Wednesday, August 23, 2017

RCI Memali: Rahsia siapa yang akan tersingkap?

Penubuhan RCI Memali bakal buka rahsia lama Tun M - Shaiful Hazizy
Astro Awani |  Ogos 22, 2017 18:19 MYT
Penubuhan RCI Memali bakal buka rahsia lama Tun M - Shaiful Hazizy
SHAIFUL: Cadangan menubuhkan RCI untuk menyiasat semula 'Peristiwa Memali' akan membuka misteri berhubung tragedi itu sendiri. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat semula 'Peristiwa Memali' akan membuka misteri berhubung tragedi itu yang menjadi rahsia sehingga hari ini.

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata ia sekali gus merungkai fakta bercanggah, tidak pasti kebenaran selain diperdebatkan masyarakat.

"Kita menyokong diwujudkan RCI bagi menyiasat tragedi Memali pada 19 November 1985.

"Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika itu wajar bertanggungjawab sepenuhnya berhubung kejadian ini atas sebab-sebab yang kukuh," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

BACA: Cadangan tubuh RCI bagi peristiwa Memali bukan untuk aniaya sesiapa - MB Kedah
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesediaan kerajaan menubuhkan suruhanjaya itu untuk menyiasat peristiwa itu sekiranya ada permintaan daripada mana-mana pihak termasuk keluarga mangsa.

Peristiwa Memali di Baling menyaksikan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.

Dalam pada itu tegas Shaiful, wujud fakta bercanggah sama ada benar atau tidak Ibrahim Libya dan pengikutnya benar benar mewujudkan gerakan untuk menumbangkan kerajaan ala revolusi atau kumpulan berkenaan sekadar satu pengikut ajaran agama.

"Selain itu, pengakuan Tun Musa Hitam sendiri selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam negeri pada ketika itu yang menyatakan Tun Mahathir berada di dalam negara berbanding kenyataan yang disebarkan selama ini bahawa semasa kejadian Tun Mahathir dalam rangka lawatan kerja rasmi ke negara China.

"Tragedi ini juga melibatkan nyawa dengan seramai empat anggota keselamatan terlibat dan 14 warga kampung memali terbunuh.

"Jadi ia perlu digali hingga ke akar umbi siapa yang mengarahkan operasi ini? Kenapa perlu sehingga pertumpahan darah dan apakah tidak ada mekanisme lain melalui perundingan yang boleh dilaksanakan untuk mengelakkan pembunuhan?" soalnya.

Tegasnya lagi, misteri dan persoalan itu perlu dijawab dan dijelaskan Tun Mahathir terlebih dahulu kerana ia merupakan 'hutang nyawa'.

"Ia juga 'dosa berzaman' Tun Mahathir kepada warga Memali, rakyat Kedah khsususnya dan warga Malaysia amnya.

"Dengan merungkai persoalan ini secara jelas maka barulah Tun Mahathir dan terutamanya PPBM layak untuk bercakap soal menerajui Kedah.

"Hakikatnya Tun Mahathir masih berhutang penjelasan dengan rakyat Malaysia berhubung isu Memali," jelasnya.

Sebelum ini juga, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menjelaskan, cadangan menubuhkan RCI untuk menyiasat semula 'Peristiwa Memali' bukan bertujuan menganiaya sesiapa.

Kata Ahmad Bashah, memang terdapat permintaan penubuhan RCI berkenaan daripada pelbagai pihak termasuk waris mangsa.

* Kita tengok nanti apakah hikmahnya Allah gerakkan hati manusia menubuhkan RCI ini?

4 comments:

  1. kita harap lepas ini bukan kes memali aje dibongkar tetapi kes pembunuhan berprofil tinggi juga semua perlu dibongkar.

    kes pembunuhan wanita monggol, mayat dlm simen, beng hock dll.

    jika yg berkuasa hari ini merasa boleh menutup semua itu dan boleh membuka pekung pemimpin sebelumnya, ingat...

    giliran mereka akan tiba juga yg mana pekug mereka juga akan dibuka bila tidak berkuasa nanti.
    yg akan buka itu adalah mereka yg menjilat tangan mereka hari ini juga.

    hari ini mereka itu menjerti 'hidup datuk seri!'
    hari esok mereka itu jugalah yg akan jerit 'jahanam %@#$*$ !'

    tak caya tunggulah.

    yg org yg benar saja akan selamat walaupun awalnya terhina dan dizalimi.

    ReplyDelete
  2. ini mamat pung dulu tak menayalak lani pulak
    galak menyalak
    sama saja puak ni
    bila suka semua salah tak diendah
    bial tak sekata semau di geledah
    keadilan ala amono

    ReplyDelete