Saturday, January 6, 2018

Masih berbalah tentang calon PM: Kenapa hanya PKR yang lantang?

* Adakah tokak lama masih berbau di hidung PKR?

‘Kami tak mahu Mahathir jadi PM’
SITI ZUBAIDAH MAT ISA  - 6 JANUARI 2018
Mahathir Mohamad - Foto Reuters

KAJANG - Tun Dr Mahathir Mohamad  dianggap tidak layak menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya merampas Putrajaya pada PRU14.

Menurut Ketua Wanita Pakatan Harapan, Zuraida Kamarudin, sebagai bekas perdana menteri yang mempunyai rekod memerintah negara selama 22 tahun, beliau lebih sesuai memegang jawatan menteri kanan.

"Bukan sebab umur (Mahathir). Dia sudah ada rekod sebagai negarawan. Sebagai bekas perdana menteri takkan kita nak naikkan dia sebagai perdana menteri lagi. Lebih wajar jika beliau menjadi menteri kanan sahaja.

"Saya tidak kenal Mahathir secara peribadi, tidak pernah berhubung (setakat ini).Dan ini pendapat peribadi saya sahaja. Transformasi di zaman beliau sudah berlaku 20 tahun dahulu, sekarang kami hanya mahukan perubahan dalam negara," katanya ketika di temui selepas majlis pelancaran Wanita Pakatan Harapan, hari ini.

Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR berkata, sehingga hari ini parti itu belum memutuskan siapa calon yang layak untuk diketengahkan sebagai perdana menteri.

"Saya tiada dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan,  Rabu lalu dan proses menamakan calon perdana menteri masih berjalan. Sama ada, calonnya Mahathir atau tidak saya tidak pasti.

"Setakat ini Pakatan Harapan belum buat keputusan. Tetapi kalau sudah ada  mungkin akan diumumkan esok di konvensyen," katanya.

Menurut Zuraida, Pakatan Harapan akan bermesyuarat hari ini (semalam) bagi membincangkan mengenai pembahagian kerusi, calon boleh menang dan persediaan PRU14.

"Mungkin dari perbincangan itu akan ada keputusan mengenai siapa calon perdana menteri.

"Tidak kisahlah siapa pun calon perdana menteri, rakyat akan menilai apa tawaran yang boleh diberikan kepada mereka," katanya.

Menjelang konvensyen esok (hari ini) wanita Pakatan Harapan berjanji akan terus memberi semangat dengan membawa perubahan yang lebih baik daripada BN selain fokus pada gerak kerja untuk memastikan calon pembangkang menang PRU14.

Sementara itu, Zuraida bersedia bertanding di mana-mana kerusi termasuk di Hulu Langat untuk mengukuhkan Pakatan Harapan di Selangor dan meluaskan sayap wanita.

2 comments:

  1. Ni yang aku x berkenan ngan pkr ni.Mula nak lupa diri la tu...dia rasa dia hebat sgt kot...Jgn esok yang kejar x dapat...yang dikendong jatuh berciciran...jangan tamak..!

    ReplyDelete