Thursday, August 24, 2017

Posting Chedet ini aku terlepas pandang......

Najib ingat orang Melayu tak cerdik?
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD 3 OGOS 2017
1. TIBA-TIBA 1MDB mengaku tidak dapat bayar hutang sebanyak AS$600 juta (RM2,580 bilion) kepada IPIC, sebuah dana pelaburan milik Abu Dhabi yang telah jamin hutang oleh 1MDB.

2. Oleh kerana 1MDB sudah diambil alih oleh Kerajaan, maka Kerajaanlah yang gagal bayar hutang.

3. Kenapa tidak?

4. Tak ada duit kah kita?

5. Bila kita hutang kita perlu ada rancangan untuk bayar. Duit yang dihutang bukan untuk belanja hangus. Tentu ada rancangan untuk melabur, untuk dapat keuntungan yang boleh diguna untuk bayar hutang dalam satu jangka masa tertentu.

6. Jika diguna untuk membeli apa-apa, apa yang dibeli akan menjadi aset pegangan peminjam. Aset boleh dijual dan hasil boleh diguna untuk bayar hutang. Taklah semua. Hutang yang perlu dibayar pada Julai 31 hanya separuh sahaja. Lagi separuh boleh dibayar pada bulan Disember.

7. Jikalau harga jualan merugikan pun, sebahagian dari pelaburan atau harta boleh dijual cukup untuk bayar hanya separuh dari hutang.

8. Tetapi Kerajaan tidak dapat bayar. Mana pergi duit yang dihutang. Jika tidak rugi kerana pelaburan atau tidak beli harta yang boleh dijual, di manakah duit yang dipinjam berada.

9. Sekarang Bank Negara mengeluarkan bon untuk sebanyak RM2.5 bilion. Jika perolehan dari bon mencukupi untuk bayar hutang, soal ke mana pergi wang yang dipinjam masih tidak terjawab. Pinjaman melalui bon perlu dibayar.

10.  Pendapat Najib ialah orang Melayu kurang bijak. Bagi duit secara langsung kepada orang Melayu, mereka tidak akan soal lagi di mana pergi AS$600 juta. Yang hilang duit Kerajaan. Wang tunai yang diberi secara langsung lebih mudah dirasai dari duit berbilion yang hilang oleh Kerajaan.

11.  Najib percaya orang Melayu akan terus sokong Najib. Tetapi orang Melayu bukan bodoh seperti disangka oleh Najib. Mereka sudah sedar duit yang hilang itu adalah duit mereka. Hutang juga akan dibayar oleh mereka dan anak cucu mereka.

12. Hutang yang tidak dibayar oleh Najib akan dipikul oleh rakyat termasuk orang Melayu. Maka akan dinaikkan cukai GST dan lain-lain.

13. Jika hutang negara tidak dibayar, negara akan jadi muflis. Maka negara tidak dapat hutang lagi. Tabung Kerajaan akan merosot. Bukan sahaja dana untuk pembangunan akan kurang dana untuk operasi juga akan terhakis. Akan merosot berterusanlah ekonomi negara.

* Dalam bab ni aku rasa memang orang Melayu bodoh pun!

1 comment:

  1. Hello there! This blog post could not be written much better!
    Reading through this article reminds me of my previous
    roommate! He continually kept preaching about this.
    I'll send this post to him. Pretty sure he will have a great read.

    Thanks for sharing!

    ReplyDelete