

DR Mahathir hari ini menyuarakan rasa terkejutnya, atau mungkin menyindir pihak tertentu apabila timbul desas-desus rakyat yang menyamakan pilihan raya seperti memilih antara Pepsi atau Coca Cola.

Bagi menjelaskan maksudnya tentang pentingnya mengundi, Dr Mahathir secara sinis memberi perumpaan perbandingan antara Proton dan Rolls Royce.

“Begitu rendahkah kebolehan kita berfikir dan membuat bandingan? Jika ditanya antara Proton dengan Rolls Royce, yang mana satu yang nak dipilih?

“Mana-mana sahajalah. Apa bezanya antara Proton dengan Rolls Royce. Kedua-duanya kereta bermotor, tak lebih dari itu,” tulis Dr Mahathir melalui laman blognya hari ini.

Dr Mahathir menambah rencah sindirannya dengan berkata supaya tidak membeli kedua-dua jenis kenderaan itu, sebaliknya “lebih baik berjalan kaki.”

“Tetapi semasa melintas jalan sahabat ini tergilis dengan sebuah kereta, kereta Rolls Royce. Dia tak tahu kerana dah maut. Sebenarnya Rolls Royce itu dipandu pencuri kereta itu.

“Ini cerita dongeng. Tetapi cerita ini sama dengan membuat pilihan antara Pepsi Cola dengan Coca Cola,” jelasnya.

Pengerusi Pakatan Harapan itu menjelaskan sama ada perumpaan beliau itu boleh difahami atau tidak, bergantung pada tahap minda pembaca sendiri.

“Jika kebolehan rendah maka terjadilah tafsiran seperti yang dibuat terhadap soalan saya berkenaan daging babi,” tambahnya.

Semalam, melalui blognya, Dr Mahathir mempersoalkan adakah babi haram atau tidak jika disembelih dengan menyebut nama tuhan.

“Maju mundurnya sesuatu bangsa bergantung kepada daya fikir bangsa itu. Dalam al-Quran, berkali-kali terdapat ayat yang menyentuh daya-fikir manusia. Setelah diperdengar wahyu dari Allah, ada yang masih tidak faham dan tidak percaya. 

“Puak yang tidak dapat fikir ini dikenali sebagai puak jahiliah. Jika kita tergolong dalam puak ini, tak mungkin kita bezakan antara yang bertanding. Dan mustahil kita akan maju. 

“Tak hairanlah jika kita tidak akan undi dalam Pilihan Raya Umum ke-14. Jika memilih antara Pepsi dengan Coca Cola pun kita tak dapat, apatah lagi antara BN dengan PH. 

“Oleh itu jangan pilih. Selamatlah kita. Selamatkah? Tepuk dada. Tanya selera,” tulisnya, sinis. – 24 Januari, 2018.

2 comments:

  1. Jika gini la cara cai ni b'fikir, alamatnya cai cai x akn m'gundi sampai mati. Nak undi parti yg guna islam spt PAS? Perghh pas.... pun punah ranah, munafiq, p'yokong kletokrasi, makan dedak dsb.

    Takda 1 gabungan parti yg sgt2 sempurna. Tp pilihlah yg paling kurang risiko.




    ReplyDelete
  2. Dalam al-Quran, berkali-kali terdapat ayat yang menyentuh daya-fikir manusia. Setelah diperdengar wahyu dari Allah, ada yang masih tidak faham dan tidak percaya.

    Allah suruh yakin ada nya hari pembalasan
    buat baik hidup sat saja ni
    bukan buat dzolim
    kalau ada kuasa perintah ngan adil jangan nak tolong ornag keliling pinggang saja
    tengok tanda kebesaran Allah di dunia ni
    ada kuasa buat hukum hukum ynag diperintahkan oleh Allah bukan ikut kitab penjajah perintah negara Islam
    benda haram bila nak buat sebut nama Allah
    itu gila namanya
    contoh lepas makan rasuah zina dll ynag haram sebut Alhamdulillah ok ka?

    ada yang tak boleh pikir tapi ramai yang dah kena sihir puluhan tahun amono

    nak jatuhkan matjib saja kalau jadi
    masuk amono balik
    dulu dolla undur lu masuk balik amono
    matde matde

    ReplyDelete