Tuesday, January 23, 2018

Kekhuatiran dan persoalan kepada yang biasa hidup senang?

Mampukah wakil rakyat PPBM hidup sebagai pembangkang jika PH tewas?
Oleh Timmy Say  -  Januari 23, 2018
Hari ini, PPBM hanya mempunyai seorang ahli Parlimen, iaitu Ahli Parlimen Pagoh yang juga Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Andaikan di pilihan raya umum ke-14 (PRU14), PPBM hanya dapat memenangi 8 kerusi Parlimen dan menjadi parti terkecil di dalam Pakatan Harapan (PH), sementara Umno-BN terus menjadi kerajaan, apakah yang akan terjadi kepada 8 ahli Parlimen ini?

Baru-baru ini, Penasihat Undang-undang PPBM, Mohamed Haniff Khatri Abdulla mengumumkan partinya akan melaksanakan perjanjian mengikat calon wakil rakyat mereka daripada melompat parti selepas menang PRU14.

Berbeza dengan PAS yang memilih untuk berbai’ah dengan Tuhan, ahli PPBM bakal diikat menggunakan perjanjian manusia dengan jumlah pampasan yang dijangka bernilai berpuluh juta ringgit.

“Kalau Umno atau kerajaan hendak beli, mereka kena sediakan wang sebanyak itu. Sanggupkah mereka beli? Ini sebenarnya konsep untuk menyihatkan sistem demokrasi berparlimen. Sama ada jumlah itu munasabah atau tidak (bukan isu), yang tidak munasabah adalah membeli wakil rakyat daripada parti lain,” kata Haniff.

Pendedahan Haniff ini ialah satu pengakuan terbuka, mereka menyedari ada kemungkinan wakil rakyat PPBM yang menang di PRU14 akan lompat balik ke Umno.

Apakah mungkin mereka lompat balik ke Umno sekiranya PH dapat menawan Putrajaya? Sudah tentu tidak. Ahli politik mana yang tak suka duduk dalam kerajaan, melainkan mereka dipecat dan dihalau keluar atas sebab tertentu?

Oleh itu, perjanjian itu untuk mengikat wakil rakyat PPBM yang menang, tetapi kekal menjadi pembangkang di negara ini selepas PRU14.

Persoalannya mengapa kekhuatiran ini wujud?

Pertama, PPBM terdiri daripada bekas ahli dan pimpinan Umno yang belum pernah menjadi pembangkang atau hidup sebagai pembangkang. Mereka tidak mengerti dan mengalami kesusahan menjadi ahli Parlimen mahupun adun pembangkang.

Mereka belum pernah merasai betapa susahnya hidup ahli politik ini yang sentiasa bergelut mencari peruntukan untuk menjalankan aktiviti di kawasan mereka.

Sekiranya mereka menang di PRU14, dan realitinya PH tidak dapat ke Putrajaya, apakah mereka ini mampu bertahan kehidupan sebagai pembangkang? Kebanyakan ahli PPBM tidak sekaya penasihat, presiden dan timbalan presiden mereka yang mampu berdiri di luar tanpa sokongan peruntukan kerajaan pusat mahupun negeri.

Secara jujurnya, berapa ramai pemimpin, pengasas PPBM seperti Anina Saadudin dan ahli PPBM yang sudah keluar parti setakat ini?

Dan berapa ramai ahli dan pimpinan PPBM yang tinggal ini sekadar bertahan kerana menaruh harapan tinggi penantian dan perjuangan sebagai pembangkang ini sekejap sahaja atas keyakinan 120% mereka terhadap janji Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membawa mereka ke Putrajaya pada PRU14 ini?

Bayangkan kalau hari ini diberitahu mereka PPBM perlu terus bertahan untuk menjadi pembangkang untuk 2 penggal lagi, berapa ramai ahli PPBM yang bakal meninggalkan parti?

PPBM perlu mempelajari realiti mengenai perjanjian mengikat calon wakil rakyat daripada rakan mereka yang baru iaitu DAP, PKR dan Amanah.

Tanyalah DAP dan PKR bagaimana adun mereka sanggup melompat menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak, meskipun ada perjanjian yang mengikat wakil mereka. Tanya pula mereka daripada Amanah bagaimana mereka boleh melepaskan diri daripada PAS, walaupun ada bai’ah dengan Tuhan.

Wakil rakyat PPBM yang dipilih di PRU14 tidak perlu melompat kembali ke Umno. Mereka hanya perlu menjadi wakil rakyat bebas yang cenderung kepada BN sudah cukup.

Tak percaya? Cuba tanya sekeliling, setakat ini ada sesiapa yang dapat membuktikan bekas adun Jelapang DAP, Hee Yit Foong menerima duit untuk menyokong BN sehingga kerajaan PR Perak tumbang? Tiada.

Perjanjian ikat itu hanya akan tinggal perjanjian, dan bai’ah dengan Tuhan hanya tinggal mainan mulut apabila ahli politik itu bertukar selera untuk mengejar apa yang ada di hati. Tidak dapat dibayangkan kehebatan ahli politik yang berketuakan seorang pakar U-turn.
Oleh itu, undilah calon PPBM dengan risiko sendiri.

3 comments:

  1. It's going to be finish of mine day, but before
    ending I am reading this impressive post to improve my knowledge.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 5:54 "Grads not getting suitable employment due to poor English. Some even have a problem constructing proper sentences and employers are unlikely to hire such people ". You are one of them.

      Delete
  2. Macam macam Andian boleh dibuat
    Penyokong dan ahli tegar dan rakyat yang terbuka mibda pastinya dapat menilai situasi negara

    ReplyDelete