Saturday, January 20, 2018

Pulak daah......konar ke apa ni?

* Ugut dah jadi nasihat pulak?
Lunak pula bunyinya.......

Peringatan Mahdzir jangan sokong pembangkang hanya ‘nasihat ayah’
TMI · Diterbitkan pada 20 Jan 2018 10:07AM
Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid dikatakan hanya memberi “nasihat seorang ayah” ketika beliau mengingatkan guru dan pegawai pendidikan supaya tidak menyokong pembangkang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Januari, 2018

MENTERI Pendidikan Mahdzir Khalid hanya memberi “nasihat seorang ayah” ketika beliau mengingatkan guru dan pegawai pendidikan supaya tidak menyokong pembangkang,   kata pasukan media menteri itu menerusi Twitter.

“Ini ditekan apa yang dikatakan oleh beliau selaku menteri pendidikan hanyalah seperti nasihat dari seorang ayah kepada anak-anaknya dan bukan seperti yang ditularkan,” kata twitter Pejabat Media dan Komunikasi Kementerian Pendidikan, lewat malam semalam.

“Beliau hanya menasihati agar semua orang khususnya penjawat awam menggunakan ‘wisdom’ dalam membuat keputusan sewaktu mengeluarkan kenyataan terhadap kerajaan kerana anda berkhidmat untuk kerajaan demi rakyat.

“Sebarang kenyataan dibuat mungkin dapat mengganggu gugat posisi anda dalam sektor awam. Makanya, beliau hanya menasihati agar jangan membuat kenyataan yang akan memberi kesan negatif kepada diri masing-masing pada masa depan, bukan seperti yang ditularkan. Sekian, terima kasih.”

Tweet itu turut disertakan dengan laporan Mahdzir dipetik oleh akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah memberitahu guru yang juga penjawat awam bahawa tindakan disiplin akan dikenakan jika mereka menyokong pembangkang.

Beliau berkata penjawat awam, pegawai Jabatan Pendidikan dan guru dilarang menyertai parti pembangkang atau mengkritik kerajaan kerana ia boleh dianggap mensabotaj dan mencemar imej kerajaan.

Mahdzir yang menyampaikan perutusan tahun baru di satu program di Putrajaya, dilaporkan meminta guru meletak jawatan sebelum kementerian memecat mereka. Namun, katanya guru boleh menyertai parti politik kerajaan pemerintah.

Agensi berita nasional Bernama dalam laporannya memetik Mahdzir berkata guru yang menyertai parti politik pembangkang, perlu meletakkan “buffer zone” antara kerjaya dan ideologi politik agar tidak terlalu menyerlahkan watak pembenci dan anti kerajaan.

Beliau berkata kementerian juga tidak berhasrat mengganggu warga pendidik terbabit sehingga perlu dipecat daripada perkhidmatan tetapi meminta mereka bertindak secara profesional selaku penjawat awam. – 20 Januari, 2018.

* Berkaitan: Dibuang kerja jika sokong pembangkang, kata menteri kepada guru, pegawai

2 comments:

  1. Awat mahadzir. Duk kalut tak tentu pasai. Hang dah kecut teloq? Ph keno pakat molek. Kita humban dia di padang terap. Ph menang tipis pon ok. Asal dio kalah. Cakap sombong. Pii lahhh

    ReplyDelete
  2. Aq percaya Para guru/ pendidik dan lain2 penjawat swam lebih cerdik dari menterinya, mereka dari kalangan pertengahan dan bawahan sememangnya bersama sama dengan berbagai masyarakat, mereka juga merasai bahang dan keperitan hidup sama seperti masyarakat yg lain, rintihan dan kepayahan dalam tugasan mau pun kehidupan sama juga dengan masyarakat keliling yg tidak pernah dihirau apa tah lagi daripada menteri yg berselenang diketusi hempuk berhawa dingin langsong tidak menyelami berbagai masalah demi masalah jauh sekali ambil peduli ,.sekadar memaksa diri terpaksa bersuara dalam keadaan bimbang menerima sengsara yg telah dirasainya, luahan yg tidak cerdik bertali arus disuakan kepada Para pendidik / Penjawt awam serta masyarakat keliling, dengan ugutan, peringatan, dan sindiran semua itu datang dari menteri yg tidak bijak dengan minda negatif, apakah menteri tersebut berpegang dasar demokrasi,.?? Tentunya tidak samaskali,. Hanyalah dikalangan masyarakat termasuk Para pendidik / Penjawat awam serta cendikawan lainya akan lebih cerdik dalam memahami serta memegang dasar demokrasi, melalui PRU 14 nanti sila kan dan nyah semua menteri yg tidak peduli negara Dan rakyat,.

    ReplyDelete