Tuesday, August 22, 2017

Hah...apa macam, Amanah sokong RCI Memali?

'Sokong RCI Memali jika jelaskan amanat Hadi'
22 Ogos 2017 | ZIKRI ABDULLAH
Che Ibrahim 

Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Memali harus memfokuskan siasatannya terhadap dakwaan bahawa tindakan Ustaz Ibrahim Mahmood dan pengikutnya ini adalah didorong oleh Amanat Banggol Peradong yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Benarkah ini yang meyakinkan mereka dan mempengaruhi mereka untuk menentang Kerajaan BN sebagai jihad, dan kalau mati, mati mereka adalah syahid," kata Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed.

Jika Amanat Banggol Peradong ini betul mengikut hukum syarak katanya, maka wajarlah seluruh umat Islam (bukan Pas sahaja) memuji dan berbangga dengan peristiwa Memali ini, keluarga mangsa tidak perlu berdukacita dan menuntut apa apa pembelaan kerana mangsa telah mencapai anugerah dan maqam tertinggi di sisi Allah.

"Tidak ada gunanya kita meratap hiba dan bersedih dengan apa yang berlaku di dunia ini, sedangkan mangsa telah mendapat anugerah yang tidak ternilai di sisi Allah," katanya.

Sebaliknya menurutnya, jika didapati amanat ini tidak betul, maka kerajaan hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas Abdul Hadi kerana amanatnya yang menyalahi hukum syarak dan membahayakan keselamatan negara dan ketenteraman awam.

"Jika didapati tindakan Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya adalah salah di segi hukum syariah dan undang undang, Pas hendaklah bertanggungjawab dengan membayar diyat kepada keluarga anggota polis yang terbunuh kerana pembunuhan secara khilaf (qatl al khata') oleh penyokong tegar Pas akibat terpengaruh dengan kata kata pemimpin utama Pas," katanya.

Walaupun peristiwa Memali sudah 32 tahun berlalu, Amanah Kelantan katanya bersetuju RCI ini ditubuhkan demi keadilan kepada mangsa mangsa dari kedua dua belah pihak yang terlibat meskipun di segi kewajarannya sudah amat terlewat.

"Peristiwa ini hendaklah ada satu penyelesaian dan keputusan yang muktamad dari segi undang undang dan hukum syariah ke atas semua perkara yang ada kaitan dengan peristiwa ini supaya ianya tidak lagi ditimbulkan dan diungkit kembali secara bermusim bila ada kepentingan politik bagi Pas ataupun Umno," katanya.

Beliau berpendapat siasatan ini hendaklah memfokuskan dalam mencari jawapan sama ada tindakan kerajaan dalam peristiwa ini menyalahi undang undang negara.

"Atau apa yang dilakukan oleh Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya adalah mewajarkan kerajaan mengambil tindakan sedemikian?

"Jika didapati tindakan Kerajaan pada masa itu adalah di luar batas undang-undang, kerajaan sekarang hendaklah bertanggungjawab dengan kecuaian tersebut dan membayar gantirugi sewajarnya kepada semua mangsa yang terlibat dan kerugian kerugian lain yang difikirkan patut dan mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang terlibat," katanya.

Menurutnya, tindakan kerajaan melalui pegawai-pegawainya yang terlibat pada masa itu tidak boleh dianggap satu perbuatan jenayah jika ia telah bertindak dengan suci hati sebagai penjawat awam.

"Walau bagaimanapun kerajaan boleh mengambil tindakan tatatertib jika ternyata tindakannya telah dibuat secara salah atau cuai termasuk memotong pencen yang dibayar atas jawatan tersebut seperti Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan sebagainya.

"Sabitan jenayah hanya boleh dikenakan jika mereka telah bertindak di luar kehendak undang undang atau menyalahgunakan kuasanya sebagai penjawat awam," katanya.

* Isu berkaitan: UMNO, PAS TERMALU SENDIRI

2 comments:

  1. membahayakan keselamatan negara dan ketenteraman awam.

    kalau bnayak sanagt perasuah perogol perompak penipu dikalangan sang penguasa n penjawat awam
    ini pung boleh mendatangkan mudharat pada negara
    bila rakyat dah naik benci n terlalu marah

    ReplyDelete
  2. isu memali kedua2 pihak ada kesalahan.

    arwah Ibrahim Libya memang seorg guru agama yg hebat dan baik. tapi ada sedikit keras fikrahnya. ketika itu semangat revolusi iran masih hangat. memang itu mendorong kpd beliau dlm berjuang.

    ucapan beliau penuh semngat dan berapi2 dan pengaruh beliau berkembang di memali hingga ketua pemuda umno masuk pas.

    bagaimana bagi pihak yg anggap beliau syahid berdasarkan hokum bahawa beliau tidak keluar dr kediamannya mengangkat senjata menentang kerajaan.

    madrasah beliau dikepong dan diceroboh oleh pihak berkuasa. ini menyalahi hokum islam kalau tk silap hamba.

    tiada bukti2 persediaan beliau angkat senjata selain selaras senapang patah rela.

    'kesalahan' beliau kerana tidak rela masuk penjara tetapi lebih rela mati syahid di madrasahnya. dan azam ini dikotakannya.

    dipihak kerajaan melaksanakan tindakan agak agresif. merempuh madrasah yg bukan bersifat kubu perang. menembak mangsa dan rambang hingga mengorbankan anggota sendiri.

    bagaimanapun mungkin alasan mengambil tindakan terhadap Ibrahim ada asasnya. beliau dilihat keras dan boleh menjurus agresif jika dibiarkan.

    pengaruh Khomeini dan amanat hadi juga unsur yg patut dibendung dpd diebar kepada pengikut beliau. ketika itu kita tk sedar syiah ini jahat tp kini kita bersyukur pengaruh Khomeini dan revolusi iran disekat.

    amanat hadi tidak boleh mengelak dpd berperanan secara tidak langsung dlm tragedy memali. menganggap melawan umno sebagai syahid boleh menjadi 'fatwa' umum yg akan diguna oleh sesiapa yg yakin pasti dpt syahid.

    amanat itu pula tidak disekat oleh hj hadi. kerana ia bukan amanat tetapi hanya satu kalimat yg diucpa ketika ceramah. ia disunting oleh seorg ustaz pas yg taksub menjadi amanat dan dicetak utk disebarkan.

    ust itu pula akhirnya memihak umno dan terlibat dalam debat olok2 dizaman mahathir.. kalau tk silap.

    mungkin tindakan pihak berkuasa ada kelemahan dan keterlaluan tetapi menyekat unsur2 semangat revolusi iran adalah wajar dan sgt perlu.

    ini kerana revolusi iran bukan revolusi islam tetapi hanya revolusi syiah yg amat bahaya dan menyesatkan.

    apapun semua semua org islam yg terkorban dlm tragedi memali samada dipihak Ibrahim atau penguatkuasa diampunkan Allah dan diberi tempat yg baik disana.

    bagaimanapun pihak pas juga pelik kerana membiarkan kes kehilangan wang tabung memali dan tidak berusaha menyelesaikan tuntutan waris2 memali utk mendapat keadilan.

    kekeliruan dan kesilapan kadang kala tidak dapat dielakkan.

    namun ini tidak sama dgn sengaja merompak wang rakyat utk memuaskan nafsu sendiri dan anak bini. ini sesuatu yg tidak boleh dimaafkan.

    sekian adanya.

    ReplyDelete