Sunday, August 20, 2017

Betul juga......kalau betul mahu cari keadilan, kenapa baru sekarang?

Khairuddin: ‘Kalut’ dengan RCI Memali, mana RCI 1MDB?

  | August 20, 2017
Khairuddin Abu Hassan tertanya mengapa Zahid Hamidi tidak mahu menubuhkan RCI menyiasat skandal 1MDB walaupun ada permintaan daripada pelbagai pihak.
PETALING JAYA: Penyelaras Deklarasi Rakyat Datuk Khairuddin Abu Hassan akan menulis surat sekali lagi kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat skandal 1MDB.
Beliau berkata demikian selepas timbalan perdana menteri hari ini berkata kerajaan sedia pertimbangkan penubuhan RCI untuk menyiasat peristiwa Memali 1985 jika ada permintaan dari individu, pertubuhan dan parti politik.
“Zahid Hamidi kata kerajaan sedia pertimbangkan mana-mana permintaan dari individu, pertubuhan atau parti-parti politik untuk menubuhkan RCI; macam mana pula dengan permintaan kami selama ini untuk menyiasat kes skandal 1MDB,” kata Khairuddin dalam kenyataan hari ini.
Khairuddin berkata RCI membongkar skandal 1MDB wajar ditubuhkan kerana skandal itu menyebabkan keadaan politik, ekonomi dan sosial negara menjadi kemelut dan tegang, dan menjadi masalah undang-undang di Singapura, Switzerland, London, Luxembourg dan Amerika Syarikat.
“Zahid Hamidi tak mahu tubuh RCI tetapi kes Memali yang berlaku pada tahun 1985 dia kalut mempertimbangkan untuk tubuh RCI bagi menyiasatnya. Nampak sangat pemimpin-pemimpin Umno begitu terdesak untuk mengaibkan kredibiliti Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.
Sekiranya ditubuhkan, RCI Memali itu merupakan suruhanjaya siasatan kedua yang ditubuhkan untuk menyiasat peristiwa yang berlaku di bawah pentadbiran Dr Mahathir. RCI menyiasat kerugian akibat daripada dagangan mata wang asing 1990-an akan bersidang esok.
PAS pada 16 Ogos lalu menggesa kerajaan menubuhkan RCI dan menggesa kerajaan memohon maaf di atas konfrontasi antara pihak berkuasa dan pengikut penceramah agama Ibrahim Mahmud 32 tahun lalu di Kampung Memali di Baling, Kedah, yang menyaksikan Ibrahim, 13 pengikutnya dan 4 anggota polis terbunuh.
Kerajaan pernah menerbitkan kertas putih Peristiwa Memali yang dikemukakan dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 1986.
Namun Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata saksi kejadian mendakwa Kertas Perintah 21 itu satu “pembohongan”.
Isu ini kembali hangat selepas kekecohan yang berlaku di forum “Nothing to Hide 2.0” Ahad lepas, selepas objek dilontarkan ke pentas semasa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan hadirin mengenai peristiwa itu.

1 comment:

  1. Hah takyah nak memali ke apa lancau bagai.. suma politik punya pasal buang duit. Kepala hatuk ko tu semua kos sapa nak tanggung? Ko nak niaga dubur cari modal ke? Sial! Kah kah kah.

    ReplyDelete