Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Sunday, March 25, 2018

Makhluk kurang ajar dari planet mana nih terlepas masuk ke musolla?

TULAR: Kencing di tempat wuduk
Pelakunya dikatakan warga China, bukan Cina Malaysia
firdaus.sayeda   25/03/2018
* Sape bawa masuk makluk-makhluk ni ke Malaysia. Kurang ajar, tak tahu hormat tempat ibadah orang lain. Cilaka!

Thursday, March 22, 2018

'Lidah biawak' menutur kata.......

Mudahnya kita menghalalkan yang haram
Fa Abdul · Diterbitkan pada 22 Mar 2018 7:00AM
Gambar hiasan

AKU ada seorang saudara bau-bau bacang yang dulunya bertugas di salah sebuah pejabat besar. Orangnya cukup alim, sembahyang lima waktu tak pernah tinggal, apa lagi aktiviti amal jariah.

Tapi ada satu benda yang saudara aku ni buat yang mana aku cukup tak berkenan – dia suka gunakan kedudukan dalam pejabat untuk meraih keuntungan bagi dirinya sendiri.

Pernah sekali kencenderungannya makan suap ditegur oleh ahli keluarga yang kurang senang dengan kegiatannya itu. Namun, alasan yang diberikannya tetap sama – pihak atasan yang sudah biasa menerima “hadiah” tidak akan melayan pihak bawahan yang enggan menerima “hadiah”, maka terpaksalah dia turut serta.

Mulanya aku kesian juga dengan saudara aku ni. Apa tidaknya, orang alim yang terpaksa berbuat dosa demi menjaga periuk nasi – kalau dia ketegaq, siapa lagi nak bagi makan anak bini serta kucingnya yang sebanyak lima ekor?

Tapi makin lama aku tengok, makin hebat pula gaya hidupnya. Kekayaannya makin melimpah-ruah – bukan saja rumah setingkat menjadi dua tingkat dan kemudiannya sebiji banglo, malah kereta tempatannya pula sudah lama ditinggalkan demi kereta import yang pada sangkaan aku hanya mampu dimiliki oleh golongan profesional.

Kalau nak dihitung, gaji bulanannya kalau digandakan tiga sekalipun takkan mampu memberikannya kehidupan yang semewah itu. Pada firasat aku, saudara aku itu pastinya sudah terbiasa dengan suapan sehinggakan mampu memiliki gaya hidup sedemikian.

Tempoh hari, aku terserempak dengan saudara aku itu, lalu kami pun duduklah berbual kejap.

Celoteh punya celoteh, keluarlah cerita pasal isu politik semasa.

“Pilihan raya tak lama lagi,” kata saudaraku memulakan cerita. “Harap-harap BN dapat ditumbangkan.”

Aku tersenyum sinis melihatnya yang berkobar-kobar menyokong barisan pembangkang.

“Kenapa sokong PH dan bukan BN, bang?” aku buat-buat bodoh.

“Takkanlah nak sokong pihak yang menyebabkan negara kita ni makin kucar-kacir, sampaikan dah heboh satu dunia bercakap pasal salah guna kuasa dan korupsi dalam kerajaan. Buat malu betul,” ujarnya.

Aku tersenyum lagi, tak tertahan mendengar kata-kata hipokratik dari mulut saudara ku.

“Dari segi Islam, berdosa besar kalau kita sokong pemimpin yang tidak beramanah serta lalai menjaga kebajikan rakyat, tau? Jika kita masih mahu memilih pemimpin yang sedemikian, ia adalah seolah-olah menyokong segala salah-lakunya juga,” bentaknya lagi.

Lucu aku mendengar luahan saudaraku yang berlidah biawak itu, seolah-olah terpadam sudah segala aktiviti pecah amanah yang dia sendiri lakukan sejak bertahun lamanya. Agaknya pada firasat saudaraku itu, ibadat haji serta umrah yang dijalankan berulang-kali menggunakan hasil kekayaannya itu sudah mampu menjernihkan hartanya yang bergelumang dengan dosa.

Sesungguhnya, ramai lagi makhluk-makhluk seperti saudara aku di bumi Malaysia ini. Begitu gah serta lantang bersuara kononnya mahu menumbangkan kerajaan korup, tapi semuanya kes tak sedar diri lantaran mereka sendiri juga korup satu ketika dahulu.

Pemimpin pembangkang pun tak jauh bedanya. Dahulu ketika di bawah ketiak BN, hebat mendukung papan tanda “Saya Sayang PM” sambil asyik tumpang sekaki menghirup kekayaan, tapi bila sudah ditendang keluar, barulah sibuk nak mengumpat tentang keburukan mereka.

Tapi Alhamdulillah, beruntung mereka semua kerana masyarakat kita ni berjiwa besar, segala kesalahan lampau mudah saja dimaafkan. Asal saja sesiapa menyokong pembangkang dan menentang kerajaan, segala dosa yang lampau dimaafkan dengan sekelip mata.

Patutlah saudara aku tu pun rilek sahaja mengutuk pemimpin korup tanpa mencermin diri sendiri. Baginya, segala kegiatan haramnya sudahpun dihalalkan masyarakat dek terlampau obses mahu mengubah pupuk kepimpinan negara.

Atas alasan yang sama jugalah aku selalu mendengar celoteh segenap lapisan masyarakat kita yang gemar menegakkan benang yang basah.

“Eleh, dia ambik sejuta je. Mana nak sama dengan 2.6 billion?”

