Di mana Jamal, tanak berdemokah bawa keriskah?
Kerana Nak Jaga Undi Kerajaan Biar Islam Dihina
Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, 12 Jamadilawal 1439H, Isnin – Penghinaan terhadap Islam semakin menjadi-jadi disebabkan tiada tindakan tegas yang diambil, kata Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).
Ketuanya Farid Hussin berkata, meskipun individu yang menghina Islam ini bertindak secara terang-terangan yang membolehkan dakwaan dikenakan terhadap mereka, tetapi tiada siasatan dilakukan pihak berkuasa.
Katanya, contoh paling terbaru apabila ekstremis Kristian Clement Chin menuduh al-Quran sebagai sebuah kitab cetak rompak.
“Tindakan dan respon yang lemah lembik pihak berautoriti, kerajaan mahupun pihak pembangkang menjadi pemangkin kepada trend yang membimbangkan.
“Sama ada takut bahawa sebarang tindakan yang diambil akan mengancam perpaduan dan keamanan, atau kerana ingin menjaga periuk nasi dan undi, hanya mereka sendiri yang tahu,” katanya kepada Ismaweb, hari ini.
Bukan sekadar menghina al-Quran, ekstremis Kristrian itu turut menuduh Nabi Muhammad sebagai sesat kerana menggunakan kalimah Allah bagi Tuhan, yang disifatkannya sebagai berasal daripada sembahan masyarakat pagan Makkah.
Bahkan, dia turut menuduh umat Islam sedang memuliakan syiar Dewa Bulan Hubal.
Menganggap Clement berniat jahat terhadap seluruh umat Islam Farid berkata, kenyataan berbaur hasutan oleh Clement ini telah menampakkan kedangkalan dan salah faham yang kronik terhadap Islam.
“Malah, komen-komen Clement Chin ini tidak ubah seperti racauan orang gila, yang secara tidak langsung menunjukkan kebencian yang mendalam terhadap agama Persekutuan dan rakyat pribumi negara ini.
“Bezanya, dia ini tidak gila dan tertakluk pada undang-undang negara. Inilah barah yang akan menggugat kestabilan dan keamanan negara jika tidak dibendung segera,” katanya.

mana puak amono ynag heboh snagat dikatakan pejuang islam mana mana dia?????
ReplyDeletedalam negara islam sendiri dibiar cilako ni hina ugama islam
apa punay sial duk ada