Monday, January 29, 2018

Terpikat dengan Pelajarnya: Cerita biasa namun terkesan pada yang percayakan kuasa dan 'Rahman' Allah

Kisah Seorang Cikgu Terpikat Dengan Pelajarnya
Oleh Ida Latif
Nota Editor: Kisah bagaimana lelaki ini terpikat dengan pelajarnya telah dikongsikan di Facebook Wan Syafiq Wan Zahidi. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis.

Sebenarnya beliau adalah suami kepada Puan Nurramizah Fadzil yang telah kami kongsikan kisah perkahwinannya dengan anda sebelum ini.

BACA: Kisah ‘Sweet’ Bagaimana Minah Rempit Dipikat Gurunya

Hari tu isteri saya Nurramizah Fadzil dok share pasal cerita dia masa saya pinang dia tahun lepas. Saya nak cerita pula cerita bahagian saya sebelum pinang dia. Ni kira novel pendek ni, kalau rajin boleh baca. Haha.

Part 1

Selepas saya grad dari Universiti, saya banyak melepak kat rumah, ummi pun dok suruh cari kerja tapi takmo kerja bawah orang. Alasan nak berbisnes.. Haha! Padahal tak tau ape pasal bisnes.

Time ni saya memang jenis tak layan sangat perempuan sebab saya ada suka seorang perempuan dari zaman sekolah dulu, tapi budget setia, tak nak ngorat perempuan lain padahal takda hubungan ape pun dengan perempuan tu. Tup tup tahu perempuan tu dah kawin. Menonggeng dua tiga hari. Haha.
Sambung cerita pasal bisnes. Mula-mula ingat nak bisnes dalam show pementasan sebab masa dekat U dulu saya uruskan kelab orkestra, ghazal dan muzik asli. Tapi lepas dapat 1st job main muzik untuk program sekolah kat KL, saya rasa tak ngam dengan jiwa.

Maka beralih lah saya dalam bisnes web design dengan menggunakan nama syarikat sendiri Le Harmonie Studio (leharmonies.my). Saya buat online dan boleh lah dapat income dan cover sikit kos belanja adik beradik belajar. Buat bisnes online dari kampung je kat Alor Gajah.

Part 2

Tapi saya rasa macam tak berkembang, kereta tak ada, rumah tak ada, duduk rumah mak ayah lagi. Duit dari bisnes habis gitu je. Fasa dalam hidup tak berkembang.

So saya ambil keputusan untuk keluar dari kampung dan buat kelas coaching Website kat KL. Kelas pertama saya ada lah dalam 7-8 orang join dan salah seorangnya adalah kak Wan Imuslim. Lepas kelas, Kak Wan dengan saya selalu contact sebab bisnes dan kitorang jadi rapat macam kakak dengan adik dah.

Satu hari kak Wan ni ajak saya join program biskut raya sebab dah nak ramadhan time tu (dalam bulan Mei 2014). Dekat program biskut raya tu, kak Wan perkenalkan saya dengan Nurramizah atau Miza nama panggilannya yang kini dah jadi isteri saya. Comel orangnya. Haha.

Nak dijadikan cerita, si Miza ni dia nak belajar website dan seo. Saya pun bagitahu dia yang saya ok je ajar. Saya pun set date untuk coaching website dekat The Mines.
Part 3

Lepas first coaching, saye rasa tulang rusuk kiri bergetar. HAHA!!

Gurau je. Haha. Saya tak rasa apa pun masa first coaching. Lepas 2 minggu, kitorang set date coaching lagi kat tempat yang sama. Kawan dia yang teman namanya Nisa.

Coaching yang kedua ni, kitorang banyak sembang pasal life sebelum ni. Dia cerita yang dia banyak kali lelaki try tapi last last kecewa. Dan akhirnya sudah tak caya cakap laki yang kata nak jadikan dia isteri.

Balik dari coaching tu, saya terdetik nak jaga dia supaya dia tak rasa kecewa lagi. Ecewah.

Pakaian terjaga, adab terjaga. So saya pun rasa cam ok je. Padahal baru 2-3 minggu kenal.

Kebetulan minggu hadapannya tu (hari sabtu sebelum 1st Ramadhan) saya ada buat kelas website dekat Melawati, saya ajak dia join, tolong saya handle kelas. Dia pun ok je dan saya kata nak bagitahu sesuatu lepas habis kelas.
Part 4

Lepas habis kelas, saya pun jumpa Miza ni dekat tempat parking. Niat saya nak cakap yang saya nak jadikan dia isteri tapi tak tercakap. Mulut kaku macam kena zip. Saya pun kata takda apa-apa dan kitorang masing-masing gerak untuk pulang.

Saya berhenti kat tepi jalan lepas beberapa minit drive, saya memang runsing dan frust sebab tak luahkan perasaan. Saya blurr tak tahu nak buat apa. Lepas 3 minit saya fikir, saya decide untuk call Miza dan bagitahu nak jumpa.

Entah mana-mana saya berhenti sebab sesat. Maklumlah orang Melaka. Saya bagi location kat Miza lepas tu dia datang. Saya nampak je dia, terus saya keluar kereta, jalan terus kat motor dia.

Dengan dia duduk atas motor, helmet pakai lagi takmo buka. Saya terus je cakap saya nak jadikan dia isteri dan nak jumpa parent dia terus. Dia angguk kepala pastu dia pergi balik. Lepas dia balik, terus azan magrib.. Masuklah 1 ramadhan.

Part 5

Saya tak tunggu lama. Seminggu lepas saya luahkan perasaan, saya terus pergi rumah dia jumpa parent, seorang diri. Hehe.

Blur saya tak tau nak sembang apa. Sembang pasal rumah takda lubang udara lah. Pasal barang banyak dalam rumah lah. Hahaha. Ntah apa sembang tak tau la. Kah  kahkah.
Last-last saya bagitahu niat yang saya nak jadikan anak dia Nurramizah Fadzil sebagai isteri.  Ayah dan mama dia setuju, dan terus plan bila nak nikah. Saya lagi blurr. Sebab saye takda income stabil, takda kereta, takda rumah.

Saya serah je semua kat Allah dan kitorang set date kawin hujung tahun. Dalam 5 bulan kitorang tunang. Dalam 5 bulan tu lah Allah mudahkan saya. Ada kereta sendiri (Saga), dan rumah sewa dekat Putrajaya.

Penutup

Sekarang dah lepas setahun sejak kami kenal. Decide kawin dan berserah pada Allah je. Dari takde rumah, takde kereta. Sekarang dah ada.

Anak pertama kami pula bakal lahir bulan 10 tahun ni.

So pada kawan-kawan yang belum tu, kalau boleh jangan jadikan duit sebagai alasan nak kawin. Sebab Allah janji rezeki lepas kawin.

BACA: Lamar Si Gadis Kerana Jatuh Cinta Pandang Pertama Dengan Sikapnya

No comments:

Post a Comment