“Eleh, dia nak tolong sedara mara dia je tu. Mana nak sama dengan NFC?”

“Eleh, dia dapat motosikal free sebiji je. Mana nak sama dengan kapal layar mewah?”

Aduhai. Mudahnya kita menghalalkan yang haram. Dan dalam masa yang sama, kita berterusan pula membebel tak nak menyokong pihak yang menjurus ke jalan haram.

Bunyinya memang macam lidah biawak bukan?

Sedihnya, jika beginilah perancangan kita untuk membina Malaysia baru, kita sudah pun tewas sebelum menang.

Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam. Mungkin kita sudah terlalu lama bergelut lumpur sehingga lumpur pun kini kelihatan seperti manikam. – 22 Mac, 2018.

Thursday, March 15, 2018

Nasihat dan peringatan anak sulong aku: Rasanya bagus juga diiktibarkan kepada Ibubapa dan penjaga kanak-kanak

Album General Info
Orang selalu gelakkan aku bila tengok perjalanan dekat pun nak on waze.
.
Jujurnya aku memang jenis tak ingat jalan, duduk KL ni lagi lah bergantung kepada waze walaupun destinasi yang nak dituju hanya sekangkang kera aje. Itu satu sebablah.
.
Satu lagi sebab aku tetap on waze untuk perjalanan yang aku dah ingat jalannya, sebab nak tengok traffic. Kalau jem tak perlu dah ikut route tu.
.
And another one, tak tahulah orang sedar ke tidak function yang ini. CHILD REMINDER. Tak kira anak ada atau tidak dengan kita, menatang ni akan keluar. We can choose to ignore or follow it by checking out the car anyway before stepping out.
.
Orang kata manusia memang mudah lupa. Dan yang paling sedih disebabkan kelemahan yang ini, anak-anak yang terpaksa membayar dengan nyawa. Berbaloikah?
.
We can create so many excuses when tragedies like this happen, but it won’t change the facts that the kids are always the ones to suffer for our negligence. One after another excuse, and we still keep seeing this in the media every few months. Itu baru yang dapat liputan, yang tidak dapat liputan bagaimana? The news that we read might be one of many that might happen somewhere else and don’t get reported.
.
Dari kejadian yang lepas, tidak beringatkah atas tragedi yang menimpa orang lain? So you know you have a busy schedule, what do you do about it so you won’t forget the kids? Nak campak handphone, handbag, wallet, fail pejabat di tempat anak berada baru kita ingatkah? Then do it! Make it a routine to place things at the back (or wherever your child is in the car).

Dan jangan pulak bila berita macam ni tengah hot je kita beringat, buat ini-itu, lama-lama dah tak amalkan pulak. Thats a No no ye!
.
Think hard before this happens to us too. Don’t let our kids become the statistic.
.
Buckle up the kids.
.
Set reminders.
.
And lastly, BUCKLE UP YOURSELF!
PS: Buat mereka yang bakal kata, “eleh duduk KL memanglah kau on waze, jem sana sini.”
Ehem ehem FYI, masa aku duduk Lumut pun aku on waze jugak. 😏

Wednesday, March 14, 2018

Wanita Melayu: Meracaunya pandangan budak ni!

Wanita Melayu Selalu Berzina, Budaya Melayu Sebelum Salafisme — Maryam Lee 
By Some Random Guys - March 13, 2018 
Kuala Lumpur: Aktivis gerakan feminisme tempatan, Maryam Lee seolah-olah mendakwa wanita Melayu, sama seperti wanita Asia yang lain, adalah sentiasa terbuka untuk melakukan aktiviti zina, bersama pasangan yang pelbagai sebelum Salafisme meresap ke dalam kebudayaan Melayu.

Pemikiran Salafisme meresap masuk ke tanah air ini cuma dalam tempoh terdekat ini sahaja memandangkan pemikiran ini hanya mula muncul di sini awal abad ke-20, dipelopori oleh gerakan Kaum Muda. 

Dakwaan tulang belakang Projek Dialog ini seolah-olah memberi maksud bahawa adalah menjadi budaya bagi wanita Melayu-Islam yang hanya memegang kepada amalan agama dan adat Melayu sebelum abad ke-20 untuk berzina dengan pelbagai pasangan seks. 

Maryam Lee berkata, “Hahaha. Orang Asia ada tradisi yang lama berkenaan sifat mesra-seks dan erotika! Dalam budaya Melayu sendiri sebelum kedatangan Salafisme wanita Melayu sudah pun sentiasa bersikap amat seksual secara terbuka bersama pasangan seks mereka yang pelbagai di luar perkahwinan, sayang.”
Dakwaan Maryam Lee ini adalah untuk menjawab kritikan di media sosial yang mempersoalkan konsep feminisme yang dibawa olehnya, yang kononnya berdasarkan budaya Nusantara dan bukannya terpengaruh dengan falsafah Barat. 
Pendukung kempen #UndiRosak tersebut sebelum ini pernah dipaksa bertelanjang bulat untuk diperiksa bahagian sulitnya oleh pihak imigresen Indonesia yang curiga dengan motif kedatangannya ke negara tersebut gara-gara beberapa kondom yang ditemui dalam bagasi beliau sedangkan beliau masih lagi bujang.

