Friday, January 19, 2018

Haa.......patutler, bagi Arab rasuah itu wajar kerana itu 'sifat semulajadi manusia'?

Najib muncul dalam dokumentari BBC tentang korupsi Arab Saudi
mk      Hari ini, 12:28 am
Sebuah dokumentari agensi penyiaran BBC mengenai konflik seputar keluarga Diraja Arab Saudi memaparkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara menonjol.

Episod kedua House of Saud: A Family at War yang kali pertama disiarkan pada Selasa lalu memulakan laporannya dengan penglibatan Putera Turki Abdullah Al Saud dalam skandal 1MDB.

Selepas 1MDB berjaya mengumpul dana sebanyak RM5 bilion, pelaburan pertama 1MDB melibatkan sejumlah AS$ 1 bilion dalam usaha sama dengan PetroSaudi International, sebuah syarikat yang kurang dikenali pada September tahun itu.

Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown memberitahu BBC urus niaga itu lahir di atas kapal peranginan mewah Tatoosh dalam pertemuan di antara Putera Turki dan Najib yang ditemani isteri dan anaknya.
"1MDB melabur sebanyak AS$1 bilion ke dalam syarikat putera muda Saudi itu. Tetapi dalam masa beberapa hari, AS$700 juta telah lesap.

"1MDB kemudiannya melabur berbilion dolar dalam usahasama lainnya. Kebanyakan dana ini juga telah lesap," tutur narator dalam dokumentari itu.


Selanjutnya, dokumentari itu menjelaskan siasatan Amerika Syarikat terhadap dakwaan penggubahan wang haram berkaitan 1MDB dan hubungannya dengan pemindahan sejumlah besar wang ke akaun peribadi bank Najib.

Putera Turki pada waktu tertentu dibayar sejumlah komisyen yang banyak daripada dana berkaitan 1MDB, kata BBC.

Selama 8 minit pembukaan dokumentari itu menyediakan asas yang membawa kepada laporan selama satu jam, menampilkan berbagai pakar menjelaskan bagaimana keluarga Diraja Arab Saudi selalunya mengutip jumlah komisyen yang lumayan bagi urus niaga melibatkan kerajaan.
Pada satu ketika, Putera Bandar Sultan Al Saud muncul untuk mewajarkan korupsi sebagai 'sifat semulajadi manusia' dan rasuah memang berleluasa semenjak zaman Adam dan Hawa.

"Sekarang kamu beritahu saya bahawa untuk membina seluruh negara ini dan membelanjakan AS$350 bilion daripada AS$400 bilion, yang mana sebanyak AS$50 bilion telah disalahgunakan atau melalui amalan korup, saya katakan hal itu benar," katanya.

Dokumentari itu bertunjangkan tindakan anti rasuah Raja Muda Putera Mohamad Salman yang menyaksikan ratusan orang kenamaan Saudi, termasuklah Putera Turki ditahan tanpa bicara di hotel Ritz Carlton di Riyadh.

Malaysiakini tidak dapat secara bebas membuat verifikasi dakwaan yang dibuat BBC ini.
Najib berulangkali menyatakan RM2.6 bilion yang dipindahkan secara misteri ke akaun peribadi bank beliau pada 2013 merupakan derma dari Arab Saudi dan tidak digunakan untuk kegunaan peribadinya.

Selepas berita pemindahan wang itu, sebuah pasukan petugas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Pasukan petugas khas itu dibubarkan dengan penamatan tugas mengejutkan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Pengganti beliau Tan Sri Apandi Ali membebaskan Najib daripada sebarang salah laku pada Januari 2016.

Najib kelihatan rapat dengan keluarga Diraja Arab Saudi, malahan menyumbangkan sebidang tanah seluas 16 hektar di Putrajaya untuk Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP).

1 comment: