Friday, January 12, 2018

AJK PAS pusat mengaku PAS dibuli

AJK PAS PUSAT YG LETAK TITLE USTAZ DLM PROFAIL FBNYA MENGAKU PAS DIBULI
[11:01] Aaku Zaini Hj. Pilus

1. Ada lebai Pas kata, Pas pernah dibuli oleh PKR dan DAP semasa Pas berkawan dgn kedua-dua parti itu. Kononnya Pas paling kuat tetapi Pas tidak dihargai sepanjang perkawanan mereka.

2. Selepas lebai Pas itu terasa partinya dibuli, dia cuba nak kata perkara yg sama kpd Amanah. Kononnya Amanah kini sedang dibuli oleh PPBM kerana kerusi PPBM lebih banyak.

3. Inilah peliknya lebai Pas. Dia perasan partinya kuat, tapi pada masa yg sama dia rasa partinya kena buli. Kalau Pas kuat, macam mana pula boleh kena buli?

4. Apabila kamu rasa parti kamu dibuli, maknanya parti kamu tak kuat. Kamu saja yg perasan parti kamu kuat. Padahal, kalau parti kamu keseorangan, parti kamu tak kemana pun...!

5. Walaupun tua, Pas bukanlah kuat. Buktinya Pas tak pernah jadi kerajaan semasa bersendirian. Apabila berkawan dgn S46, barulah dapat tawan Kelantan. Selepas berkawan dgn DAP dan PKR, barulah menang banyak kerusi parlimen.

6. Amanah akur dgn keupayaannya. Sebab itulah Amanah berkawan dgn parti lain. Amanah tak pernah rasa dibuli, tetapi terasa dihargai dan diterima. Kami bukan parti syok sendiri macam Pas.

7. Hanya Pas yg kata Amanah dibuli sebab Pas nampak gerakan politik Amanah semakin mempersada. Padahal, Pas yg semakin tersudut sebab langkah politiknya semakin sumbang.

8. Betulkah Pas makin tersudut? Betul atau tidak boleh dilihat pada tindakan beberapa MP Pas luar Kelantan yg khabarnya sedang merisik kerusi yg kononnya selamat di Kelantan.

9. Kalau kuat mengapa nak lari? Pertahankan kerusi kamu itu. Temerloh jangan lari, berdepanlah dgn Amanah di situ. Bukit Gantang pun jangan lari, tunggu PH datang.

10. Semasa berkawan terasa dibuli. Apabila berseorangan, teringat pula nak lari. Kuatkah begitu, atau hanya perasan kuat?

11. Bagi Amanah, 27 kerusi Semenanjung sudah memadai dan berbaloi. Kami bukan perasan kuat dan hebat macam Pas. Sebab itu kami berkawan dgn orang lain.

12. Kepada lebai AJK Pas pusat itu, aku cuma nak tanya satu soalan, bila nak bayar hutang cetak Harakah RM2.4 juta? Kamu kuatkan?

13. Tanya saja pun.

Ust. Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
[1/11, 11:30] Aaku Zaini Hj. Pilus: Ust. Miqdad Zakaria


Fitnah Akhir Zaman...Penunggang Agama

Pulang dari  masjid tadi.... sempat saya dengarkan satu perkongsian Hadis  daripada Ustaz Syed Shahridzan .....dan melalui pengisian tersebut ada menyentuh tentang penunggang agama di akhir zaman ini.

 Sedikit yang dapat saya catatkan.... mudah mudahan memberikan peringatan untuk kita semua.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya.... rasulullah  s.a.w bersabda....akan timbul di akhir zaman ......orang orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama...... mereka menunjukkan kepada orang lain..... pakaian yang dibuat daripada kulit kambing ~ berpura pura zuhud dari dunia~  untuk mendapat simpati orang ramai..... dan percakapan mereka lebih manis daripada gula.

Padahal hati mereka adalah hati serigala  ~ mempunyai tujuan tujuan yang jahat~ . Allah  s.w.t berfirman kepada mereka:

Apakah  anda  tertipu dengan kelembutan Ku....? ataukah  anda  terlampau berani berbohong kepada Ku...? demi kebesaran Ku.....Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah ....yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri....sehingga orang yang alim ~ cendikiawan ~ pun akan menjadi bingung ~ dengan sebab fitnah itu ~   HR Tirmidzi

Terkandung dalam lafaz ini Hadis Qudsi yang merupakan amaran  Allah..... terhadap penunggang2 agama.  menurut syarah al Misykah..... Allah hendak menyatakan bahawa DIA tidak mengambil apa2 tindakan .....terhadap mereka yang menunggang agama..... untuk mengaut keuntungan dan kekayaan  dengan menipu manusia. 

Gejala ini dibiarkan terus berlaku sedang Allah  memberi amaran secara diam2 .....dan golongan ini tidak sedar ketika Allah berkata

Engkau terpedaya dengan kelembutanKU

Apa yang dimaksudkan dengan ‘KelembutanKU....’ ?