Bawa Bekalan Kondom, Maryam Lee #UndiRosak Disoal Imigresen Indonesia 
By Some Random Guys - January 30, 2018 
Yogyakarta, Indonesia: Maryam Ramli Lee, pendukung kempen #UndiRosak terpaksa bertelanjang bulat dan diperiksa bahagian sulitnya oleh pihak imigresen Indonesia yang curiga dengan motif kedatangannya ke negara tersebut gara-gara beberapa kondom yang ditemui dalam bagasi beliau. 

Perkara ini didedahkan oleh beliau sendiri yang berang dengan asakan soalan bertalu-talu oleh pihak imigresen yang curiga tentang motif kondom-kondom tersebut dibawa bersama ke Indonesia. 

Balas tulang belakang Projek Dialog itu dengan cuba memperlekeh pegawai terbabit mengenai kegunaan kondom yang tentunya bukan sebagai peralatan untuk membasuh baju. 

Beliau berkata, “Aku tenang saja kerana aku tahu aku tidak melakukan salah apa-apa, dan tidak melakukan hal yang melanggar undang-undang.” 

“Harus aku jelaskan di sini aku seorang perempuan muda yang belum menikah, pergi ke negara orang seorang diri dan berjalan sendiri ke mana-mana. Mungkin ini menjadi sesuatu yang aneh ketika ada beberapa kondom di dalam begku juga, untuk banyak sebab yang bukan urusan siapa-siapa.”

“Ramai yang tidak memahami, dalam kehidupan sehari-hari seorang aktivis feminis, seks itu satu hal taboo yang paling sulit dibicarakan di ruang awam, apa lagi ketika berhadapan dengan pihak berkuasa.”

“Ketika aku disoal berkali-kali oleh pegawai imigrasi, kenapa ada kondom di dalam beg, apa yang harus aku jawab selain “Apa lagi kegunaan kondom, Pak? Masa digunakan untuk basuh baju?”

Tidak lama selepas itu, aktivis yang pernah mendakwa dirinya telah ditindas oleh ahli keluarganya untuk mengenakan hijab dan berharap agar perbuatan ibu bapa memakaikan tudung kepada bayi perempuan mereka diklasifikasikan sebagai jenayah itu diarahkan oleh pihak imigresen terbabit untuk pergi ke sebuah kamar pemeriksaan supaya dapat menanggalkan seluruh pakaiannya termasuk pakaian dalamnya bagi menjalani pemeriksaan tubuh secara bertelanjang bulat. 

Terang beliau, “Seterusnya aku hanya menurutkan segala arahan, aku disuruh tonggeng membelakangi cermin dan kemaluanku diperiksa secara fizikal untuk sebarang narkoba. Ternyata semua itu sia-sia kerana aku tidak bersalah.”

“Once cleared, aku terus memakai pakaianku semula dan membereskan bagasi dengan cepat.” 

Maryam Lee berasa kesal akan nasib dirinya dan menjangka akan kemungkinan bentuk tubuhnya yang menjadi penyebab kepada perasaan curiga pihak imigresen Indonesia terhadap dirinya. 

Keluh beliau, “Adakah tubuh kecil aku ini begitu mencurigakan sehingga perlu begini?” 

Beberapa hari yang lepas, Maryam Lee telah mencetuskan kontroversi dan dihentam teruk oleh netizen terutamanya dari akaun pengguna berbangsa Cina. Ini berikutan kempen #Undirosak yang turut disokong beliau. Maryam Lee walaubagaimanapun mendapat pembelaan golongan feminis “The Malaysian Feminist” membela beliau dari kecaman-kecaman tersebut. 

Monday, March 12, 2018

Nak sorok punya pasal semua sudah jadi palsu?

Guan Eng dakwa PM ‘sebar berita palsu’ mengenai GST
TMI · Diterbitkan pada 12 Mar 2018 12:55PM
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Malaysia sudah mencatatkan defisit sebelum kerajaan persekutuan melaksanakan GST pada 1 April 2015. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Mac, 2018

DAP hari ini menuduh Perdana Menteri Najib Razak "menyebarkan berita palsu" yang Malaysia akan mengalami defisit tanpa cukai barang dan perkhidmatan (GST), dan mencabar Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengambil tindakan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata kementerian perlu membuktikan tiada pilih kasih dalam mengambil tindakan apabila Najib "keluar dengan pembohongan terang-terangan dan berita palsu".

Ahli Parlimen Bagan itu berkata Malaysia sudah mencatatkan defisit sebelum kerajaan persekutuan melaksanakan GST pada 1 April 2015.

Beliau berkata dakwaan GST akan menangani defisit belanjawan kerajaan persekutuan adalah satu pembohongan.

"Malaysia terus mengalami defisit walaupun selepas GST dilaksanakan, dan dijangka kekal begitu.

"Jelas sekali GST yang berjumlah RM45 bilion yang dipungut tahun ini tidak mencukupi untuk menampung defisit kerana rasuah yang berleluasa dalam Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib dilaporkan berkata semalam yang Malaysia akan menjadi "negara defisit" jika ia tidak mempunyai GST sebagai sumber pendapatan.

"Sekiranya pembangkang mahu menghapuskan GST dan digantikan dengan SST (cukai jualan dan perkhidmatan), itu adalah satu pembohongan.

"Jika kita tidak dapat memperoleh pendapatan sebanyak RM45 bilion, negara akan menjadi negara defisit," katanya dipetik berkata dalam berita itu.

