Thursday, January 11, 2018

Isu tanah Felda: Seluruh ahli lembaga pengarah telah ditipu?

* Siapa penipu tu, PM tak tahu ke?
TITM ni banyak tanya, tak ke dimarah Hadi?

Isu tanah Felda: Apa yang sebenarnya berlaku?
MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS 11 JANUARI 2018
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tun Man

SHAH ALAM - Pas meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku kepada tanah Jalan Semarak, Kuala Lumpur, yang dituntut oleh Felda ketika ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana, dakwaan beberapa ahli lembaga pengarah badan tersebut yang menyatakan bahawa mereka tidak mengetahui mengenai perjanjian pindah milik tanah itu, seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan itu bercanggah dengan sebuah laporan portal berita tempatan, beberapa hari lalu.

"Sumber (portal berita) menyatakan bahawa ahli lembaga pengarah Felda ketika itu telah diberitahu mengenai penjualan itu pada hari yang sama dan mereka memberikan kelulusan semula pada 3 Jun 2015.

"Menurut portal itu, perjanjian antara FIC (Felda Investment Corporation) dan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) memang didraf sebegitu rupa, di mana FIC akan diberi jaminan pulangan minima sebanyak RM500 juta atau 10 peratus daripada kos kasar pembangunan, berdasarkan mana yang lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ekoran pendedahan yang mendakwa pemilikan tanah itu telah dipindah milik kepada SPSB, menurutnya, Pengerusi Felda ketika ini, Tan Sri Shahrir Samad telah memberi bayangan seolah-olah seluruh ahli lembaga pengarah telah ditipu sehingga tanah Felda terlepas ke tangan SPSB.

Dengan pendedahan terbaru mengenai isu tersebut, beliau meminta Shahrir mendedahkan perjanjian antara FIC dan SPSB untuk tatapan umum.

"Pas berpendapat mustahil bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad berani melakukan transaksi ini tanpa pengetahuan Perdana Menteri. Pas turut menuntut agar Perdana Menteri tampil memberitahu rakyat, apakah beliau tahu mengenai perjanjian ini jauh lebih awal," tegasnya.

2 comments:

  1. My brother recommended I might like this web site.
    He used to be totally right. This submit actually made my day.

    You cann't consider simply how much time I
    had spent for this information! Thank you!

    ReplyDelete
  2. Wow! At last I got a webpage from where I can really obtain helpful facts
    concerning my study and knowledge.

    ReplyDelete