 Iaitu Allah  menangguhkan segala hukuman dan balasan yang akan dibayar nanti..... boleh jadi bukan sekarang tetapi akan tiba saatnya.

 Tungganglah agama semahu anda  dan Allah  sengaja membiarkan perbuatan itu..... ketika mereka terpedaya dengan kelembutan Allah..... sepertimana orang2 yang bermaksiat kepada Allah di atas muka bumi ini..... namun tidak ditimpakan balasan kepada mereka.

Dan berleluasanya perbuatan penunggang agama ini .....sehingga tidak mampu dielakkan lagi .....bahkan orang2 alim dan para ulama melihat perkara ini dengan menggeleng kepala..... hairan bagaimana sewenang-wenangnya ayat2 Allah diperdagangkan tanpa dapat dibendung.

Itulah apa yang berlaku kini..... ketika kempen2 dijalankan..... supaya usah terpedaya dengan para penunggang agama ini.... namun ia tetap disokong oleh masyarakat..... ada yang marah malah memusuhi pula kita yang cuba mengingatkan.

Sehinggalah didatangkan fitnah kepada golongan2 ini..... dengan dibutakan mata mereka..... untuk menilai halal dan haram..... agama pun agamalah..... asalkan itu yang dapat mengaut keuntungan dunia bagi diri mereka..... dan diredai pula oleh masyarakat.... sedangkan para alim ulama terus terusan berasa hairan.

Fikir fikirlah.

Wallahu’alam
Aaku Zaini Hj. Pilus: *[11-1 8:00 AM] #JohoRespondTeam*

[1/11, 19:52] Pelayar Daratan: 

Kata pemimpin lebai PAS, baru Amanah rasa macam mana depa di buli.. tahap ni IQ depa.. dia ni mcm mana boleh dapat PHD.. buat PHD dulu pun kaji pasal sejarah PAS pun, tak faham perjuangan PAS yg dulu.. antara perbezaan pandangan dan strategi dianggap sebagai buli.. hatta sesama parti pun kadang2 ada perkara,Ijtihad dan strategi yg tak disepakati... ia berlaku di zaman Nabi, dizaman sahabat hatta ketika perang..rupanya perbezaan ini dianggap lebai2 PAS sebagai " BULI ", pada depa konsep taat, wala' membuta tuli itu bukan Buli.. ni nak habaq, Sejarah PAS dibuli..

1- Tahun 1990, Masa PAS sorang2 bertanding semua kerusi UMNO.. masa PAS tak dibuli.. satu Negeri pun PAS takda.. pasai PAS kena buli.. bila PAS bergabung dalam Angkatan perpaduan Ummah.. PAS serah sebahagian besar kerusi Dun Kelantan pada KULI, Parti S46.. lepas kena buli.. PAS dapat perintah Kelantan.. Tok Guru Nik Aziz dari PAS dapat jadi MB..

2- Tahun 1999, PAS di buli lagi.. kali ini almarhum Ustaz Fadzil Noor bagi sebahagian besar, separuh kerusi parlimen yg ditandingi PAS kepada parti Keadilan, parti yg tak sampai setahun ditubuhkan.. masa tak dibuli tahun PRU 1995.. masa bertanding sorang2.. PAS hanya ada 7 kerusi Parlimen.. lepas di Buli, PAS dapat 27 Kerusi Parlimen.. hebatkan kuasa buli..

bukan takat tu, masa PAS kena buli dgn parti Anwar PRU 1999, PAS menang besar pulak di Terengganu.. UMNO tinggal 4 kerusi jer.. PAS dapat 28 kerusi ,kesian ... masa kena buli tu lah, Haji Hadi yg kuat kena buli dapat jadi MB.. lebai2 PAS yg selama ini dibuli.. seronok jadi Exco..pakai kereta mewah bagai.. seronok kan kena buli..?

3- Tahun 2004, masa ni Almarhum Fadzil Noor dah takda, jadi Hj Hadi jadi Presiden.. bila PAS menguasai undi Melayu PRU 1999.. Hj Hadi dah rasa sedikit kuat dan bongkak... tiba masanya kita pulak PAS nak tunjuk kuat, dan nak buli PKR dan DAP.. masa tu Hj Hadi berkuasa besar, jadi MB..jadi Presiden..malah ada majalah antarabangsa kata ,Hj Hadi tersenarai antara pemimpin yg berpengaruh di Asia.. sebab masa tu, harga minyak Dunia melonjak naik..kebetulan Terengganu letaknya telaga minyak.. masa tu Hj Hadi perasan kejap yang dia tu mcm raja Arab..

Jadi Hj Hadi pun start lah buli rakan2 yg lain.. PAS dgn bongkak nya tidak mengendahkan menifesto bersama dalam Barisan Alternatif.. akhirnya BA berpecah.. PAS kononnya dgn agenda Negara Islam.. nak tegak kan Islam..hari2 dalam TV Haji Hadi kutuk Lim Kit Siang..sebab tak setuju dgn Menifesto PAS.. sampaikan Hj hadi kata, Lim Kit Siang umpama ubat tamat tempoh.. Lepas tu apa Jadi..?