Pemimpin BN beberapa kebelakangan ini mempertahankan GST, berikutan janji Pakatan Harapan untuk menghapuskan cukai itu dalam tempoh 100 hari ia mengambil alih Putrajaya sebagai langkah untuk menangani kenaikan kos sara hidup.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah juga dilaporkan berkata pemansuhan GST akan menyebabkan Malaysia kehilangan RM45 bilion.

"Ia jumlah yang besar, dan kami tidak memperkenalkannya begitu sahaja, tetapi selepas mengkajinya selama bertahun-tahun.

"Sejumlah 160 negara di dunia melaksanakan GST, tetapi ia dilaksanakan dalam pelbagai kadar peratusan, tetapi di Malaysia, kita mengambil 6% - kadar yang lebih munasabah, dan tidak membebankan ekonomi dan rakyat," katanya.

Lim berkata hanya "kerajaan bersih boleh memulihkan defisit", memetik pengalaman kerajaan Pulau Pinang dan Selangor.

Kedua-dua negeri ditadbir oleh pembangkang sejak 2008. Di Pulau Pinang, Lim menjadi ketua menteri selama 10 tahun.

"Pulau Pinang dan Selangor membuktikan kita boleh mempunyai bajet lebihan walaupun tanpa GST, selagi kita mempunyai kerajaan yang bersih tanpa rasuah," katanya. – 12 Mac, 2018.

Berita palsu 1MDB akhbar antarabangsa: Kita tengok apa jawapan mereka dan apa tindakan kita?

Malaysia gesa media asing henti siar berita palsu 1MDB
Bernama | March 11, 2018

Jailani Johari berkata, Wall Street Journal, New York Times, The Economist, Australian Broadcasting Corporation (ABC) dan MSNBC, menyiarkan berita palsu mengenai 1MDB sejak minggu lepas.
SIK: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap pihak yang terus menyiarkan berita palsu, terutamanya berkaitan 1MDB sehingga menimbulkan fitnah.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Jailani Johari berkata, kementeriannya menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang memantau perkara itu.

“Dalam usaha kerajaan menangani gejala fitnah dan berita palsu dalam negara, kita dapati beberapa isu turut disemarakkan sumber dari luar negara.

“Terbaru, dalam usaha mencemar dan menjatuhkan kredibiliti perdana menteri, kementerian mengenal pasti beberapa portal berita dalam talian yang menyemarakkan kembali isu 1MDB, susulan rampasan sebuah kapal layar mewah oleh pihak berkuasa negara tetangga.”

Beliau berkata demikian selepas melancarkan “Program Negaraku: Menghubung Menyatu” (CTU) peringkat negeri di Sekolah Kebangsaan Seri Ampang Muda, dekat sini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri merangkap Adun Belantik, Datuk Mohd Tajudin Abdullah serta Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Jailani berkata, portal yang dikenal pasti itu adalah Wall Street Journal, New York Times, The Economist, Australian Broadcasting Corporation (ABC) dan terbaru, MSNBC, menyiarkan berita palsu mengenai 1MDB sejak minggu lepas.

“Kementerian melalui SKMM memantau perkara ini dan menasihatkan portal ini berhenti menyiarkan berita-berita palsu, terutamanya berhubung kes 1MDB yang telah dibuktikan hasil siasatan bahawa dakwaan penyalahgunaan dan kehilangan wang tersebut tidak benar.”

Beliau berkata, semua maklum kes 1MDB disiasat pihak berkuasa, termasuk Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai ahli Parlimen pembangkang yang mendapati dakwaan penyalahgunaan wang itu tidak benar sama sekali.

“Kita percaya ini adalah sebahagian daripada usaha akhir beragenda politik yang memfitnah dan mencemar nama baik perdana menteri kita menjelang pilihan raya umum ke-14 tidak lama lagi.”

Pada pelancaran program itu, seramai 30 penduduk dari Mukim Sok menerima bantuan berupa barangan keperluan harian sumbangan Telekom Malaysia (TM).

KKMM turut menyumbang 10 unit peralatan siaran digital ASTRO NJOi berserta televisyen kepada penduduk kurang berkemampuan dari kampung di bawah mukim berkenaan.

* Jika yakin dan benar itu berita palsu di war-warkan seluruh dunia, jangan cakap banyak hantar bantahan dan saman secepat mungkin. Jangan cakap saja nak saman, tak bergerak-gerak pun macam yang dikatakan pada SR.

Kenyataan Haniff Khatri

PENDEDAHAN TERKINI AKHBAR THE SYDNEY MORNING HERALD 27.01.2018 KAITKAN PIHAK KERAJAAN NAJIB RAZAK & UMNO DENGAN GUBAHAN WANG HARAM DALAM PEMBELIAN HARTANAH DI AUSTRALIA !!

NAJIB RAZAK & UMNO MESTI JAWAB & 'SAMAN FITNAH' AKHBAR THE SYDNEY MORNING HERALD  TANPA MENANTI MANA-MANA HARI SELASA YANG TIDAK PERNAH KUNJUNG DATANG !!

1. Kian lama, kian buruk lagi terbitnya berita-berita luar negara melalui sumber-sumber akhbar terkenal di sana, tentang pembabitan secara terus oleh pihak dari Kerajaan NAJIB RAZAK dalam pelbagai ketirisan DANA RAKYAT, melalui transaksi jual-beli hartanah di luar negara yang pada hakikatnya tergolong sebagai aktiviti JENAYAH GUBAHAN WANG HARAM (MONEY LAUNDERING CRIMES), di mana sebahagian dari DANA RAKYAT hasil dari transaksi jual-beli hartanah terbabit, kemudiannya lesap dari dinikmati sebagai DANA RAKYAT !!

