Tanggang moden bolot harta
Bapa dipinggir selepas tiga stesen minyak, ladang ternakan ayam diambil anak
Diyanatul Atiqah Zakarya
DAUT (tengah) dan Amir Hamzah pada sidang akhbar di Pejabat Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional, Kota Cemerlang, Melaka semalam.
MELAKA – Seorang bapa berusia 82 tahun mendakwa tidak dipedulikan tujuh anaknya selepas kesemua harta miliknya termasuk tiga buah stesen minyak dan empat hektar tanah bernilai kira-kira RM4 juta dibolot oleh mereka.
Daut@Md. Kassim Jali, 82, berkata, pada awalnya kesemua harta yang diusahakannya sendiri sejak tahun 1969 itu diberikan secara suci hati atas dasar kasih dan sayang terhadap anak-anak, namun tidak menyangka dia akhirnya dipinggirkan keluarga selepas masing-masing memperoleh pendapatan lumayan.
Jelasnya, dia telah dihalang untuk pulang ke rumah sendiri untuk bertemu isteri pertama di Lubok China, Melaka manakala segala keuntungan hasil daripada perniagaan ketiga-tiga stesen minyak, hasil ladang kelapa sawit dan ladang ayam yang sebelum ini miliknya telah dinafikan haknya.
Ketujuh-tujuh anaknya itu, empat lelaki dan tiga perempuan yang berusia antara 41 hingga 58 tahun, merupakan anak bersama isteri pertamanya.
Isteri pertama Daut kini berusia 70 tahun manakala isteri kedua dalam lingkungan 60-an.
“Saya tidak sangka anak-anak tergamak memperlakukan saya sebegini. Malah walaupun saya menghidap penyakit angin ahmar dan memerlukan wang untuk rawatan, mereka tetap tidak mempedulikan saya. - KOSMO!
* Perkara begini juga berlaku kepada kawan lama aku. Beliau bekas guru besar dan anak orang kaya yang mewarisi semua harta arwah ayahnya kerana berliau anak tunggal.
Sekarang beliau juga dinafikan balik ke rumah dan bertemu isteri tuanya oleh anak-anak yang boleh dikatakan semuanya hidup senang lenang. Mengikut khabarnya beliau beriseri muda dan ditentang oleh anak-anaknya. Jadi sekarang beliau hidup ala kadar dengan duit pencen bersama isteri mudanya. Nasib baik beliau ada membeli rumah lain untuk isteri muda dan anak-anak dari isteri mudanya. Jadi tidaklah merempat
Persolanya salahkah sibapa?

Hanya pandangan...
ReplyDeleteSepatutnya bila anak2 tu dah dewasa perlu 'faraid' harta agar tidak timbul kejadian sebegini..
Harta itu boleh menjadi 'batu jemala' jika tak diurus dgn betul..
Zaman kini hati budi mudah lenyap akibat haloba dan kdjam..
gagal didik anak ikut acuan ugama
ReplyDeletebila anak besar tak takut ngan ancaman dari Allah
maka jadilah macam macam
bila banyak harta kena pandai urus kalau tidak
anak anak jadi penyangak harta ibubapak