Thursday, January 18, 2018

Tiada paksaan dalam agama: Cer baca komen ini dan apa pula komen korang?

Tiada paksaan dalam agama?
Farouk A. Peru | January 17, 2018

Paksaan adalah lawan kepada Islam yang sebenar. Malangnya itulah cara diambil orang yang mewakili Islam.
KOMEN

Tiap-tiap minggu, ada sahaja berita yang memberi gambaran negatif tentang Islam di Malaysia.

Baru-baru ini, seorang usahawan kosmetik dipanggil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana ada khabar angin mengatakan dia transgender.

Sekali lagi Jakim diketawakan apabila netizen bertanya – tak ada kerja lain ke mereka ini? Kenapa mereka tidak mengadakan kuliah-kuliah tentang korupsi yang makin lama makin melemahkan negara?

Jakim sebenarnya adalah bukti yang otoriti dalam agama adalah bercanggahan dengan hukum alam. Kerana mereka mempunyai bajet lebih kurang RM1 bilion, mereka terpaksa memberi justifikasi dengan polisi yang menyusahkan rakyat. Bila tak ada masalah, cari masalah, seperti kes Nur Sajat untuk menjustifikasikan bajet itu.

Paksaan (dalam bahasa Al-Quran “ikrah” atau bahasa Arab moden, “karh”) adalah unsur yang selalu terdapat dalam otoriti agama terutamanya agama Islam. Ia menghairankan, kerana dalam bidang agama, yang membuatkan kita menjadi ahli agama itu ialah sesuatu yang ghaib.

Maknanya, kita tak dapat membuktikan kepada sesiapa yang lain (kecuali diri kita sendiri) yang Tuhan wujud, Rasul itu membawa yang benar dan Kitab itu benar-benar daripada Tuhan. Semua ini adalah perkara dalaman yang kita perlu mengimani dengan proses yang semulajadi dan proses ini diperincikan dalam Al-Quran sendiri. Kita tidak boleh memaksa sesiapa menjalani proses ini, jauh lagi memaksa orang itu mendapati keputusan yang sama dengan kita.

Beberapa hari yang lepas, Mufti Negri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, berkata sesiapa yang ingin meninggalkan Islam, hukumannya adalah hukum bunuh. Namun begitu, katanya lagi, Malaysia tidak dapat menguatkuasakan hukuman ini. Seperti sedih pula yang di Malaysia kita tak dapat bunuh orang!

Soalan saya, mengapa Yusof berkata begini? Adakah dia tidak yakin dengan hukuman yang sedia ada di Malaysia? Bergantung kepada negeri, hukumannya adalah denda atau penjara. Adakah ini tidak mencukupi bagi Yusof?

Soalan saya yang seterusnya – kenapakah Yusof mengatakan yang hukuman bunuh ini “hukuman Islam” seolah-olah ini pandangan daripada Al-Quran? Mungkin dia tidak tahu tetapi hukuman bunuh untuk murtad adalah berlawanan dengan ajaran Al-Quran.

Allah terang-terang berfirman yang tiada paksaan dalam agama (“laa ikrah fi ad-deen”, Surah Al-Baqarah, Ayat 256) dan memberi peringatan kepada Nabi Muhammad sendiri yang jika Allah kehendaki, Dia boleh menundukkan semua manusia supaya Nabi tidak memaksa manusia sehingga mereka beriman.

Iman akan datang kepada orang yang menggunakan akal (10:99-100). Jadi bagaimana pula Yusof boleh mengatakan yang hukuman bunuh itu adalah “hukuman Islam” sedangkan Al-Quran terang-terang menidakkan paksaan dalam agama?

Soalan ketiga – apakah kebaikan memaksa orang? Katakan orang yang dibesarkan sebagai Muslim itu mahu meninggalkan agama dan kita menghalangnya, apakah manfaatnya kepada orang Islam? Adakah ia memberi nombor bancian yang baik? Dengan mendabik dada, kita boleh berkata yang Malaysia mempunyai berjuta-juta orang Islam padahal di kalangan jutaan itu ada yang tidak sebenarnya percaya.

Ini adalah mentaliti yang cetek lagi dangkal. Dalam Al-Quran, kita dapati yang apa yang penting bukanlah bilangan orang, tetapi kualiti orang dalam bilangan tersebut.

Contohnya, dalam perang Hunain, nombor yang besar tidak dapat menolong umat Islam (9:25) tetapi dengan bilangan yang sedikit, mereka dapat mengalahkan orang yang menyerang mereka kerana mereka beriman yang mantap (8:65).

Paksaan bukan sahaja berlaku pada peringkat identiti sebagai orang Islam (Islam Mykad, kata orang) tetapi juga pada peringkat amalan ritual.

Di sebuah sekolah di Shah Alam, pelajar yang tiba lewat ke sekolah akan dipaksa untuk mengerjakan sembahyang dhuha. Sembahyang dhuha ini adalah sembahyang sunat yang sekarang menjadi trend umat Islam. Kononnya, sesiapa yang mengerjakannya akan murah rezeki!

Poinnya di sini bukanlah tujuan atau pun kebenaran sembahyang dhuha (yang sememangnya tiada dalam Al-Quran). Poinnya ialah menggunakan sembahyang sebagai satu hukuman kepada pelajar.

Jika mereka datang lewat ke sekolah, maka wajarlah mereka dikenakan tindakan disiplin sahaja. Mengapa pula mereka dipaksa sembahyang begini?