2. Pada hari ini, 27.01.2018, sebuah akhbar Australia, THE SYDNEY MORNING HERALD telah menerbitkan sebuah Artikel di bawah tajuk "The Australian building that made almost $20m for corrupt Malaysians", yang jika diterjemah berbunyi "Bangunan Australia yang hasilkan hampir $20 juta untuk si-korup Malaysia" !!.

3. Intipati Laporan THE SYDNEY MORNING HERALD 27.01.2018 itu, seperti yang dimuat naik dan dipaparkan di Ruang Bawah, jika diterjemahkan berbunyi :

(a) " Cabang luar pesisir agen hartanah gergasi di Australia, 'Raine and Horne' adalah terbabit dalam satu skandal rasuah global yang melibatkan penjualan hartanah utama di Melbourne, pegawai-pegawai Malaysia yang korup dan pembocoran 'Panama Papers'. " !! (terjemahan Perenggan 1),

(b) " Skandal itu berpusatkan penilaian yang sangat melambung berkaitan sebuah bangunan pangsapuri bandar 280-bilik, 'UniLodge', yang kebanyakannya dihuni oleh para pelajar luar negara di 'Swanston Street', dekat Universiti Melbourne. " !! (terjemahan Perenggan 2),

(c) " Ianya adalah berlanjutan pendedahan bahawa wang kotor dari Malaysia sedang digubah secara haram melalui pembelian-pembelian hartanah Australia yang cuma memberi sedikit kesan kepada mereka yang memudahkan kegiatan rasuah itu. " !! (terjemahan Perenggan 3), dan

(d) " Ianya adalah satu masalah yang Kerajaan Australia menegaskan negara itu sedang atasi, namun selepas dua tahun siasatan yang dijalankan oleh Polis Persekutuan Australia (Australian Federal Police) dan janji untuk mendedahkan penipuan itu oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, tiada sesiapa yang menghadapi pendakwaan di kedua buah negara itu. " !! (terjemahan Perenggan 4)

4. Selepas pembutiran dan penghuraian lanjut berkaitan kronologi ringkas transaksi jual-beli hartanah itu di beberapa Perenggan lanjut di dalam Artikel berkenaan, yang saya tidak berhasrat untuk terjemahkan di tahap ini, Artikel itu telah melaporkan di Perenggan 12 dan 13 :

(a) " Kemudiannya, ketiga-tiga syarikat itu telah digunakan untuk memudahkan pengubahan ("flipping") hartanah 'Swanston Street' itu untuk $41.8 juta, berbeza dari harga sebenar. Transaksi itu telah lepaskan keluar $18.3 juta yang merupakan milik pembayar cukai Malaysia dan sepatutnya digunakan untuk pembangunan negara itu. Sebaliknya, jumlah itu telah diagih-agihkan antara mereka yang berkonspirasi itu. " !! (terjemahan Perenggan 12), dan

(b) " 'Panama Papers' dan fail-fail lain yang didedahkan menzahirkan yang pegawai-pegawai Malaysia yang korup itu ada kaitan dengan parti pemerintahan Perdana Menteri Najib Razak, Umno, termasuk seorang pemimpin politik kanan   Mohammad Lan Allani, adalah pihak di sebalik penipuan kedua-dua hartanah itu dan syarikat-syarikat luar pesisir. " !! (terjemahan Perenggan 13)

5. Terjemahan beberapa petikan Perenggan dalam Artikel yang diterbitkan oleh Akhbar THE SYDNEY MORNING HERALD 27.01.2018 yang telah dibutirkan di atas, dan yang telah juga dirujuk dan dilaporkan di Malaysia oleh THE MALAYSIAN INSIGHT 27.01.2018 bertajuk "Local firm rigged Mara’s Melbourne purchase, says report", adalah LEBIH DARI CUKUP untuk meWAJIBkan akan NAJIB RAZAK dan UMNO, memberi penjelasan kepada Rakyat Malaysia berkaitan kandungan Laporan tersebut, tanpa pilihan langsung untuk NAJIB RAZAK dan UMNO berdiam diri dan sunyi membisu lagi !!
(Link Laporan THE MALAYSIAN INSIGHT 27.01.2018 : https://www.themalaysianinsight.com/s/34604/)

6. Walhal, sekiranya NAJIB RAZAK dan UMNO ingin menafikan keseluruhan kandungan Artikel yang diterbitkan oleh Akhbar THE SYDNEY MORNING HERALD 27.01.2018 itu, maka sekali lagi, NAJIB RAZAK dan UMNO, tidak mempunyai pilihan melainkan untuk SAMAN FITNAH pihak Akhbar THE SYDNEY MORNING HERALD itu dengan serta-merta, tanpa perlu menanti mana-mana hari SELASA yang tidak pernah kunjung datang sebelum ini !!

BERANI KERANA BENAR !!!

-Haniff Khatri
Peguam Tun Mahathir

http://www.smh.com.au/federal-politics/political-news/the-australian-building-that-made-almost-20m-for-corrupt-malaysians-20180126-p4yyxd.html

Kaitan: Dipanggil pencuri, adakah Najib akan saman media asing

Sunday, March 11, 2018

Aduyaai........Tempo bawa keluar tajuk gini pulak!

