MASJID, 30 PREMIS MUSNAH DALAM KEBAKARAN AWAL PAGI DI KINABATANGAN
January 19, 2018
Tiga puluh premis dan sebuah masjid musnah dalam kebakaran di Kampung Paris Tiga, Kinabatangan awal Jumaat pagi. – Gambar ihsan BOMBA Kinabatangan
KINABATANGAN: Sebanyak 30 premis dan sebuah masjid musnah dalam satu kebakaran di Kampung Paris Tiga Kinabatangan, awal pagi jumaat.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai pada jam 2.34 pagi tadi.
Seramai 13 anggota bomba dan seorang pegawai dari Balai Bomba Lahad Datu bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi kebakaran dengan bantuan bomba Kinabatangan.
Operasi memadam api berdepan kesukaran berikutan tekanan air yang rendah sehingga memaksa pasukan bomba menggunakan sumber air terbuka dari kawasan berdekatan.
Api berjaya dikawal pada jam 5.00 pagi dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya kira-kira jam 9.00 pagi
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – Ridzal Abdullah/Astro Awani
BACA LAGI DISINI
January 19, 2018
Tiga puluh premis dan sebuah masjid musnah dalam kebakaran di Kampung Paris Tiga, Kinabatangan awal Jumaat pagi. – Gambar ihsan BOMBA Kinabatangan
KINABATANGAN: Sebanyak 30 premis dan sebuah masjid musnah dalam satu kebakaran di Kampung Paris Tiga Kinabatangan, awal pagi jumaat.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai pada jam 2.34 pagi tadi.
Operasi memadam api berdepan kesukaran berikutan tekanan air yang rendah sehingga memaksa pasukan bomba menggunakan sumber air terbuka dari kawasan berdekatan.
Ini sahaja yang tinggal apabila api dapat dipadamkan oleh anggota Bomba.
Api berjaya dikawal pada jam 5.00 pagi dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya kira-kira jam 9.00 pagi
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – Ridzal Abdullah/Astro Awani
BACA LAGI DISINI
Setelah melihat insiden yang menyayat hati ini lantas aku teringat perbuatan manusia musibat yang telah merompak perutukan wang air di Sabah. Mungkin mereka dan Musa yang tak aman tersenyum riang melihat kaedaan itu. Mereka lupa bahawa air bukan sekadar untuk kegunaan rakyat tetapi juga untuk kegunaan alam sekitar. Di PRU ke 14 ini elok lah mereka yang tak berhati perut ini di nyah dari anjung kuasa.
ReplyDelete