Saturday, August 26, 2017

Pakatan PAS - UMNO rampas Selangor: Tuduhan konspirasi antarabangsa dan penafian standard PAS

Laporan kerjasama Umno-PAS tawan Selangor konspirasi antarabangsa, kata Iskandar

  | August 26, 2017
Iskandar A. Samad menyifatkan laporan media kononnya PAS akan bekerjasama dengan Umno untuk menawan Selangor pada PRU14 sebagai usaha untuk memburukkan imej parti itu dan tuduhan "tidak masuk akal."
PETALING JAYA: Datuk Iskandar A. Samad menyifatkan laporan media kononnya PAS akan bekerjasama dengan Umno untuk menawan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 sebagai tuduhan “tidak masuk akal” dan usaha mahu memburukkan imej parti itu.
Naib presiden PAS itu menegaskan laporan tersebut hanya spekulasi tanpa sebarang bukti kukuh.
Katanya, dakwaan itu kemungkinan 1 konspirasi antarabangsa untuk menyerang PAS dari dalam dan luar negara sepertimana dakwaan Sarawak Report sebelum ini.
“Adalah mustahil PAS akan bekerjasama dengan Umno yang sarat dengan pelbagai masalah dan telah ditolak oleh rakyat Selangor sebanyak 2 kali (2008 dan 2013).”
Semalam, Straits Times melaporkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak “berhubung hampir setiap hari selama beberapa bulan” untuk membincangkan rancangan menjalin kerjasama politik bagi menawan Selangor.
Najib juga didakwa kerap menghubungi Hadi, termasuk ketika ahli Parlimen Marang itu sedang berehat selepas beliau menjalani pembedahan jantung pada Mei lalu.
Menurut laporan itu, 1 daripada perancangan mereka ialah PAS bertanding di 42 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor, bagi mengurangkan undi Melayu kepada PH.
Laporan itu turut memetik seorang sumber yang mendakwa bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang dipecat PKR pada 2014, turut didekati dalam cubaan melantiknya menerajui kerajaan PAS-Umno itu nanti.
Laporan itu mendakwa Khalid juga dilihat pergi ke pejabat Najib beberapa kali.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Iskandar yang juga exco kerajaan negeri berkata selain itu sokongan rakyat Selangor adalah padu bersama kerajaan negeri hari ini.
Menurut 1 kajian sebuah badan bebas, kurang dari 10% rakyat Selangor yang tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri.
Oleh itu katanya, sentimen akar umbi menunjukkan para pengundi akan memberi sokongan kepada parti-parti yang dilihat mewakili kerajaan negeri yang sedia ada.
“Umno bukan di antara parti-parti tersebut,” katanya.
Iskandar berkata beliau juga tidak percaya akan berlaku perpecahan undi jika berlaku pertandingan 3 penjuru seperti yang disaksikan semasa pilihan raya kecil Sungai Besar.
“Oleh itu, saya yakin majoriti rakyat Selangor akan mengundi untuk mengekalkan kerajaan negeri hari ini.
“Mereka akan mengundi parti-parti yang dilihat akan membentuk kerajaan negeri.”
Iskandar juga berkata, kerajaan negeri hari ini telah melaksanakan banyak program ntuk membantu rakyat sejak 2008.
Dalam pada itu, seorang lagi naib presiden PAS, Idris Ahmad ketika dihubungi berkata dakwaan dibawa laporan itu 1 pembohongan.
“Tidak ada perkara seperti itu. Saya tidak tahu di mana mereka mendapat maklumat mereka.
“Kita mahu lawan Umno dan Barisan Nasional. Tiada rancangan sedemikian. Saya akan tahu (jika ada). Saya No. 3 (dalam parti),” kata beliau kepada FMT merujuk kepada kedudukannya dalam parti itu.

Dakwaan konspirasi antarabangsa penafian standard PAS, kata Amanah

  | August 26, 2017
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata melihat hubungan antara Umno-PAS ini tidak perlu 'diungkap dengan kata-kata' kerana rakyat sendiri boleh menilai.
PETALING JAYA: Amanah menyifatkan respons terbaharu pemimpin PAS wujud konspirasi antarabangsa untuk menyerang parti Islam itu sebagai penafian “standard” sedangkan pada hakikatnya semua tahun sudah ada hubungan mesra Umno-PAS.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata melihat hubungan antara Umno-PAS ini tidak perlu ‘diungkap dengan kata-kata’ kerana rakyat sendiri boleh menilai.

“Saya rasa apa yang dilaporkan menunjukkan pendekatan PAS dengan Umno begitu lunak.

Lihatlah liputan media arus perdana seperti Utusan, TV1, TV3 menggambarkan mereka.

“Kadang-kadang tak perlu bercakap pun kita nampak. Saya rasa dari segi politik, saya tidak nafikan keakraban PAS-Umno dalam macam-macam.
“Itu 1 penafian standard mana-mana parti. Tetapi rakyat akan melihat benar atau tidak melalui gelagat-gelagat kita. Apa yang berlaku. Mereka (PAS) tidak lagi menjadikan Umno sebagai seteru mereka,” katanya kepada FMT.
Semalam, Straits Times melaporkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak “berhubung hampir setiap hari selama beberapa bulan” untuk membincangkan rancangan menjalin kerjasama politik bagi menawan Selangor.
Najib juga didakwa kerap menghubungi Hadi, termasuk ketika ahli Parlimen Marang itu sedang berehat selepas beliau menjalani pembedahan jantung pada Mei lalu.
Menurut laporan itu, 1 daripada perancangan mereka ialah PAS bertanding di 42 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor bagi mengurangkan undi Melayu kepada PH.
Bagaimanapun, pimpinan PAS antaranya naib presidennya, Datuk Iskandar A. Samad menyifatkan laporan media kononnya PAS akan bekerjasama dengan Umno untuk menawan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 sebagai tuduhan “tidak masuk akal” dan usaha mahu memburukkan imej parti itu.
Iskandar menegaskan laporan tersebut hanya spekulasi tanpa sebarang bukti kukuh.
Katanya, dakwaan itu kemungkinan 1 konspirasi antarabangsa untuk menyerang PAS dari dalam dan luar negara sepertimana dakwaan Sarawak Report sebelum ini.

Seorang lagi naib presiden PAS, Idris Ahmad ketika dihubungi berkata dakwaan dibawa laporan itu 1 pembohongan.
Dalam pada itu, Salahuddin tidak terkejut dengan tindakan PAS Selangor yang mengumumkan mereka pada pilihan raya umum ke-14 akan bertanding di Kajang dan Bukit Antarabangsa, yang masing-masing Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Datuk Seri Azmin Ali meskipun PKR sedang berusaha memujuk PAS.
“Saya tidak terkejut, malahan kita tahu (PAS) menjadi alat Umno untuk menumpaskan PH.
“Saya rasa (Tindakan PAS) melakukan tindakan bunuh diri,dengan niat memecahkan undi untu memenangkan BN untuk ditempat-tempat tertentu,” katanya.

Berkaitan: Jika laporan ini tidak benar, kenapa Pas tidak saman Straits Times?

3 comments:

  1. Iskandar kata tak masuk akal. Harun din kata tak masuk akal 2.6b dlm akaun najib. Mgkn Amanah pakat dgn yahudi utk jatuhkan pas. Molek hadi sendiri jawab. Jgn dia buat pekak pulak. Hahaha

    ReplyDelete
  2. Biawak besarban..sentiasa penuh dgn penafian..dari kes spenda besar,blue germany,tunjuk kote dlm fb,90juta..

    ReplyDelete
  3. Terbaik. Molek hadi n najib jawab sendiri. Jgn mereka diam buat donno. Pekak badak

    ReplyDelete