Majalah Tempo: Jho Low sekutu rapat Najib
mk  |  Dikemaskini 11 Mac 2018, 8:22 malam
Skandal 1MDB telah menjadi sorotan muka hadapan majalah hal ehwal semasa terkemuka Indonesia, Tempo.

Muka hadapan itu memaparkan ilustrasi kapal mewah Equanimity dengan karikatur kelihatan seperti ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho yang dikenali sebagai jho Low.

Di bawah kapal mewah itu terdapat dua penyelam sedang melihat sebuah peti besi gergasi.

Tajuk utamanya berjudul, 'Pesiar Rasuah 1MDB'.

Tajuk kecil Majalah Tempo itu bertulis: "Diduga dibeli dengan uang korupsi, kapal Malaysia disita polisi di Bali, pemiliknya orang dekat Perdana Menteri Najib Razak."
Kapal persiaran mewah itu dirampas pada 28 Februari lalu di pesisir pantai Teluk Benoa di Bali dalam operasi bersama di antara pihak berkuasa Indonesia dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) AS.

Jabatan Keadilan Amerika SYarikat (DOJ) mendakwa kapal bernilai AS$260 juta (RM1 bilion) itu dikomisyenkan oleh Low menggunakan duit yang dilesapkan daripada 1MDB.

DOJ percaya sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion dilesapkan dari 1MDB dan digubah secara haram menerusi sistem kewangan AS bagi membeli pelbagai aset.

DOJ juga sedang berusaha merampas aset-aset bernilai AS$1.7 bilion yang didakwa dibeli menggunakan dana yang dilesapkan dan kapal mewah tersebut merupakan salah satu daripada aset berkaitan.

Edisi 1MDB Majalah Tempo akan berada di pasaran Indonesia bermula hari esok. Ia bagi edisi bertarikh 12 Mac sehingga ke 18 Mac ini.

A'ah betul sangatlah tu: Bercakaplah mengenai isu-isu penting dan berisi Annuar weehh........!

Annuar: Ada portal berita pakar buat berita palsu
mk  |  Dikemaskini 11 Mac 2018, 9:06 pagi
Biro Penerangan Umno telah mengatur gerak kerja bagi menangani berita palsu dan memerangi persepsi yang disebarkan pembangkang menerusi media sosial dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa ketika ditemui Bernama berkata isu yang dihadapi biro tersebut bukan lagi isu stereotaip dan mudah diramalkan, sekali gus menuntut PRU14 yang disifatkan sebagai ibu segala pilihan raya itu perlu dikendalikan dengan cara tersendiri.

"Cabaran yang kita hadapi kini lebih kompleks, kita tidak boleh nak agak dari segi masa dan apa cerita yang nak direka. Kadang-kadang ada yang menggunakan sumber dari luar negara atau menggunakan agensi atau pihak yang seolah-olah berwibawa,” katanya.

Contohnya, beliau berkata ada portal berita kononnya tempatan tetapi ia sebenarnya adalah ejen media antarabangsa berpengkalan di luar negara yang mempunyai niat dan agenda tersendiri.

“Mereka ni pakar dalam membuat berita palsu, mereka beli dan menyogok untuk dapatkan berita separa benar dan kemudian mereka putar, mereka ini pengguna media peringkat tinggi yang mempunyai misi. Mereka ada misi tertentu dan bukan hanya satu media yang nak melaporkan berita semata-mata,” katanya.

Annuar berkata ia bukan lagi permainan pada peringkat tempatan, malah sudah menjadi global dengan pihak yang berkepentingan bukan berada di depan mata dan menambah kata, kerajaan akan menjadi mangsa sekiranya ia tidak mempunyai ketahanan serta kaedah sesuai untuk menangkis perkara tersebut.

“Kita tidak boleh dedahkan apa yang kita buat, tetapi yang pastinya kita tidak mahu rakyat terpedaya…rakyat perlu dapat sumber sahih walaupun ia mungkin lebih perlahan daripada berita palsu atau fitnah, yang penting sumber sahih itu mesti diperoleh sebab sekarang ini membina persepsi sudah jadi strategi yang digunakan sepenuhnya oleh mereka yang nak jatuhkan kerajaan,” katanya.

Annuar yang mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Ketereh pada PRU14 berkata antara kaedah yang digunakan pihaknya dalam menyebarkan maklumat dan penerangan ialah menerusi program jelajah 'Perjuangan For All' serta program dalam talian 'Anda Tanya, Kita Jawab’ menerusi portal Umno.

"Di luar sana bermacam maklumat berlegar menerusi medium seperti Facebook (FB), Instagram dan Twitter. Kita memberi tumpuan bagaimana untuk menyampaikan maklumat yang betul kepada mereka ini.

“Bagaimanapun kita tidak terlalu pesimistik. Di luar sana juga ada majoriti senyap yang bukan sahaja siang malam main FB dan kerjanya menyebarkan berita dan sebagainya. Masih ramai sebenarnya yang bijak menilai, mereka baca apa yang ada dalam kumpulan WhatsApp dan FB tapi mereka bukan orang yang mudah dipengaruhi.

“Mereka boleh fikir sendiri dan cari maklumat. Sekarang ramai yang dah faham, kalau dapat satu berita, mereka selidik untuk pastikan berita itu palsu atau benar, bukan dapat berita saja mudah terpedaya dan terus emosi. Kita anggap kebijaksanaan rakyat Malaysia berfikir itu adalah aset,” katanya.

