Wednesday, January 17, 2018

Perang psiko Kadir Jasin?

Kadir Jasin hanya perang psiko
SITI FATIHAH AWANG 17 JANUARI 2018
KOTA BHARU - Dakwaan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin mengenai perbincangan sulit dengan antara Pas dan Umno untuk membenarkan Pas terus menguasai Kelantan pada PRU14 adalah tidak logik dan tidak masuk akal.

Penganalisis Politik, Dr Rusdi Omar berkata, mustahil untuk Umno bersikap demikian kerana kini peluang untuk parti itu kembali mentadbir Kelantan adalah cerah.

“Dakwaan Kadir itu merupakan perang psiko pihak pembangkang terhadap parti Umno yang saya lihat mempunyai potensi cerah untuk menang PRU14 nanti terutama di Kelantan.

“Perang psiko ini dibuat juga mungkin bertujuan untuk menggugat kesepaduan dan kejituan parti BN Kelantan dalam persiapan mereka menghadapi PRU.

“Malah ia juga tidak lebih untuk mengalih pandangan dan sokongan rakyat terhadap Umno yang dilihat menjadi pilihan majoriti mereka dalam PRU14 nanti,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Spekulasi mungkin betul kerana Pas kini lemah]

Menurutnya, beliau juga bersetuju dengan pendapat Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mengatakan dakwaan Kadir boleh ke bakul sampah sahaja dan yakin pemimpin Umno Kelantan tidak akan mudah melatah dengan perkara seperti ini.

No comments:

Post a Comment