Saturday, January 6, 2018

Dipecat ketua hakim negara: Ini kata Tun Salleh Abas

Yang sudah, sudahlah, kata Salleh Abas
Bede Hong · Diterbitkan pada 6 Jan 2018 7:00AM
Pemecatan dan penggantungan tugas hakim pada 1988 dilihat sebagai episod titik hitam dalam sejarah kehakiman negara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Januari, 2018

KRISIS kehakiman hampir 30 tahun lalu sepatutnya sudah selesai dan tidak berbangkit lagi, kata bekas ketua hakim negara Salleh Abas, yang digantung dan kemudian dipecat dalam episod penuh kontroversi pada 1988.

Salleh, 88, merasakan isu itu kini sedang dihangatkan oleh sesetengah pihak untuk dijadikan modal politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-14  (PRU14).

Saleh memberitahu The Malaysian Insight bahawa Dr Mahathir Mohamad dan bekas peguam negara Abu Talib Othman hanya mempolitikkan isu itu.

"Yang sudah itu sudahlah. Saya tidak mahu lagi bercakap mengenainya. Mereka mempolitikkan isu ini," kata Salleh dalam satu wawancara melalui telefon.

Salleh mengulas isu krisis kehakiman itu yang berbangkit semula minggu ini apabila Dr Mahathir ditanya oleh wartawan apakah beliau mengarahkan pemecatan bekas ketua hakim itu pada 1988.

Dr Mahathir selama ini dipersalahkan atas krisis kehakiman dan perlembagaan pada tahun itu dan pengkritiknya menggunakan episod itu untuk menghentam kredibilitinya yang mahu membawa pembaharuan di Malaysia.

Dalam mempertahankan dirinya minggu ini, Dr Mahathir berkata beliau sanggup bersumpah dan menjunjung Al-Quran bahawa pemecatan Salleh itu atas titah perintah Yang di-Pertuan Agong.
Isu krisis kehakiman pada 1988 berbangkit semula minggu ini apabila Dr Mahathir Mohamad ditanya oleh wartawan adakah beliau mengarahkan pemecatan bekas ketua hakim pada masa itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Januari, 2018

Dr Mahathir berkata Abu Talib ketika itu menggunakan namanya untuk melindungi nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan bekas perdana menteri itu kemudiannya disahkan oleh Abu Talib.

Peguam Negara antara 1980 dan 1993 itu memberitahu wartawan bahawa Dr Mahathir hanya menurut titah perintah Seri Paduka, ketika itu almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail.

"Saya terpaksa menggunakan namanya (Dr Mahathir) dan pejabatnya untuk tujuan menetapkan satu tribunal," kata Abu Talib, dan mengingatkan beliau bukan mempertahankan bekas perdana menteri itu sebaliknya hanya menyebut fakta kejadian.

Abu Talib berkata pihak eksekutif tidak wajar dipersalahkan atas apa yang berlaku, dan menyebut episod itu dimulakan oleh hakim-hakim pada ketika itu.

Katanya, Agong ketika itu tidak berkenan dengan sepucuk surat aduan oleh Salleh mengenai kritikan eksekutif terhadap badan kehakiman.

"Itulah puncanya," kata Abu Talib.

Seri Paduka kemudian merujuk surat berkenaan kepada Dr Mahathir dengan titah agar tindakan sewajarnya diambil berhubung aduan itu.

Sebuah tribunal kemudian ditubuhkan, diketuai oleh hakim Mahkamah Agong dan kemudian ketua hakim negara, Hamid Omar.
Bekas peguam negara Abu Talib Othman berkata Dr Mahathir Mohamad hanya menurut perintah Yang di-Pertuan Agong pada masa itu dalam memecat ketua hakim. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Januari, 2018

Tribunal itu kemudian mencadangkan pemecatan Salleh pada Mei 1988. Lima hakim kanan yang lain kemudian digantung dengan dua daripadanya dipecat manakala tiga lagi dikembalikan jawatan.

Ditanya komennya tentang kenyataan Dr Mahathir dan Abu Talib bahawa mereka tidak bertanggungjawab dengan pemecatannya itu, Salleh berkata: "Saya sudah tidak larat lagi (dengan isu ini)."

"Bagi saya, hidup jalan terus," kata Salleh, dan mengingatkan pihak lain supaya melupakan apa yang berlaku.

Pada April 2008, bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikan Dr Mahathir, pada majlis makan malam Majlis Peguam Malaysia memberi penghormatan kepada hakim-hakim terlibat dalam episod yang disifatkan titik hitam dalam sejarah kehakiman negara.

Abdullah mengumumkan bayaran ex-gratia sebagai tanda penghargaan kepada Salleh dan bekas hakim Mahkamah Agong, George Seah dan Wan Suleiman Pawanteh yang dipecat.

Bayaran ex-gratia juga dibayar kepada tiga hakim kanan lain yang digantung iaitu Eusoffe Abdoolcader, Azmi Kamaruddin dan Wan Hamzah Mohamed Salleh.

Menurut Abdullah, beliau tidak menganggap bayaran oleh kerajaan itu setimpal dengan sumbangan mereka tetapi berharap ia diterima sebagai tanda membetulkan kesilapan yang berlaku.

"Secara peribadi, saya melihat krisis 1988 tidak pernah sembuh sepenuhnya. Sekali lagi, marilah kita meneruskan hidup. Tidak bijak untuk mengungkit perkara lama. Rakyat mahukan perubahan dan kemajuan,” kata Abdullah, seperti dipetik Utusan Malaysia ketika itu. – 6 Januari, 2018.

6 comments:

  1. manusia penakut tak berani tanggung akibat kerjabuat kat dunia ni lagi
    suka bagi nampak baik tapi macam dajai

    ReplyDelete
  2. sikit politik,sikit politik....Dah wartawan tanya Tun M kena jawab la...Kalu x betoi Tun Salleh boleh saman....Jawaban yang mudah bagi aku...Saman,saman,saman......

    ReplyDelete
  3. Whats up are using Wordpress for your site platform?

    I'm new to the blog world but I'm trying to get started
    and create my own. Do you require any html coding expertise to make your own blog?
    Any help would be greratly appreciated!

    ReplyDelete
  4. Keputusan PRU tahun 2008 menjadi bukti kukuh bahawa persempadanan semula kawasan pilihan raya bukan lagi azimat kepada UMNO-BN untuk kekal di tampuk kuasa. Pemerintahan UMNO-BN boleh tumbang mudah dalam pilihan raya akan datang melalui kesedaran politik yang sedang rancak berlaku dari kota hingga ke desa.
    Bagi bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman beranggapan persempadanan semula yang sedang dilakukan saat ini merupakan satu ‘tindakan bodoh’.
    “Dia longgok Melayu 75%, 80% dia ingat Melayu bodoh sekarang. Melayu sudah dewasa, Melayu sudah cerdik, Melayu sudah tahu apa yang telah dilakukan,” tegasnya.

    ReplyDelete
  5. Askiong questions are really good thing if you arre not understanding something totally, but this piece of writing gives fastidiouss understanding yet.

    ReplyDelete
  6. Bekas pengerusi Spr tu sama belit lah

    ReplyDelete