Dengan persediaan yang dilakukan hingga kini, beliau berkata Umno dan BN menyasarkan kemenangan dua pertiga kerusi pada PRU14.

"Sasaran kita nak menang semaksima mungkin kerana kita nak membentuk sebuah kerajaan yang kuat. Rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang kuat, kalau kita pilih kerajaan yang lepas pilihan raya baru nak bagi-bagi jawatan PM, nak kongsi-kongsi kau dua tahun aku dua tahun, itu kita sengaja terjun.

Umno dan BN, katanya, sentiasa berusaha mengatasi persepsi, penipuan, kempen membenci dengan penuh kesabaran, justeru parti itu yakin rakyat akan membuat keputusan yang jujur semasa pilihan raya umum nanti. -Bernama

* Sejak dari dulu kepala hotak puak-puak ni, hanya berita dan isu dari mereka jer yang tulin, orang lain punya semuanya palsu dan dakyah. Sekarang dah berjangkit kat PAS pulak. Yang lain hanya fitnah, yang pakai serban jer yang betul!

Cer periksa media arus perdana, kalau tidak kerana berita palsu dan fitnah takkan beberapa kali di saman dan Mahkamah dah diarahkan bayar ratusan ribu dan rasanya masuk puluhan juta dah kot?. 

Takkan Nuar tak ingat atau tak perasan?

Saturday, March 10, 2018

Bosnia yang indah, teringin pula aku ke sana......

Tak Pernah Puas Lawat Bosnia, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Memukau Mata!
mStar  -  Diterbitkan: Jumaat, 2 Mac 2018 11:20 AM
Pusat sufi Derwish di Tekija Blagaj

TERLETAK di kawasan pergunungan dengan lembah serta sungai yang mengalir jernih menjadikan Bosnia Herzegovina satu negara yang sangat indah dari segi landskapnya.

Bukan mahu melupakan sejarah hitam yang pernah hadir beberapa ketika negara itu, tetapi mahu melihat sisi lain negara yang penuh dengan keindahan mata air dan sungai memukau seperti permata yang tersembunyi.
Plava Voda

Di sini, penulis ingin berkongsi beberapa lokasi yang wajib dilawati jika berpeluang ke Bosnia.

Bagi penulis sendiri, beberapa kali berkunjung ke negara ini masih belum puas meneroka dan menikmati kecantikan anugerah Maha Esa ini.

Damai di Tekija Blagaj, Mostar

Berada di tenggara Mostar, Tekija Blagaj adalah pusat sufi Derwish yang dibina di zaman kerajaan Uthmaniyyah kira-kira 500 tahun lalu amat mendamaikan.

Diiktiraf sebagai binaan warisan kebangsaan negara itu, bangunan dua tingkat dengan seni bina Utmaniyyah dan Mediteranean ini menempatkan surau, makam dan ruang kuliah.

Secara peribadi, ini adalah lokasi kegemaran penulis setiap kali berkunjung ke Bosnia.

Menikmati keenakan air sungai yang dihidangkan di restoran di tepi Sungai Buna itu, tentu pengalaman tidak dapat dilupakan.

Menurut cerita penduduk tempatan ketika Perang Bosnia, penduduk berlindung di bangunan itu dan dengan kuasa Allah tiada satu peluru pun hinggap di dinding pusat itu walaupun bedilan peluru tanpa henti daripada pihak musuh.

Di zaman Uthmaniyyah, pusat ini digunakan sebagai pusat ibadah oleh para sufi.

Siang hari para sufi bekerja sebagai petani atau penggembala kambing, malam pula dipenuhi dengan  majlis zikir.

Sehingga kini setiap hujung minggu, majlis zikir masih diadakan.

Segarnya di Vrelo Bosne, Sarajevo

Taman Negara Vrelo Bosne ini bertukar wajah setiap kali berubah musim, namun keindahannya mata air Sungai Buna ini sukar diungkap dek kata-kata.

Bagi yang berkunjung ke Sarajevo, taman yang terletak di kaki Gunung Igman ini wajib dilawati kerana ia sesuai untuk menambahkan lagi koleksi gambar serta video.
Taman Vrole Bosne di Sarajevo

Semasa Perang Bosnia, taman ini tidak dijaga dan penduduk tempatan memotong pokok untuk mendapatkan kayu bagi kegunaan bahan bakar.

Pada tahun 2000, pemuliharaan taman ini dilaksanakan dan ia kini menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Jernihnya mata air biru di Plava Voda, Travnik

Memang benarlah gelaran yang diberikan kepada mata air Sungai Hendek di Travnik, bekas ibu negara Bosnia ini.
Plava Voda atau Air Biru.

Dikenali sebagai Plava Voda yang bermaksud air biru atau Blue Water, air jernih yang mengalir di kampung Sumece berhampiran Madrasah Ibrahim Pasha ini sememangnya berwarna biru.

Singgah seketika di sini, amat mendamaikan sambil menikmati keenakan kopi Bosnia di kafe di tepi sungai itu.
Penulis (berkaca mata) bersantai dengan rakan-rakan sambil menikmati keindahan Plava Voda

Di sini juga terdapat kincir air lama dan jambatan batu  yang turut menambah seri kepada sungai yang menjadi persinggahan pelancong yang mahu melawat kota lama Travnik.

Comel sungguh kincir air di Mlincici, Jajce

Seperti berada di dunia orang kenit apabila melihat kecomelan kira-kira 20 kincir air yang terletak berhampiran Tasik Pliva.