Mungkin guru mereka tidak terfikir, jika sembahyang itu dikaitkan dengan hukuman, apakah mentaliti yang akan ada kepada pelajar-pelajar ini? Mereka akan melihat sembahyang itu sebagai satu perkara yang negatif, yang dipaksa ke atas mereka jika mereka berlaku salah.

Ini bukan mentaliti yang sihat untuk dikaitkan dengan agama. Sepatutnya, agama itu membawa satu perkaitan yang positif (positive association) kepada penganutnya. Guru sekolah ini perlu berfikir panjang sebelum mengenakan tindakan yang bodoh ini.

Paksaan, harus diingat, adalah lawan kepada Islam yang sebenar. Islam yang sebenar adalah satu proses semulajadi yang akan berjalan jika kita menggunakan akal.

Malangnya, orang yang mewakili agama Islam jarang mahu menggunakan akal dan lebih suka menghukum dan mendenda. Inilah sebabnya Islam di Malaysia penuh bermasalah.

11 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Pandangan saya, pendapat penulis adalah dangkal dan berat sebelah. Seeloknya penulis peper dalami ilmu mengenai agama Islam sebelum menulis.

    ReplyDelete
  2. Adakah farouk ni seorang liberis? atau apakah farouk ini seorang liberis?.

    ReplyDelete
  3. Kalau tak paksa nanti dia hilang jawatan. Mesti tunjuk 'power' supaya dapat cari makan.

    ReplyDelete
  4. terbaikk...pelik betoi kerna masih ramai percaye hukuman mati dikenekan keatas yg murtad sedangkan ianye bertentangan dengan al-quran...tiada paksaan dalam beragama dan al-quran diturunkan untuk org2 yg berfikir

    ReplyDelete
  5. Bagi tiap-tiap umat telah Kami tetapkan syariat tertentu yang mereka lakukan, maka janganlah sekali-kali mereka membantah kamu dalam urusan (syariat) ini dan serulah kepada (agama) Tuhanmu. Sesungguhnya kamu benar-benar berada pada jalan yang lurus.

    islam berpandu pada quran n hadis Nabi
    ambil wuduk basuh tangan 1 kali atau 3 kali tak sebut pung dalam quran
    ini penting sebab setiap ornag yang cukup syarat kena buat hari hari bila nak solat
    awat tak heboh pulak

    cara ambek wuduk ikut sapa bukan ikut panduan hadis nabi (ini contoh mudah bnayak lagi ..)
    nila manusia rasa pandai tapi bahalol
    nak komen tapi tak nampak secara menyeluruh
    nak jaga ugama ikut quran n hadis n ulama'

    ReplyDelete
  6. liberis?..pe kejadahnye liberis tu woii...bile tak punye ilmu dan tak mampu berhujah panggil je la org tu liberal...di negara2 yg muslim adalah manoriti terutama di barat apabila muslim ditindas yg membela dan mempertahankan mereka siape?...LIBERAL

    ReplyDelete
  7. quran adalah panduan utama...sekiranye hadis bertentangan dengan quran hadis itu perlu diletak ke tepi...quran tak boleh diubah tetap sama itu janji allah...hadis boleh di tokok tambah dan dipalsukan...sekiranye allah nak boleh saje dijadikan satu bangsa satu agama satu mahzab satu bahasa dan semuanye beriman tapi allah tak lakukannye...kenape?...yg pastinye bukan untuk kite menilai,menghine,mancaci,membenci,menghukum sebaliknye kite harus mengenal,mendidik,membantu,nasihat...sekirenye mereka tak mau dengar,percaye atau ikut takde siape pon boleh pakse ape lagi membunuh...kite tidak lagi bertanggungjawab keatas mereka selepas beri pencerahan dan nasihat...tiade paksaan dalam beragama

    ReplyDelete
  8. Diharap tuan tidak lagi memaparkan apa apa tulisan dari penulis. Orang seperti penulis perlu ditinggalkan. Jangan hadiri kuliahnya, jangan dibaca tulisannya, jangan disebarkan pendapatnya. Menyebarkan tulisannya akan membuat orang kurang ilmu membaca dan mempercayainya. Dia hanya ambil dalil sekerat sekerat bukan dalam konteks sebenar. Tiada paksaan dalam mengajak orang kembali pada islam, bila dah islam semua undang undang perlu dipatuhi by hook or by crook. Mengapa sahabat memerangi orang anti zakat dan dikatakan terkeluar dari islam? Mengapa Allah mengancam orang yang melanggar laranganNya? Adakah ancamanNya kontradik dengan penyataanNya "la ikra ha fiddin"? Mengapa dinyatakan ada orang islam akan ke neraka, sekiranya difahami tidak boleh memaksa dalam beragama (sepatutnya tidak bersalah kalau tak ikut perintah)? Pemahaman penulis yang tidak betul akan mengelirukan orang. Mohon jangan sebarkan pendapatnya lagi. Ikut pesanan Allah, tinggalkan orang seperti penulis.

    ReplyDelete
  9. Its like you read my mind! You seem to know so much about this, like you wrote the book in it
    or something. I think that you can do with some pics to drive the message home a bit,
    but other than that, this is magnificent blog.

    An excellent read. I'll definitely be back.

    ReplyDelete
  10. Hello! I'm at work surfing around your blog from my new iphone 4!
    Just wanted to say I love reading through your blog
    and look forward to all your posts! Carry on the great
    work!

    ReplyDelete
  11. Hello my friend! I want to say that this article is awesome, nice
    written and include approximately all vital infos.
    I would like to look more posts like this .

    ReplyDelete