Baca: Dibuang kerja jika sokong pembangkang, kata menteri kepada guru, pegawai
Tak tahulah pula apa rasa dan kata golongan yang ditujukan ini?
Mahdzir salah guna kuasa ugut guru dan penjawat awam, kata Bersih 2.0
TMI · Diterbitkan pada 19 Jan 2018 10:11PM
Kenyataan Mahdzir Khalid hari ini yang mengugut guru dan penjawat awam dianggap Bersih 2.0 sebagai salah guna kuasa seorang menteri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Januari, 2018.
MENTERI pendidikan melampaui bidang kuasanya apabila menghalang guru dan pegawai kementerian turut serta dalam proses demokratik, kata Bersih 2.0.
Menyifatkan kenyataan Mahdzir Khalid sebagai salah guna kedudukan terang-terangan, Bersih 2.0 mengatakan kenyataan itu melanggar semua prinsip tadbir urus.
“Ia (kenyataan itu) melanggar semua prinsip tadbir urus dan untuk seorang yang berjawatan sepertinya yang melihat boleh mengugut mereka yang dibawah tadbirnya,” kata Bersih 2.0 dalam satu kenyataan malam ini.
“Kenyataan Mahdzir menyebut yang penjawat awam dialu-alukan menyertai kerajaan juga memaparkan sikap tidak tak pedulinya kerana dia tak mampu membezakan peranan dan tanggungjawab kerajaan dan parti politik.
“Ini mengejutkan dan benar-benar membangkitkan persoalan tentang integritinya selaku menteri dan penjawat awam,” kata badan pendesak perubahan pilihan raya itu.
Bersih 2.0 mengatakan tindakan menerapkan ketakutan kerugian ekonomi ke atas penjawat awam melanggar hak penjawat awam selaku pengundi untuk bebas memilih wakil mereka.
“Ia juga bertentangan dengan hak kebebasan bersuara dan hak melakukan bantahan mereka.
“Penjawat awam bukan harta milik pakatan pemerintah. Mereka adalah warga negara ini dan hak mereka termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Kaedah menakut-nakutkan seperti ini tidak boleh diterima kerana penjawat awam membentuk sejumlah besar tenaga kerja di Malaysia dan di bawah kawalan langsung kerajaan.”
Bersih 2.0 menambah yang perubahan kerajaan tidak semestinya suatu keburukan, malah ia berupaya meningkatkan daya saing politik kerana pihak memerintah akan sentiasa menerima desakan bagi memastikan undang-undang dan dasar lebih baik.
Badan itu menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyiasat perkara itu demi melindungi hak rakyat untuk mengundi tanpa rasa dan perasaan takut.
Hari ini, dilaporkan yang Mahdzir memberi amaran kepada guru dan pegawai kementerian supaya tidak mengkritik kerajaan atau memegang apa-apa jawatan dalam parti politik pembangkang. – 19 Januari, 2018.

Ayuh rakyat. Mai kita buang menteri biul dan bahalol ni. Bukan dio nk pikir hal pendidikan. Tp banyak masa duk pikir umnok umnok umnok. Aduhh malangnya malaysia punya menteri ini macam.
ReplyDeleteSetuju
Deletementeri sampah yg hanyut terbuang
Deletementeri sampah
Delete