Kincir air ini dibina di zaman Austrian Hungarian untuk mengisar tepung menggunakan kuasa air yang deras.
Comelnya kincir air di Mlincici Jajce

Ia terdapat di Jajce dan banyak tempat di Bosnia. Di zaman dahulu,  setiap keluarga mempunyai satu pondok kincir air untuk mengisar tepung.

Namun, ia musnah akibat perang.
Kincir air pengisar tepung Mlincici, Jajce

Selepas perang tamat, kerajaan membina semula untuk tarikan pelancong dan kini hanya satu sahaja daripada 20 kincir air itu berfungsi untuk mengisar tepung.

Nah, apa lagi. Jika ke Bosnia jangan tidak singgah di tempat yang indah dan memukau ini.

Ingin dirogol 10 lelaki: Gila atau 'gila-gila'?

Dicop Tidak Berakhlak, Janda ‘Rela Dirogol’ Didesak Mohon Maaf Semula
Diterbitkan: Jumaat, 9 Mac 2018 9:12 PM
Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
iwan@thestar.com.my
Paparan skrin video Siti Amiza yang mengundang kontroversi, sehingga tular di media sosial. (Gambar kecil) Azhar yang mewakili Skuad Badar mahu membantu membimbing Siti Amiza kembali ke pangkal jalan

PETALING JAYA: Seorang wanita yang tular kerana videonya mendakwa 'teringin' dirogol 10 lelaki, baru-baru ini terus membangkitkan kemarahan netizen meskipun beliau telah tampil membuat permohonan maaf.

Semuanya kerana video permohonan maaf itu menunjukkan janda berusia 22 tahun ini dikatakan berani berpakaian yang menampakkan lurah pada bahagian dadanya.

Malahan dalam video berdurasi kira-kira dua minit itu, penjual ubat tenaga batin lelaki dan peralatan seks itu memberi amaran akan menyiarkan nombor telefon individu-individu yang menghantar mesej berbaur seksual terhadapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Janda ‘Rela Dirogol’ Mahu Dedah Identiti Lelaki Buat Gangguan Seksual
Paparan skrin video permohonan maaf yang dibuat Siti Amiza di laman Facebook

Berikutan itu, Skuad Badar, sebuah badan sukarelawan Islam yang menjalankan aktiviti mencegah kemungkaran dan memberi khidmat nasihat kepada masyarakat menggesa wanita berkenaan, Siti Amiza Baharuddin supaya tampil membuat permohonan maaf sekali lagi.

Pengerusinya, Azhar Mohamad berkata, permohonan maaf Siti Amiza tidak menampakkan keikhlasan selain mencalarkan imej Islam.

“Netizen sebelum ini marah dia kerana akhlaknya yang tidak baik, jadi bila mahu memohon maaf dia perlu menunjukkan akhlak yang baik.

“Nak ‘ugut’ sebarkan telefon tu pun bukan maaf, tapi mengundang orang untuk marah dia lagi. Itu bukan caranya,” katanya kepada mStar Online.
Azhar Mohamad

Siti Amiza dikecam netizen apabila membuat video dengan kata-kata lucah, termasuk membabitkan saiz alat sulit lelaki sehingga menyentuh sensitiviti kaum.

Azhar berkata, pihaknya akan membantu Siti Amiza membuat permohonan maaf baharu menerusi penstriman video secara langsung di Facebook (FB Live) skuad itu.

“Bila dia minta maaf, saya dan Skuad Badar akan bantu dia untuk memberitahu kepada masyarakat supaya memaafkannya,” katanya sambil menambah bahawa lokasi permohonan maaf boleh dibuat sama ada di pejabat Skuad Badar di Sungai Petani, rumah wanita itu atau mana-mana yang bersesuaian.

Bagaimanapun Azhar mengemukakan tiga syarat kepada Siti Amiza iaitu membuat permohonan maaf secara ikhlas dan berpakaian sopan ketika bersiaran langsung.

“Dia juga perlu menjelaskan dirinya benar-benar insaf dan tidak akan mengulangi kesilapan lalu, dan menarik balik kenyataannya sebelum ini untuk menyiarkan nombor-nombor telefon individu yang mengganggunya,” katanya.
Skuad Badar berkunjung ke rumah Siti Amiza untuk memberi nasihat kepada wanita itu, baru-baru ini

Mengakui kesilapannya, Siti Amiza yang berasal dari Sungai Petani itu menjelaskan bahawa apa yang diperkatakan di dalam video tersebut sekadar gurauan semata-mata. 

Skuad Badar baru-baru ini telah ke rumah Siti Amiza di Sungai Petani untuk mentarbiahnya supaya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, namun gagal kerana difahamkan wanita berkenaan tiada di rumah ketika itu.

Terdahulu, Pengarah Pusat Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Sa'ad menasihatkan Siti Amiza supaya lebih berhati-hati terhadap perkara yang menyentuh sentimen agama, bangsa dan budaya, pada masa akan datang.

Namun katanya, Siti Amiza perlu menunjukkan keihlasannya dalam permohonan maaf tanpa mempunyai sifat dendam, meskipun diganggu ramai pihak.

“Jangan mohon maaf sebab nak tutup isu sendiri, tapi buka isu lain yang lebih besar. Kemaafan itu seharusnya ikhlas. Jika tidak, lagi ramai yang akan benci dia dan masalah tak akan selesai,” kata Dr Fauziah.