Bila PAS dah tak dibuli.. PRU 2004.. Hj Hadi Kalah teruk di Terengganu..orang  Islam sendiri tolah Haji Hadi..bukan org DAP mahupun cina..Melayu di negeri dia sendiri tolak dia.. dari menang 28 kerusi tinggal 4 kerusi,lebih teruk kesan dari PAS yg mempunyai kuasa buli.. Hj Hadi kalah di Parlimen Marang..kira2 4 tahun Hj Hadi terpaksa ponteng wajib ke Parlimen.. sebab kalah pada Man Bakar..PAS pulak tinggal 7 kerusi Parlimen dari 27 kerusi parlimen tahun 1999.. itu lah hebatnya bila PAS tak dibuli..

4- Tahun 2008, Masa ni Anwar dah keluar Penjara.. Akhirnya Hj Hadi dah Insaf sikit.. boleh jadi Taqiyyah selepas dapat pengajaran besar 2004.. maka PAS,PKR dan DAP boleh duduk semeja.. kali ni PAS dibuli lagi.. boleh jadi kena buli dgn Anwar dan DAP..terpaksa tukar dasar Negara Islam.. kepada Negara BerKebajikan..

Selepas dibuli DAP dan PKR.. Akhirnya Pakatan menang 5 Negeri.. 3 dari negeri PAS jadi MB.. di Kelantan, Kedah dan Perak.. di Perak walaupun PAS hanya ada 6 kerusi, kerusi paling sikit dikalangan pakatan.., DAP ada 18 kerusi Dun.. tapi sebab dibuli DAP.. PAS dapat jadi MB,, Nizar jadi MB... begitu juga di Kedah.. di Kedah, DAP tak dapat jadi Exco.. sebab masa tu PAS buli DAP lah kut.. sebab tu 2013, PAS kalah di Kedah..agaknya lah..

dan atas Sebab dibuli DAP itulah, PAS menang banyak kerusi di Selangor..dari 2008 hingga 2013, dan Sebab dibuli itu juga ramai orang PAS, lebih 6 ribu jawatan dapat pada orang PAS... ada yg dapat jawatan Exco..Ahli Majlis dan JKKK..termasuk menantu Hj Hadi yg dapat jadi pengarah GLC dgn elaun berpuluh ribu.. dpt tawaran saham setengah juta unit.. ini adalah hasil selepas dibuli.. harus diingat. di Selangor tu PAS menang atas ihsan dan pertolongan undi Ciina dan DAP.. itu rahmat PAS dibuli oleh DAP.. dari 2008 hingga Sekarang PAS masih berkuasa di Selangor hasil dibuli DAP dan PKR.. bayang kan masa tahun 80'an.. 90'an.. semua Kerusi PKR itu adalah kerusi PAS.. sebelum pada tu, nak merasa pegang 3 kerusi Dun pun payah..jgn kata nak jadi Exco..

5- Dari PRU 2008- 2013 - Untuk peringatan, dari hasil dibuli ini juga, Ostad2 PAS yg dok kapirkan sesama muslim.. dok fitnah dan kutuk DAP di dalam masjid, dapat mengajar di Masjid2 di Selangor dan Pulau Pinang.. depa hidup mewah hasil duit sampul dari masjid, hanya dgn kerja membuang air liur selama 1 jam sehari di dalam masjid yg berhawa dingin..mereka dapat pendapatan bersamaan 2-3 hari pekerja biasa. sedangkan Rakyat membanting tulang..keringat peluh bekerja 8 Jam sehari untuk mendapatkan pendapatan yg sama dgn ustaz2 ini.... inilah zaman PAS dibuli..kononnya Islam ditekan.. masa PAS tak dibuli era Khir Toyo.. era Koh Tsu Koon.. Jangan kata nak Mengajar di Masjid.. nak dapat elaun Masjid.. nak masuk Masjid pun kena kunci, kalau ustaz PAS dok bagi Kuliah..silap2 kena dakwa..

Hari ini Ustad yg dulunya hidup susah..hari ini bebas mengajar di masjid2 mengfitnah..kafir dan Munafikkan sesama muslim.. harap2 sedar lah diri dan pandai lah berterima aksih....tapi depa pula yg membuli rakan yg pernah tolong depa selama ini.. jadi hasil mereka membuli ini..InsyaAllah... kita dapat lihat hasilnya tidak sampai 6 bulan dari Sekarang.. Tahun ini biarlah rakyat Malaysia yang akan buli mereka dalam PRU 14... setelah PAS tak dibuli.. PRU 14 ini PAS akan dapat hasilnya InsyaAllah..

Marilah kita Berdoa agar Najib segera bubarkan Parlimen.. 

Ipoh Mali via whatsapp

No comments:

Post a Comment