Lelongan akhir di pasar ikan Tsukiji, Tokyo
TMI · Diterbitkan pada 6 Jan 2018 8:22PM
PASAR ikan Tsujiki di Tokyo, Jepun mengadakan lelongan sebelum subuh Jumaat lalu sebelum ia ditutup untuk dipindahkan ke lokasi lain.
Pada sesi lelongan terakhir itu, pembida yang tertinggi membayar sehingga RM5.15 juta untuk seekor ikan tongkol gergasi seberat lebih 400 kg.
Pasar ikan yang sudah beroperasi lebih 80 tahun ini, yang terbesar di dunia, merupakan antara tarikan pelancong popular di Tokyo. Ia terletak di sebuah kawasan yang padat dengan restoran dan kedai.
Selepas ini, pasar ikan itu akan berpindah ke Toyosu, tapak bekas sebuah kilang gas yang agak jauh ke sebelah timur dari lokasinya sekarang. Pasar ikan di tempat baru itu akan mula beroperasi pada 11 Oktober ini.
Pasar ikan Tsujiki yang mula dibuka pada 1935. Ia terkenal kerana mengadakan lelongan menjelang subuh ikan-ikan tuna yang ditangkap setiap hari, yang kemudiannya jadi sajian chef sushi utama bertaraf Michelin sampailah kepada yang dijual di kedai-kedai runcit.
Pasar Tsukiji mengendalikan 480 jenis makanan laut bernilai RM56 juta sehari, selain 270 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran.
Namun sejak beberapa tahun lalu kemudahan yang uzur menimbulkan kebimbangan tahap kesediaan bangunannya menghadapi ancaman gempa bumi, selain soal kebersihan dan keselamatan daripada kebakaran.
Penggunanya juga sebelum ini mendesak agar diwujudkan sistem peti sejuk yang lebih baik dan berteknologi tinggi.
Pasar ini dicadangkan berpindah sejak akhir 2016 lagi namun cadangan itu mendapat bantahan pemilik perniagaan yang beroperasi di sekitar kawasan pasar.
Di pasar ini, rutin hariannya sama. Setiap hari sebelum subuh, pembeli yang datang memakai but getah memeriksa kualiti ikan tongkol gergasi segar dan beku.
Tepat pukul 5.30 pagi, pelelong membunyikan loceng tanda lelongan bermula dan pembeli akan menawarkan harga dengan mengangkat isyarat tangan.
"Tsukiji adalah pasar ikan nombor satu dunia. Sayang, ia terpaksa ditutup," kata Akifumi Sakagami, seorang ketua chef sebuah restoran sushi di Ginza, seperti dipetik AFP. – Agensi, 6 Januari 2017
Seekor ikan tuna sirip biru dibawa ke lelongan terakhir di pasar ikan Tsukiji, Tokyo pada 5 Januari 2018. Seekor ikan tuna sirip biru seberat 405kg dijual dengan harga mencecah RM5.15 juta pada lelongan itu. Seekor lagi ikan tuna hampir 200kg dibeli dengan harga RM5,672 sekilo oleh Kiyoshi Kimura, pemilik Sushi Zanmai. – Gambar EPA, 6 Januari, 2018.
Orang ramai melihat anggota bomba Jepun memadamkan kebakaran di pasar ikan Tsukiji, Tokyo pada 3 Ogos 2017.– Gambar AFP, 6 Januari, 2018.
Pembeli di sebuah kedai menjual hasil laut segar dan kering di luar pasar ikan Tsukiji di Tokyo pada 28 Disember 2017. Mereka mula membeli bekalan makanan laut segara sebagai persiapan meraikan sambutan Tahun Baru, salah satu perayaan terbesar di Jepun. – Gambar AFP, 6 Januari, 2018.
Seorang pelanggan memakan sushi tuna daripada ikan tuna sirip biru seberat 200 kilogram yang dijual mencecah RM467,713 pada lelongan tahun baru di pasar ikan Tsukiji di sebuah kedai Sushi Zanmai di Tokyo, Jepun. Ikan sirip biru yang ditangkap di Oma itu dijual pada lelongan pertama tahun baru pasar ikan itu, tiga kali ganda lebih mahal daripada harga tertinggi tahun lalu. – Gambar EPA, 6 Januari, 2018.
Presiden Sushi-Zanmai, Kiyoshi Kimura dengan tuna sirip biru seberat 200 kilogram di restoran utamanya di pasar ikan Tsukiji, Tokyo pada 5 Januari 2018. – Gambar AFP, 6 Januari, 2018.
Seorang pembida bertugas pada lelongan pertama tahun baru ikan tuna beku di pasar ikan Tsukiji, Tokyo. – Gambar EPA, 6 Januari, 2018.
Pembeli ikan memerika tuna sirip biru sebelum bidaan tahun baru bermula di pasar ikan Tsukiji, Tokyo pada 5 Januari 2018. Pasar ikan yang terkenal dan disayangi ramai di Tokyo itu mengadakan lelongan terakhirnya dengan harga termahal seekor ikan tuna gergasi berharga RM5.15 juta. – Gambar AFP, 6 Januari, 2018.
Anggota bomba di kawasan luar pasar ikan Tsukiji, Tokyo pada 3 Ogos 2017. Laporan mengatakan kebakaran bermula di bangunan tiga tingkat luar pasar ikan itu. – Gambar EPA, 6 Januari, 2018.
Pembeli ikan memeriksa tuna beku sebelum bidaan pertama tahun baru di pasar ikan Tsukiji di Tokto pada 5 Januari 2018. Pasar ikan Tsukiji Tokyo yang terkenal mengadakan lelongan ikan terakhirnya pada 5 Januari sebelum pasar itu ditutup dan dipindahkan, lelongan tertinggi diterima pada hari itu harganya melebihi RM5.15 juta untuk seekor tuna gergasi. – Gambar AFP, 6 Januari, 2018.
Seorang lelaki tua duduk sebelum lelongan pertama tahun baru di pasar ikan Tsukiji, Tokyo. Pasar berusia 80 tahun itu akan ditutup dan berpindah ke kawasan baru, di Toyosu, Tokyo selepas lelongan itu. – Gambar EPA, 6 Januari, 2018.

No comments:
Post a Comment