Takut pasal apa saya jumpa Anwar, tanya Dr Mahathir
TMI · Diterbitkan pada 11 Jan 2018 2:25PM
Negarawan berusia 93 tahun itu hari ini menyindir "ketakutan" pihak tertentu sehingga menghalangnya berjumpa Anwar Ibrahim semalam. – Gambar EPA, 11 Januari, 2018
DR Mahathir Mohamad hairan kenapa kerajaan Barisan Nasional (BN) takut sangat beliau hendak berjumpa dengan Anwar Ibrahim kerana bukankah penamaannya sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) akan menyebabkan gabungan pembangkang itu kalah pilihan raya nanti.
Dalam tulisan terbaru di blognya, Dr Mahathir berkata sama seperti pencalonannya sebagai perdana menteri PH, ziarahnya ke atas Anwar semalam tentulah "satu lagi tindakan ke belakang” oleh PH.
"Bukankah Institute of Strategic and International Studies Senior Fellow Sholto Byrnes telah berkata pencalonan saya bermakna Pakatan telah ambil satu langkah ke belakang.
"Apalah nak takut sangat perjumpaan saya dengan Anwar," tulis Dr Mahathir di blognya hari ini.
Dr Mahathir semalam disekat daripada menziarahi Anwar kononnya "kerana arahan atasan".
Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Zulkifli Omar semalam menjelaskan larangan itu adalah bagi mengelak timbulnya kontroversi dan kerana ada ancaman keselamatan. Larangan itu juga katanya dibuat oleh pegawai bertanggungjawab ke atas Penjara Sungai Buloh.
Semalam pula, Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed mengatakan Anwar masih seorang banduan dan tertakluk kepada peraturan Jabatan Penjara, maka sesiapa sahaja yang hendak melawatnya perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa.
Malah, Dr Mahathir juga digesa menunjukkan teladan yang baik dengan mengikuti peraturan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Keruak.
Dr Mahathir bersama Nurul Izzah Anwar semalam selepas dihalang melawat Anwar di Cheras. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Januari, 2018
Menurut Dr Mahathir, beliau kecewa dan sedih atas apa yang berlaku kerana belum pernah mana-mana perdana menteri Malaysia sebelum ini menghalang sebarang lawatan berjumpa pesakit atau banduan.
"Apakah yang sudah jadi pada negara kita ini?" tanyanya.
"Saya, semasa menjadi perdana menteri, tidak pernah menghalang mana-mana banduan, termasuk Dato’ Sri Anwar, diziarahi oleh sesiapa.
"Tetapi sekarang sudah ada arahan ini khusus bagi saya," tambah beliau.
Jelas Dr Mahathir, tujuan ziarahnya itu hanyalah untuk mengucapkan terima kasih kerana Anwar telah bersetuju dengan cadangan PH menamakan beliau sebagai calon PM Pakatan jika menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.
Katanya, beliau percaya persetujuan itu adalah kerana Anwar dapat mengatasi perasaannya dan mengutamakan kepentingan negara lebih dari perasaan diri sendiri, selepas PKR sebelum itu tidak setuju dengan cadangan tersebut.
Persetujuan itu juga mengukuhkan kerjasama empat parti PH dan menjadi harapan gabungan pembangkang itu menang PRU14 lebih cerah.
"Sebab itulah saya ingin ucap terima kasih sendiri kepada Anwar. Saya perlu hanya satu minit sahaja untuk berjumpa, tidak lebih.
"Tidak ada niat bercakap berkenaan politik," katanya.
PH pada konvensyen tahunannya di Shah Alam Ahad lalu mengumumkan kata sepakat Dr Mahathir jadi calon perdana menterinya, selepas PKR menyelesaikan rundingan dalaman pada peringkat parti. Tiga parti lain dalam PH – Bersatu, DAP dan Amanah – sebelum itu awal-awal lagi sudah menyokong cadangan tersebut. – 11 Januari, 2018.

No comments:
Post a Comment